Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada tanggal 14 & 15 Mac 2020 , baru-baru ini telah berlangsungnya Kejohanan Badminton Remaja Terbuka di Manjung, Perak. Kejohanan badminton ini telah dianjurkan oleh Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP ) iaitu sebuah perbandaran mampu milik yang didirikan oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd sebuah syarikat pemaju terbesar di negeri Perak. YBhg Datuk Misbun ketika merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP Apa yang menariknya di Kejohanan ini adalah kehadiran Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana iaitu YBhg Datuk Misbun Sidek iaitu Lagenda Badminton Negara . Beliau juga baru di lantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) . Dengan penganjuran kejohanan Badminton seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan remaja untuk di ketengahkan ke arena antarabangsa. Datuk Misbun juga berhasrat untuk menjadikan Manjung/Sitiawa...