Hari nie k mid nak share pasal makanan halal di Korea pulak, sebab baru-baru ini kak mid pergi ke Korea, so k mid rasa macam nak share lah pengalaman makan makanan di Korea. Sebenarnya kat Malaysia pun banyak restoran-restoran Korea yang halal yang boleh di cuba. Jadi bila kita ke restoran korea nanti tahu lah kita nak order apa kan...
Jom tengok apa makanan yang kitaorang makan ketika di korea baru-baru nie :-
- KIMCHI
Kimchi adalah sayuran yang di jeruk dan di campur dengan sos pedas, biasanya sayur yang di gunakan untuk dibuat Kimchi adalah sayur Kobis. Timun, Lobak putih, sayur bayam pun boleh di buat Kimchi jugak.
Pada setiap hidangan pasti terdapat kimchi sebagai hidangan sampingan/Bachan.
- BIBIMBAP
Bibimbap adalah satu mangkuk yang di penuhi dengan nasi bersama lauk-pauk lain. Antaranya sayur, kepingan daging, telur, lobak , sos pedas dan minyak bijan.
Kita perlu mengaulkan semua bahan di dalam mangkuk tersebut sebelum makan barulah sebati dan terasa keenakkannya.
- GIMBAP
Selepas dibungkus dan di mampatkan, bolelah di potong dan biasanya satu potongan untuk satu suapan.
- SAMGYETANG
Samgyetang adalah Sup Ayam Ginseng. Seperti yang diketahui Ginseng mempunyai banyak Khasiat-khasiatnya maka sudah tentu Samgyetang sangat elok untuk di makan bagi menjadikan badan lebih bertenaga dan lebih bersemangat.
- BULGOGI
Bulgogi merupakan hidangan berasaskan daging. Biasanya menggunakan daging yang bermutu tinggi.
Daging akan diperap dengan bahan-bahan lain seperti kicap soya, bawang putih dan gula. Setelah di perap beberapa ketika barulah di grill.
Cara menikmati Bulgogi adalah dengan membaluti Bulgogi dengan daun salad kemudian barulah dimakan.
- SEAFOOD RAMYEON/RAMEN (Jjampong)
Semangkuk besar mee yang dicampur dengan bermacam-macam jenis seafood seperti. kepah, udang, sotong dan siput.
Mee yang kami makan ini sama dengan Jjampong cuma warna dan kuah agak berbeza. Kalau Jjampong kuahnya agak pedas dan berempah serta kuah berwarna merah.
- SEAFOOD STEAMBOAT
Mewah dengan segala macam seafood termasuk cendawan dan taahu... semua fresh-fresh
- SAENGSEON GUI
Saengseon Gui alah makanan yang berasas ikan iaitu ikan Makarel dan penyediaannya adalah secara di panggang .Ikan Makeral yang di gunakan adalah ikan segar dan sangat enak untuk di makan bersama hidangan sampingan yang lain.
Selain daripada makanan-makanan di atas, banyak makanan halal di Seoul boleh di dapati terutama di Itaewon dan di Myeondong
![]() | |||
Bombay Grill di Itaewon |
Selain Nasi Briyani dan masakan berasaskan kambing dan ayam, Bombay Grill menyediakan pelbagai jenis hidangan roti nan. Samosa dekat sini pun sangat enak.
![]() |
Dah jemu makan makanan korea, bolehlah order makanan di sini...kenalah dengan tekak orang Malaysia😋😋 |
![]() |
Potala Restoran ini pula terletak di Cheonggyecheon-ro |
Kami juga sempat singgah di sebuah restoran makanan Nepal, Tibet dan India iaitu Potala Restoran
![]() |
inilah makanan yang menjadi sajian kak mid di Potala Restoran |
Ada banyak tempat makanan halal di Myeongdong nie dan yang paling terkenal adalah Kampungku dan Restoran Busan Jib.
![]() |
sepanjang jalan nie banyak terdapat makanan halal |
![]() |
Inilah Restoran berhampiran dengan Kampungku ...tulisan korea..tak tahu pulak nama apa restoran ini |
![]() |
Nasi goreng, mee goreng dan lain-lain sajian korea terdapat di sini. |
Puas hati makan di sini. Kerana harga yang memang murah di sini, maka ramailah pelajar-pelajar termasuk pelajar daripada Malaysia makan disini.
Kesimpulannya :-
Kalau tak dapat makan di Korea pun jangan risau boleh mencuba makanan Korea ini di Malaysia kerana di Malaysia sudah banyak terdapat restoran-restoran korea seperti Restoran Mr, Dakgalbi, Gangnam Station Restoran dan banyak lagi. Apa yang penting status halal yang perlu kita ambil kira.
"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepadanya engkau menyembah"
Salam sayang,