Booking.com

Thursday, November 28

Persediaan / Tips sebelum Travel ke Ho Chi Minh

Assalamualaikum semua...

Hari nie nak kongsikan serba sikit tips yang mungkin boleh memberi manafaat kepada orang lain manalah tahu ada orang yang baca kat blog aku nie. Biasanya,  sebelum travel ke mana-mana aku buatlah sikit research atau google2 tempat tue...dari situ bolehlah agak-agak tentang budget yang perlu ada.  Bagi yang travel berseorangan atau pada yang terlebih loaded mungkin tak perlu buat canggini kan tapi aku nie nak travel anak beranak jadi terpaksalah buat persediaan dari awal...

Ok...sekarang nie aku tengah sibuk research dan google tentang Ho Chi Minh..nak travel bulan Disember nie lah ya....kenalah cari info serba sikit tentang Ho Chi Minh...lagipun aku bukan pergi ikut package...aku pergi sendiri... Ramai kawan-kawan cakap...engkau bolehlah selalu travel sebab engkau mampu........sebenarnya aku selalu travel pun secara budget je,  lagi pun banyak tempat-tempat kat luar negeri tue aku tak sampai lagi....tempat-tempat matawang dia murah macam Indon tue selalulah aku pergi.

Kat sini aku buatlah beberapa tips :-

1. Penerbangan

Seperti yang sedia maklum...aku nie budget traveller...nak travel pun kali nie dengan famili mestilah nak guna duet lebih sikitkan...nak beli tiket kapal terbang pun untuk lima orang bukan nye untuk sorang jadi buat masa nie penerbangan yang sesuai bagi aku dan keluarga aku ialah AirAsialah....itupun aku booking masa AA buat promo murah atau free seat,  selalunya 6 hingga 8 bulan awal.  Kalau tiba-tiba tak jadi travel pun taklah rasa kecewa sangat sebab tiket yang burn tue taklah mahal sangat. "NOW EVERYONE CAN FLY" sesuai sangat bagi aku...huhuhu...

2. Penginapan

Nie pun perlu kita titikberatkan.  Kalau guna package tentulah kita tak perlu risau semuanya sebab dah ada orang uruskan. Lagi pulak bulan Disember waktu cuti sekolah.... pandai-pandai gi tanpa booking hotel tiba2 semua hotel fully booked takkan merana di buatnya.....Bookinglah awal-awal melalui Booking.com ke,  Agoda.com ke, AsiaRooms.com ke dan dll.... so aku dah booking hotel melalui Booking.com...

3. Itenary

Sebelum travel aku biasanya buatlah itenary ....bukan apa?? kan senang kita ikut je itenary kita...dari situ kita tahulah nak melawat mana,  budget berapa...so bolehlah agak2berapa duet kita nak keluar.....betul tak???

4. Tukaran Wang

Aku selalunya survey dulu tempat nak tukar duet.  Yang mana tinggi sekali kat situlah aku tukar...Kat KL nie tempat paling ok sekali rasanya kat Jln Masjid India...banyak pengurup wang yang lumba-lumba tawarkan rate diorang....jadi tukarlah siap-siap ye...
 
5.  Pengangkutan/transportation

Nie lagi satu....ramai sangat blogger cakap hati-hati dengan pemandu taxi dan penarik beca kat Ho Chi Minh..diorang nie rajin dok pekena orang..lebih2 lagi pada pelancung asing macam kita...depa ingat orang Malaysia nie kaya sangat kot....
Ramai blogger yang suggest naik taxi Vinasun atau taxi bermeter...tapi klu rasa-rasa nya jimat lagi naik bas aje lah...naik bas NO 152 katanya.. insyaallah nanti ku cuba...hahahha...



