Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

Percutian 5 hari 4 malam di Sabah ( Day 05)

Assalamulaikum.. Hari ini baru dapat sambung menaip untuk hari ke 5 percutian kak mid di Sabah.....yalah ...balik dari Sabah rehat 2 hari kemudian sambung kerja ke Melaka dan Johor... bila bekerja x sempat lah nak mengupdate di Blog..balik dah malam..dah letihkan.. Sebelum tue lupalah pulak pasal hari ke 4...sebenarnya hari ke 4 sempat lagi singgah di  Kinabalu Heritage Park Kinabalu Park atau Taman Kinabalu adalah taman tertua di negeri Sabah yang telah di wartakan pada tahun 1964. pandangan Gunung Kinabalu dari Taman Kinabalu Taman Kinabalu ini dihiasi oleh  Gunung Kinabalu yang tersergam indah dengan ketinggian 4,095.2 meter, juga merupakan kawasan yang mempunyai ekologi mega dengan kepelbagai habitat, flora dan fauna Klik di sini untuk lebih informasi mengenai Kinabalu Park  Taman Kinabalu ini juga merupakan titik permulaan bagi mereka yang mendaki Gunung Kinabalu Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Taman Kinabalu national Park  : Jungle Trekkin

Percutian 5 hari 4 malam di Sabah ( Day 03 & Day 04)

Assalamulaikum.....kak mid nak sambung lagi hari ke 3  dan hari ke 4 percutian kami di Sabah nie. Hari nie bangun lewat cikit sbb nak check out dari Kiram Village   dalam pukul 10.  Tengok kt dapur ada maggie dan nasi goreng segera Berahim...masaklah dulu...nanti jumpa kedai mana2 sambung breakfast lain pulak. Nak cerita sikit pasal hari kedua...dalam perjalanan balik kawan k mid teringgin sangat nak rasa durian isi merah...jadi semalam diorg beli dua biji kecil  dengan harga rm20+++...so sampai di chalet malam tadi pakat2 nak bukak....excited nie nak rasa...last2 dua2 biji x rasa apa...macam rasa durian muda...kami pun sebenarnya tak tahu mcmana sebenarnya rasa dia klu masak...macam musang king ke,  D24 ke,  XOXO ke..........hampeh...langsung buang aje dua biji tue... Moral of the story .........lain kali kena tanya betul2 kt orang yang pernah makan durian nie...baru beli.. okay2...lupakan hal durian merah nie...so hari nie kita orang nak ke Kota Belud. Dari Kundasang ke peka

Percutian 5 hari 4 malam di Sabah ( Day 02)

Assalamulaikum...jumpa lagi Hari ke 2 di teruskan dengan bangun seawal 6.30pagi (6.30 pagi tue dah mcm 7.30 pagi di semenanjung) Pemandangan di hadapan chalet penginapan kami...gunung kinabalu jelas kelihatan jika cuaca cerah Planning arinie mula-mula nak pergi ke Desa dairy Farm ....pergi  ke sini pagi2...baru pemandangan berlatarkan Gunung Kinabalu tidak di liputi awan....satu lagi bukan apa...tak lah panas kalau nak tangkap gambar yg cantik2...hahaha  Terletak di tanah Tinggi Mesilau Kundasang,  Desa Dairy Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yang dikatakan mempunyai suasana seperti berada di,luar negara. kak mid klu pasal posing no. 1 ...hehehe Suhu kt sini pagi2 nyaman jer Tangkaplah gambar sepuas hati seakan-akan berada di New Zealand!!  Layanlah gambar2 kitaorg....banyak lagi gambar cantik..tapi cukuplah letak cikit2kan... antara produk Desa Dairy Farm...semua kami bedal. Bolehlah merasa atau membeli produk segar mereka seperti susu segar