Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

OSIM memperkenalkan kerusi urut mampu milik yang baru.

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini k mid telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran  kerusi urut terkini dari OSIM iaitu OSIM uDivine V.   Kerusi urut ini direka untuk generasi pengguna baharu yang bercita-cita tinggi dan mahu menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Ia juga dapat mencapai kesegaran dengan lebih nyata menerusi teknologi mengurut terkini seperti teknologi V Hand dengan bebola penggelek 720 darjah ,  Urutan 4 -Tangan ( 4 Hands Massage) , program-program urutan yang boleh di muat turun ,  serta satu suite program yang menawarkan pilihan urutan professional atau manual yang dapat sisesuaikan dengan kehendak pengguna.     Teknologi V HandTM dengan Bola Penggelek 720 darjah Penambahbaikan teknologi urut telah menghasilkan Teknologi V Hand dengan Bola Penggelek 720 darjah ,  yang mensimulasikan teknik dan pengerakan tangan pengurut yang mahir untuk kesan realistik,  Bola Penggelek 720 darjah  berputar 360 darjah dalam kedua-dua arah dan bergolek