6. Makanan

Bab nie...mr hubby dan anak2 memang tak suka kalau aku berjimat tapi yalah...bukannya kita nak angkut beras, susu ke, gula ke pergi sana...cuma kita bawalah..maggi ke...Milo 3 in 1, biskut atau coklat buat kudapan..itu je...sebab ramai cakap makanan halal sangat mahal kat Ho Chi Minh...breakfast pagi je sorang mesti sampai RM15...jadi tak salah kan bawa sikit-sikit .....

7. Membeli belah/Shopping

Aku nie bukanlah kaki shopping tapi orang cakap Ho Chi Minh nie syurga membeli belah bagi orang Malaysia jadi manalah tahu aku akan terjerumus sekali....perempuankan memang canggitu..........banyak nafsu nafsinye...jadi survey2lah mana-mana tempat yang paling murah untuk beli kain ke atau serveniour ke................

8. Luagage

Jangan lupa beli luagage...boleh agakkan berapa kg nak beli...rasa-rasa nak shopping sakan belilah 40kg...beli awal-awal jadi taklah kelam kabut nanti..


Apa lagi nak tambah ye???? Kalau semua dah siap bolehlah travel dengan tenang..selalunya aku nie excited lebih...seminggu sebelum travel aku dah siap-siap packed barang...biarlah...aku memang tak suka kelam kabut nanti banyak barang aku lupa.....

Itulah serba-sikit my preparation sebelum ke Ho Chi Minh atau kemana-mana pun....tak sabar rasanya nak bercuti.....Ok...BYE...BYE..


Ho Chi Minh...tunggu ye aku datang...huhuhu (sumber google)




With Love

Monday, November 25

Cara-cara memasak DADIH

Assalamualaikum semua..
Rasa-rasa teringin nak makan dadihlah....alah..nanti orang cakap ..apalah dadih yang senang nie pun nak buat entry...suka hati akulah...kan..kan..klu sesiapa nak buat ikut aku,  silalah..
Aku memang suka buat dadih, lepas tue letak dalam petisejuk...anak-anak pun suka..Dorang nie pelik sikit...tak suka agar2 tapi suka dadih....jadi buatlah untuk  kudap-kudapan dorang.. Yang penting senang dan sedap untuk di nikmati....

  • Mula-mula belilah serbuk dadih dulu ye!! Ada macam2 perisa...ada coklat, strawberry, maggo, lychee  dan lain.lain lagi


Serbuk dadih ada berjenis.jenis...aku suka yang ini..ada lagi satu jenis yang ok tapi sorrylah...xda pula dalam simpanan
  •  Gula dan susu cair juga
 


  •  Bekas dadih jangan lupa jugak
 
 
  •  Nata de Coco nie additional.  klu tak letak pun ok jugak...tapi klu letak lagi sedap..
 Sekarang aku nak bagi tahu cara penyediaan nye :

  1. Mendidihkan 3000 ml air bersama 100gm gula dan 400ml susu cair
  2. Bila mendidih padamkan air dan kacau perlahan-lahan selama 5 minit
  3. Masukkan kandungan serbuk dadih itu tadi dan kacau sampai rata , jangan sampai berketul-ketul.
  4. Lepas tu tuangkan ke dalam acuan
  5. Dah siapkan...masuklah ke dalam peti sejuk
Nota  :  3000ml bersamaan dengan 2 botol mineral 1.5 litre


Senangkan...


Nie dia...sedia untuk di nyap....
 Selamat mencuba:-

With love,
miedajaz

 

Thursday, November 21

Makan-makan at Ah Tuan Ee's Place -The Curve

Hi..semua.
Tanggal 24.9.2013,  si kecik ku Danial menyambut hari lahir yang ke 14 tahun (kecik ke??? hahaha...keciklah...sebab si bongsu)

Nie dia si besday boy....dah 14 tahun pun...

Kami sekeluarga pun decide nak belanja dia makan kat Ah Tuan Ee's Place di The Curve.  Ah Tuan Ee's nie menyediakan masakan baba dan nyonya.




