Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

MENIKMATI STEAMBOAT DAN GRILL DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Malam isnin baru-baru ini,  kak mied bersama anak-anak ke Bbq Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Klang . Bagi yang tak pernah ke sini,  senang aje..ikut Laluan tepi Zoo Negara untuk ke Kampung Kemensah pastilah korang jumpa. Nak senang guna google Map atau Waze, taip aje Bbq Lamb KL Kemensah...pasti jumpa😘 Biasanya kak mied ke sini untuk makan tengahari untuk menikmati hidangan "barbeque" dan "daging smoke" sambil duduk di bangku yang diletakkan dalam sungai....asyik banget nie ooi🤭 tapi kali ini datang pada waktu malam  untuk menikmati Steamboat dan grill pula. Lampu terang benderang...jadi tak lah gelap walau pun tepi sungai Steamboat dan Grill di sini baru sahaja diperkenalkan. Sebenarnya di mana-mana pun kita boleh menikmati Steamboat dan Grill nie,  cuma kelainan di sini tentulah suasananya...memang bestlah makan sambil lepak santai tepi sungai sambil tue dengar deruan air sungai. Kak Mied tiba di BBQ Lamb KL Kemensa

VIC2RIA SECRET FILEM COMEBACK DARI A R BADUL AKAN DITAYANGKAN PADA 15 JUN 2023

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada 13 Jun 2023,  bertempat di TGV SURIA KLCC berlansungnya Majlis  Malam Gala Filem Vic2Ria Secret. Filem Vic2Ria  Secret merupakan filem terbitan Sheunik Sdn Bhd dan di arah oleh pelakun, pelawak  dan pengarah veteran yang tidak asing lagi iaitu A R Badul . Pengembaraan filem ini dilakukan selepas tamatnya PKP Covid 19 dan merupakan filem comeback arahan A R Badul setelah lama berundur dari pentas perfileman. SINOPSIS FILEM VIK2RIA SECRET Viki (anak yatim piatu) pergi ke Kampung Horni dalam kegembiraan  tetapi perjalanan dia penuh dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka Butik pakaian dalam wanita yang mereka namakan “Vik2ria Secret”. TOK KK ketua kampung flamboyant dan Cross Dresser mahu bertanding sebagai wakil rakyat (YB) kawasan itu dan pesaingnya ZAMRI .  Peluang cerah timbul kepada Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik itu. Pelbagai kontroversi buat TOK KK makin bertindak tak rati

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

RESTORAN DAN TEMPAT MAKAN HALAL DI HATYAI

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mesti ramai sudah sampai di Hatyai kan??  Ada yang sudah berulangkali pun pergi ke Hatyai tanpa sedikit pun rasa jemu🤭. Apa menariknya Hatyai ini?? Menariknya Hatyai ini,  ikut perspektif masing-masing.  Bagi kak mied yang menarik tentang Hatyai adalah keenakkan makanannya. Bagi sesetengah orang pula,  Hatyai adalah syurga membeli belah jadi semua ini terpulang kepada keinginan dan citarasa masing-masing. Balik kepada cerita kak mied,  cuti hari raya Aidil Fitri baru-baru ini sempatlah kak mied sekeluarga berkunjung ke Hatyai,  orang kata alang-alang dah sampai rumah saudara-mara di Padang Besar, Perlis...kita terus aje ke seberang sempadan🥰. Kebetulan kak mied masuk melalui Padang Besar selepas seminggu kita menyambut Raya jadi tidak ada langsung masalah kesesakan...setengah jam semua dah selesai. Bila tujuan utama adalah memenuhi selera anak tekak dan perut buyut kami,  maka pemilihan tempat makan dan restoran halal menjadi keutamaan. Ada bebe