Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BATAM

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BATAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Ramai kawan-kawan yang bertanya pada k.mied..best ke k.mied selalu pergi Batam? Untuk menjawab pertanyaan ini, kena pergi sendiri ke Pulau Batam ini, baru lah tahu apa yang menariknya di sini. Ada 2 cara untuk ke Batam nie..melalui udara dan melalui laut.  K.mied belumlah lagi mencuba melalui udara, dah 3 kali ke sini semuanya melalui laut iaitu dengan menaiki feri tapi di terminal feri yang berbeza. Tiga terminal feri yang berbeza itu ialah Stulang Laut, Puteri Habour dan Tanjung Pengelih .  Batam merupakan sebuah pulau dalam daerah Riau , terletak di Perairan Laut China Selatan di antara Indonesia dan Singapura . Ada banyak tempat-tempat yang boleh di kunjungi di Batam, tapi untuk kunjungan k.mieda baru-baru ini sempat lah pergi ke beberapa tempat seperti : 1.Jembatan Barelang/Barelang Bridge  Jembatan Barelang singkatan daripada Batam , Rempang dan Galang . Merupakan ikon Kota Batam yang popular. Merupakan sekumpulan jam...

MUSEUM RAJA ALI HAJI : SEJARAH PERADABAN BATAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Kunjungan ke Batam sempena Batam Mega Trip baru-baru ini, k.mied berpeluang melawat Museum Raja Ali Haji yang terletak di Dataran Engku Putri. Museum Raja Ali Haji  menjadi museum pertama yang terdapat di Batam dan di rasmikan pada 18hb Disember 2020 sempena dengan Hari Jadi Kota Batam yang ke 191 tahun. Museum ini menampilkan sejarah peradaban Batam mulai dari zaman kerajaan Riau,Lingga, Belanda, Temenggung Abdul Jamal, Zamsn Jepun,  Waktu Kemerdekaan Indonesia,  pemerintahan daerah Kepri,  Era kepimpinan BJ Habibie, Kota Pemerintahan ,  Khazanah Melayu sehingga Era Batam Sekarang. Museum ini di beri nama Raja Ali Haji yang merupakan Pahlawan Nasional Kepulauan Riau . Beliau merupakan ulamak,  sejarahwan dan Pujangga berketurunan Melayu Bugis. Raja Ali Haji Lahir di Selangor, Malaysia pada tahun 1808 dan meninggal dunia pada tahun 1873 di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau. Ada beberapa koleksi menarik yang dipame...

MENIKMATI ALAM SEMULAJADI DI PANBIL NATURE RESERVE ECO-EDU PARK, BATAM

Assalamulaikum dan salam sejahtera Panbil Nature Reserve Eco-Edu Park terletak di Pulau Batam, Indonesia .  Ianya mempunyai keluasan 260 hektar,   di buka pada umum pada Disember 2021. Terletak di Jln Ahmad Yani,  Muka kuning, Kecamatan Batam Kota, Kota Batam . Merupakan taman rekreasi dan pembelajaran alam semulajadi. K mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang mengunjungi taman rekreasi dan pembelajaran ini ketika Batam Mega Famtrip pada 13-16 Julai 2022 baru-baru ini. Kami mulai lawatan di sini dengan berjalan kaki sambil mendaki bukit demi melihat dan bermesra dengan Rusa Sambar yang merupakan tarikan utama Panbill Nature Reserve Eco-Edu Park ini. Awal-awal mendaki masih boleh tersenyum😆 Yang nie dah start tercunggap😆😆 Demi hendak melihat Rusa Sambar dan persekitarannya,  kami semua teruskan pendakian di laluan bersimen sepanjang lebih 1km rasanya.  Sepanjang jalan kami berhenti sambil melihat keindahan pohon-pohon yang menghijau di kiri kana...