Skip to main content

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha.
Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME.

Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini .

# BIG WHALE CAFE

Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.  Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch dan dinner.


Cafe ini terletak di  : 
  No. 255 & 256,  Jalan PPMP 3/4,
  Pusat Perniagaan Manjung Point,
  Seksyen 3,
  32040 Seri Manjung                           
  Perak

Susunatur cafe ini juga agak menarik
                              

Jom tengok menu-menu yang kami order...............


Ini yang k mid order Korean Fried Rice with Chicken Curry😋
 





Aneka coffee
Ini rare..air mineral dalam botol nie...macam kat makmal pulak😆😆
 

Antara menu menarik yang belum di cuba...harga pun ok, ada yang  portion besar boleh makan 2 orang
Apa macam???   Nampak menarik tak menu dia.. nanti bolehlah pergi cuba.


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Big Whale Cafe boleh hubungi  :

No.Telefon  :  05 -6124701/013- 3831001

Waktu Operasi  : Isnin - Khamis  (12.00 tengahari - 10  malam)
                            Jumaat - Ahad   (11.00 tengahari  - 11 malam)


 Boleh layari  Instagram  :


 Selepas selesai makan,  boleh lah bergambar dengan mural Big Whale di tepi Cafe.


#HARIZON GARDEN SERI MANJUNG

                    Restoran ini terletak di :-
No.7-9,  Persiaran PM 3/2,
Pusat bandar Seksyen 3,
32040 Seri Manjung
Perak
Sewaktu k mid bersama teman-teman makan di sini,  restoran ini penuh dengan orang ramai menjamu selera,  Rata-rata restoran ini mendapat respon positive dari pelanggan. Jom kita tengok menu yang  di sajikan untuk team kami kali ini

Restoran ini menyajikan masakan Ala China dan Thai
Yang paling menarik bagi k mid dapat makan malam di sini bersama Legenda Sukan badminton Tanahair Datuk Misbun Sidek.

Datuk Misbun yang sangat cool orangnye💗💗
Team Media bersama Datuk Misbun
Akhirnya dapatlah k mid bergambar bersama Datuk Misbun...suka sangat ..hahahah
Untuk yang berminat untuk makan di sini  nanti selepas PKP   boleh bubungi :

Tel   : 05 6888799/013 6022537 / 013 2885179



Salam sayang,


Comments

  1. Yummy!! Sedap sangat dapat makan kat sini... Nanti boleh repeat trip bersama Propa Rangers dan tour guide Kak Mieda kita ni ye lepas semuanya kembali pulih dan bebas covid-19

    ReplyDelete
  2. menarik..boleh cuba nanti kalau ke Manjung

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak ke Manjung sebenarnya walaupun kota ini orang perak tapi dah duk KL... banyak dah pembangunan nampak.

    ReplyDelete
  4. Wahhhh bolehlah terjah tmpt2 makan nie kalau berkunjung ke Manjung nanti. Thanks for the info

    ReplyDelete
  5. Mak Ngah kita duduk di Manjung , Taman Keris ke Jalan Keris gitulah, sebab lama tak kesana sejak arwah Pak Ngah meninggal..dan tak pernah pun jenjalan sekitar Manjung...nanti kalau ada lalu nak ke Lumut boleh singgah ni...

    ReplyDelete
  6. Look yum! After MCO ni, this place will be in my bucket list. Nak makan yummy food jugak! Dah lama kena tahan kat rumah~

    ReplyDelete
  7. Mesti kedai ni selalu penuh kan. Tgk menu semua lazat2 je. Jauh pulak nk ke manjung ni

    ReplyDelete
  8. food looks yummy.. lama tak jalan2 perak, lepas pkp ni boleh jjcm manjung

    ReplyDelete
  9. Dulu masa suami kena transfer manjung sebab ada project dekat sana, Sy tak ikut pun. Sebab 6 months je. Sepatutnya this year kena transfer lagi ke manjung. Kali ni lama. Tp kena pkp plak. Kalau tak blh try . Tp kena lepas habis pkp la

    ReplyDelete
  10. manjung, ipoh kan? lama tak pegi ipoh. yang k mied order nasi goreng ala korea tu macam sedap je kan. ok boleh lah cuba kalau mai manjung.

    ReplyDelete
  11. wahh dah ada mcam2 kat manjung... dah lama tak pi sana sejak aunty dah pindah balik ke KL. dulu mmg selalu lah cuti ke sana jmpa dia sambil cuti ke pangkor... nnt kalau ke sana boleh la kita check out cafe2 nih.. nmpk sedap2 semuanya

    ReplyDelete
  12. Next time klu gi perak blhlah ajak abg gi Manjung sggh mkn kat situ

    ReplyDelete
  13. Dah tamat PKP ni, boleh lah lepas gian berjalan jalan di Manjung. Nampak best pulak makanan kat restoran ni

    ReplyDelete
  14. Aduyai. Nasib tak masak lunch lagi - terus teringin nak makan yang lazat2 hahaha tapi kena tengok apa yang ada kat dapur la kan. Bersederhana di kala PKP gitu tema menu Rawlins hehe

    ReplyDelete
  15. alahai sedapnya tengok semua menu-menu tu. Saya tak pernah sampai Manjung ni, tapi kalau saya berpeluang ke sana insyaAlah saya singgah

    ReplyDelete
  16. memang dah rindu nak jalan2 dah ni..lokasi tempat makan menarik ni..insyallah selesai covid ni bolehlah berjalan..rindu nak amkan kat kedai

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag