Skip to main content

Posts

Showing posts from 2026

FELDA DAN PERKESO PERKUKUH JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL, PERKASA KESEJAHTERAAN KOMUNITI FELDA

Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Kerjasama strategik antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diperkukuh menerusi Memorandum Kerjasama (MoU) yang bakal menjadi pemangkin kepada penyelarasan serta pelaksanaan operasi yang lebih cekap, bersepadu, dan berimpak tinggi dalam menyantuni keperluan Komuniti FELDA. Kesepakatan ini mencerminkan komitmen kedua-dua agensi untuk menggembleng kepakaran, rangkaian, dan jaringan penyampaian masing-masing dalam memperluas perlindungan keselamatan sosial, program pencegahan, perkhidmatan rehabilitasi, serta peluang pekerjaan kepada seluruh ekosistem Kumpulan FELDA merangkumi peneroka, suri rumah, generasi baharu, petugas, pekerja asing, majikan, dan perusahaan. Usaha strategik ini sekali gus menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya tahan, dan terangkum tanpa membiarkan mana-mana golongan tercicir daripada arus pembangunan negara. Majlis pemetera...

Giant Destina Putrajaya Perkenal Pengalaman Pasar Raya Moden Menggabungkan Keperluan Harian, Sajian dan Kesihatan

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.  GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus memperkukuh  kehadirannya dengan pembukaan Giant di Destina Putrajaya, sebuah pasaraya moden yang menggabungkan kemudahan membeli-belah harian, pilihan makanan dan minuman serta perkhidmatan farmasi dan produk kecantikan di satu lokasi strategik yang dihubungkan terus dengan stesen MRT Putrajaya dan KLIA Transit. Pembukaan ini meneruskan legasi Giant, sebuah nama yang telah lama sinonim dengan  pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia, dengan komitmen menawarkan nilai melalui strategi “Harga Rendah, Lebih Lama” bagi barangan keperluan harian termasuk hasil segar tempatan dan barangan asas dapur, di samping memperluaskan pengalaman membeli-belah menerusi pilihan sajian dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengguna moden. Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., En. Cheah Yong Hock berkata,  Giant Destina Putrajaya mencerminkan usaha syarikat untuk terus berkembang seiring de...

FILEM PERANG BERSEJARAH, PELURU SENJA HIDUPKAN KEMBALI SUASANA TANAH MELAYU 1948 MENJELANG HARI KEBANGSAAN

Hai. Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Filem drama perang berlatarkan sejarah, Peluru Senja (The Ghost & the Gun) , diraikan menerusi tayangan perdana malam ini sebelum menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan.  Pelakon utama Filem Peluru Senja dari kanan Hazman Al-Idrus, Asmara Abigail & Fabian Loo Diarahkan oleh pengarah filem India yang berpangkalan di Singapura, Anshul Tiwari, filem ini menghimpunkan barisan pelakon serta tenaga produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Karya ini merupakan hasil kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, manakala MSK Cinemas Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar rasmi di Malaysia. Berlatarkan Tanah Melayu pada tahun 1948, Peluru Senja mengisahkan seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang tertinggal ketika pasukan British berundur. Dibayangi trauma peperangan...

NAFAZ Dilancarkan Secara Rasmi: Mendefinisikan Semula Perkahwinan & Pengalaman Mewah di Malaysia

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Pada 1hb April 2026, bertempat di Tingkat 42, Menara berkembar, Petronas sebuah Majlis Glam Raya NAFAZ X Nona telah di adakan dengan penuh gemilang. Di majlis itu juga NAFAZ telah dilancarkan sebagai sebuah platform penganjur Majlis.  NAFAZ , jenama perkahwinan dan pengalaman mewah terbaharu di Malaysia, dilancarkan secara rasmi dengan misi berani: untuk mentakrif semula cara sesuatu perayaan, pengalaman, dan penceritaan dicipta — bukan untuk semua, tetapi untuk mereka yang enggan berkompromi dengan sesuatu yang biasa. Berada di persimpangan eksklusiviti, seni, dan akses istimewa, NAFAZ memperkenalkan ekosistem mewah pelbagai divisi: NAFAZ Majlis — Perkahwinan berskala besar yang ikonik, dirancang dengan ketelitian dan prestij NAFAZ Experience — Pengalaman peribadi terpilih termasuk perjalanan antarabangsa dan pengalaman spiritual NAFAZ Studio — Produksi visual dan sinematik premium NAFAZ Creative — Penjenamaan dan penceritaan be...

Thousands of Years Media :Tayangan Perdana Drama Mikro Hari Raya “Seikat Kasih”, Perkukuh Ekosistem Drama Mikro Malaysia

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Thousands of Years Media (ToYm), sebuah syarikat media dan hiburan bersepadu yang diasaskan oleh Datuk Wira Jment Lim, telah mengadakan tayangan perdana drama mikro terbaharunya berjudul Seikat Kasih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di GSC Lalaport BBCC. Majlis tayangan perdana tersebut menghimpunkan rakan industri, wakil media serta tetamu jemputan, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelakon drama ini termasuk Idzham Ismail, Arena Wan, Fatimah Noryyah dan Sayf Mikael. Seikat Kasih mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berdepan pelbagai konflik dan cabaran kehidupan. Melalui perjalanan watak utama Arina Dahlia dan Harris Hakim, drama ini membawa mesej bahawa kebahagiaan sebenar tidak terletak pada kekayaan atau harta benda, sebaliknya pada kekuatan hubungan kekeluargaan yang saling menyokong dalam menghadapi ujian kehidupan. Menurut Datuk Wira Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment dan Thousands of Years Media, pener...