Assalamulaikum dan salam sejahtera. Ramai kawan-kawan yang bertanya pada k.mied..best ke k.mied selalu pergi Batam? Untuk menjawab pertanyaan ini, kena pergi sendiri ke Pulau Batam ini, baru lah tahu apa yang menariknya di sini. Ada 2 cara untuk ke Batam nie..melalui udara dan melalui laut. K.mied belumlah lagi mencuba melalui udara, dah 3 kali ke sini semuanya melalui laut iaitu dengan menaiki feri tapi di terminal feri yang berbeza. Tiga terminal feri yang berbeza itu ialah Stulang Laut, Puteri Habour dan Tanjung Pengelih . Batam merupakan sebuah pulau dalam daerah Riau , terletak di Perairan Laut China Selatan di antara Indonesia dan Singapura . Ada banyak tempat-tempat yang boleh di kunjungi di Batam, tapi untuk kunjungan k.mieda baru-baru ini sempat lah pergi ke beberapa tempat seperti : 1.Jembatan Barelang/Barelang Bridge Jembatan Barelang singkatan daripada Batam , Rempang dan Galang . Merupakan ikon Kota Batam yang popular. Merupakan sekumpulan jam...