Assalamulaikum dan salam sejahtera Pernah dengar nama Pulau Benan ?? K mied pun tidak pernah dengar sebelum nie, tapi kini telah mengenali Pulau ini apabila berpeluang menginap di sini. Pulau Benan terletak di Daerah Katang Bidare, Kabupaten(Wilayah)Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. K mied bersama teman blogger dan Media sempat mengunjungi Pulau Benan ini ketika Program Batam Mega Fam Trip baru - baru ini. Pandangan dari udara Benan Island Resort (BIR) Kami semua berpeluang menginap di Benan Island Resort iaitu sebuah resort baru yang baru di buka pada tahun 2021. Bagaimana agaknya perjalanan kami ke sini? Untuk ke Pulau Benan dari Batam perlu menaiki kenderaan sekitar 1 jam ke Jeti Pulau Labun yang terletak berdekatan Jambatan Keenam. Dari Jeti Pulau Labun kami menaiki Bot laju ke Pulau Benan..dan perjalanan menaiki bot laju ke Pulau Pulau Benan pula mengambil masa sekitar 30 minit . Ini dia bot laju yg akan bawa kami Suas...