Nielah kedai nya yang terletak di Level 1


Besday boy + mama- tengah tunggu makanan

Aku suka air Cincau dia......

Tak banyak makanan yang aku snap...sebab semuanya dah lapar ....datang aja makanan terus makan....

Anyway,  makan kat sini sedap juga. Mr hubby dan aku paling suka masak asam pedas nya ....memang sedap.  Keseluruhannya aku bagi *** 3 bintang dari pada 5 bintang dari segi kesedapannya.

Nie alamatnya kalau sesiapa nak try :-

Ah Tuan Ee's Place
Lot 155,  Level 1, The Curve Shopping Mall,
No.6,  Jalan PJU 7/3,  Petaling Jaya, Selangor

Tel  : 03-77103603/77100603


With Love,

Miedajaz




Monday, November 18

KONVOKESYEN UiTM ke 78

Assalamulaikum
Hari ni tiba-tiba datang mood nak menaip tapi tak tahu nak menaip apa....lalu belek2 gambar-gambar konvo anak2 kesayangan ku.  Dah besar pun diorang sekarang (tiba2 rasa dah tua....selalunya masih tak sedar diri lagi!!!!)

Minggu lepas terbaca pulak seorang bapa hadiah kan kereta Mini Cooper pada anak yang dapat 5A dalam peperiksaan UPSR...kalau dapat masuk U...entah apalak bapak nie bagi hadiah. Tidak dapat di nafikan kegembiran ibu-bapa dengan kejayaan anak2....jadi tak boleh di salahkan kalau ibu bapa menghadiahkan sesuatu yang berharga kalau mereka mampu tapi kalau  sekadar menunjuk-nunjuk kekayaan mereka baik tak payah..........







Konvokesyen ke 78 ini berlangsung dari tarikh 11 - 21 Mei 2013  bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam



Pemandangan di Luar Dewan Agung Tuanku Canselur

Pemandangan di dalam Dewan.


SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH


Mak yang tumpang gembira......



Harap adek dapat mengikut jejak kakak....
 
Gambar kami sekeluarga


Ini jelah hadiah yang mama mampu bagi wahai anak ku....

Rasanya satu tangungjawab sebagai ibu-bapa berjaya di laksanakan bila lihat anak-anak berjaya dalam pelajaran...............

Semoga anak-anak mampu memperolehi pekerjaan dan mampu berdikari . Kami sebagai ibu-bapa sentiasa berdoa supaya anak--anak berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


With Love,
Miedajaz





Thursday, November 14

Rumah Peranginan Kerajaan Morib

Assalamualaikum..
Sebenarnya memang nak buat entry pasal Rumah Peranginan Kerajaan Morib nie...tapi tak buat-buat sebab duk selongkar cari gambar- gambar nya almaklumlah masa pergi tue bulan Ogos,  nak update bulan November...jadi kenalah selongkar balik gambar-gambar dalam pendrive.

Kami sekeluarga pergi ke sana pada 17 Ogos 2013 iaitu seminggu selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan tarikh tue ada kekosongan...bukan senang nak ada kekosongan untuk Rumah Peranginan Kerajaan lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Lagipun harga penginapan sangatlah murah buat kakitangan kerajaan.


kami ikut peta ni untuk cari lokasi....


Rumah2 peranginan nie di namakan dengan nama pulau..pulau langkawi, pulau pangkor, pulau Tioman dll

kami sewa chalet 2 bilik - RM50 siap dengan dapur untuk memasak



Macam nie keadaan Chalet 2 bilik - Oklah untuk 2 family



Kalau nak merasa main chess sebesar nie...boleh try yang kat sini.....nasib baik masih larat untuk di angkat

Pantai nie kalau nak mandi-manda rasanya tak sesuai sebab aku tengok tak berapa cantik tapi saja-saja nak tenangkan fikiran apa salahnya. Cuba tengok aktiviti kami kat sini untuk mengeratkan silaturahim..........bukan untuk elakkan boring???....layan jelah....Huhuhu...

