Assalamulaikum dan salam sejahtera semua
Hari ini k mid nak cerita sikit tentang dunia pekerjaan walau pun telah hampir 6 tahun meninggalkan pekerjaan tetap di Syarikat Swasta, namun pengalaman bekerja sebagai Pegawai Sumber Manusia satu ketika dahulu membuat k mid rasa ingin berkongsi cerita tentang hak-hak pekerja supaya kita lebih peka dan tidak di ambil kesempatan oleh segelintir Majikan yang tidak perihatin.
Sebagai pekerja kita mesti tahu apakah hak-hak kita sebagai pekerja, jangan sampai kita ditindas oleh majikan yang rakus mencari keuntungan semata-mata dan hanya menjaga kepentingan syarikat mereka aje hingga mengabaikan kebajikan pekerja..
Dalam situasi sekarang dimana dunia dilanda pandemik Covid-19, pelbagai masalah timbul dimana , gaji pekerja tidak dapat di bayar, ada yang gaji di potong, elaun juga di potong, diberi cuti tanpa gaji (Unpaid leave), di suruh bekerja dari rumah tetapi yang lebih malang lagi jika dibuang kerja terus oleh majikan.
Tidak kira korang bekerja sebagai apa?, pekerja sepenuh masa ke? part time ke? kerja kontrak ke? gaji kecil atau gaji besar ke ? .semuanya di lindungi oleh undang-undang di bawah Akta Pekerjaan. Jangan sampai pekerja diperlakukan sesuka hati oleh majikan di sebabkan pekerja tidak tahu hak-haknya.
Sebelum itu, sebagai pekerja kita kena tahu kita dikategorikan di bawah Akta Kerja 1955 atau dibawah Akta Perhubungan Perusahan 1967??
Diwaktu Covid19 nie boleh ke majikan memotong gaji pekerja atau memberi Cuti Tanpa Gaji pada pekerja??
Pekerja tidak boleh diberi Cuti Tanpa Gaji (Unpaid leave), memotong gaji atau memberhentikan pekerja sesuka hati tanpa alasan yang munasabah. Jika perkara ini berlaku juga, di nasihatkan
pekerja mula-mula sekali, jangan tandatangan apa-apa surat yang diberi oleh majikan mereka sebaliknya menghubungi dahulu JTK bagi mendapatkan khidmat nasihat pegawai JTK.
Dan perlu kita tahu, diwaktu PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah kepada majikan jadi majikan mendapat inisiatif bagi mengurangkan bebanan syarikat.
Apa itu Program Subsidi Upah??
"Program Sunsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja. Tujuan Program Subsidi Upah ini ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan."
Majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, disyaratkan mereka untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan iaitu 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
Kesimpulannya :-
Sebagai pekerja, kita kena ambil tahu mengenai hak-hak pekerja dan Majikan pula tidak boleh membuang pekerja tanpa sebab yang munasabah biarpun ada peruntukan penamatan kerja dalam kontrak.
Pekerja berhak diadili terlebih dahulu dan mengetahui kenapa diberhentikan. Jika tiada alasan yang munasabah kenapa ditamatkan kontrak pekerja, maka pekerja boleh segera membuat tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja(JTK) untuk di kembalikan ke jawatan asal.
Salam sayang,

- Mana-mana pekerja di bawah gaji RM2000 (gaji pokok/basic), pekerja manual (gaji hari) mereka ini dikategorikan di bawah Akta Kerja 1955. Pekerja-pekerja di bawah gaji RM2000 ini, jika rasa diri teraniaya, di mana merka telah di buat pemotongan gaji, di beri unpaid leave atau diberhentikan kerja tanpa menerima apa-apa faedah penamatan, bolehlah membuat laporan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya tindakan boleh diambil ke atas majikan yang berbuat demikian. Kes-kes seperti ini boleh di bicarakan di Mahkamah Buruh. Yang penting bila berurusan dengan JTK ialah pekerja perlu mengemukaan Surat Kontrak Pekerjaan (Appointment letter) dan lain-lain bukti kukuh seperti surat pemberhentian kerja, surat notis pemotongan gaji dan lain-lain surat berkaitan. Ini bagi membolehkan ianya dijadikan rujukan kerana pekerja tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan.
- Bagi pekerja gaji diatas RM2000, pekerja ini tidak dilindungi di bawah Akta kerja 1955 sebaliknya mereka dilindungi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika pekerja teraniaya tetapi hanya untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil atau pembuangan kerja tanpa sebab. Mengenai isu pemotongan gaji dan unpaid leave pula, mereka boleh membuat lapuran di JTK dimana Ketua Pengarah JTK boleh mendengar aduaan pekerja yang bergaji atas RM2000 hingga yang bergaji tidak lebihi RM5000. Pekerja juga mempunyai pilihan untuk membawa isu pemotongan gaji ke Mahkamah Sivil.