Jalan-jalan di pasiran pantai..........

sambil tue ..pakat2 tangkap belangkas...banyak sungguh belangkas kat sini...beranak2

lepas tue..main-main TENG-TENG......seronok gak pasal lama tak main...lagi satu bila semua dah tua bangka yang main...gamatlah suasana


Tak banyak aktiviti pun kat sini...cuma bolehlah ke Pantai Morib yang berhampiran untuk jalan-jalan atau menjamu selera....


Begitulah percutian baget kami..........next destination mungkin nak merasa Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland...dah tempah pun..Harga bilik biasa RM25 jer....murah2...sesiapa nak tempah bolehlah tempah online...........


With love,
Miedajaz




Wednesday, November 6

Restoran Char Koay teow Simply Delicious Penang Mai

Assalamualaikum...
 Hari nie nak cerita cikit pasal Restoran Simply Delicious Char Koay Teow.  Restoran nie terletak di Kota Damansara ...owner dia ialah Serina Redzuan anak Chef Wan. Restoran nie simple je dengan menu yang simple.. Harga pun amat berpatutan,  Speciality dia tentulah Char Koay Teow



Nie dia restoran dia..semua pink termasuk kerusi



Char Koay Teow boleh di order dengan saiz kecil, sedang dan besar.....


Kami sekeluarga memang gemar makan Char Koay Teow....boleh juga cuba nasi goreng dia....



Kalau nasib baik boleh jumpa Serina yang ramah tue......tapi masa kami berkunjung dia tak ada..ramai juga artis yang makan kat situ..
Ok..lah klu sesiapa berminat nak rasa Char Koay Teow Penang Mai nielah alamat dia :

Restoran Char Koay Teow
Simply Delicious Penang Mai,
No.13G, Encorp Strand, Jalan Pju 5/20A,
Dataran Sunway,  Kota Damansara
(Berhadapan dengan Tune Hotel)




Bye...

With love,
Miedajaz



Monday, November 4

Makan-makan di Warung Leko Pusat komersial Sg Buloh

Assalamulaikum..
Sejak balik dari Bali masa sebelum puasa aritue belum berkesempatan menikmati makanan Indon..Bila anak-anak mengajak untuk mencuba makan di Warung Leko yang baru di buka di Pusat Komerial Sg Buloh..apalagi rezeki jangan di tolak.......Rasanya ini Cawangan kedua Warung leko, yang pertamanya di The Curve.

Special menu kat sini biasanya Iga Sapi Penyet dan Iga Hot Plate

Warung Leko di Sg Buloh nie besar dan decorasi yang cantik... servis pun cepat
Ramai yang bertanya apa itu Iga..Iga tue ialah daging tulang rusuk...

Nie dia Iga Sapi Hot Plate...enak bangat dong !!!!

Satu lagi yang unik kat sini..Talapia terbang....
Sambal yang di sediakan ada 3 jenis - kurang pedas, sedang dan pedas.  Kami sekeluarga cuba yang sedang.... Bolehlah tahan pedasnya....tapi sambal dia memang awesome...klu x percaya boleh cuba...



Boleh juga mencuba pisang goreng ranggup sebagai pencuci mulut..
Keseluruhannya....sedap dan pasti akan berkunjung lagi..insyaallah...

My family.............love the food!!!!
Ok.....keseluruhan keluarga kami bagi 4/5 dari segi kesedapan dan servis yang cepat.
Ini alamat nya kalau nak mencuba di Warung Leko di Pusat Komersial Sg Buloh.

Warung Leko
Pusat Komersial TSB (Sebelah Al-Ihsan)
79G, 81G,  81-1,
Jalan Nautika AU20/A,  Seksyen U20,
40160 Shah Alam, Selangor

Tel  : 03-61480922


With love,
Miedajaz


APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak...