Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MUAR, JOHOR

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Jom kita kenali Daerah Muar di Johor kali ini.   Kenapa Muar?? Muar adalah bandar ke dua terbesar di Johor.  Berkeluasan 2346.12km persegi.  Dikenali sebagai Bandar Maharani dan mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012. Mempunyai banyak tempat-tempat tarikan pelancongan,  makanan yang lazat, bangunan-bangunan bersejarah serta alam semulajadi yang indah. # PANTAI LEKA Pantai Leka terletak di Parit Jawa.   Pantai ini merupakan tempat perlindungan atau persinggahan spesis-spesis burung hijrah. Gambar-gambar pemandangan yang menarik serta pemandangan saat matahari terbenam dapat di rakam di sini.  Terdapat menara tinjau dan taman permainan untuk pengunjung menikmati kawasan sekitar.   Jika terasa lapar jangan risau,  terdapat gerai-gerai makanan yang menjual makanan seperti nasi campur, mee dan lain-lain. Jika teringin hendak makan masak asam pedas Muar yang sedap ada aje terdapat di Medan Selera Asam Pedas Parit Jawa ini  # MAHA

KAFE SATAY BAKAR TANPA LEMAK DI SHAH ALAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Siapa sini peminat satay?? Rasanya semua pun suka makan satay kan. Boleh dikatakan Satay merupakan makanan kegemaran hampir keseluruhan rakyat Malaysia . Satay ialah hirisan daging yang di potong dan di cucuk pada lidi kemudian dibakar hingga masak dan garing.  Ada macam-macam jenis satay antaranya satay ayam, satay daging, satay kambing, satay arnab dan satay cendawan . Keenakkan satay dinilai dari kelembutan daging yang dibakar.  Kuah kacang yang di hidang bersama satay juga memainkan peranan untuk menentukan keenakkan satay tersebut. Baru-baru ini k mied ke Shah Alam, dalam perjalanan balik ke rumah singgah dulu untuk makan satay di sebuah Kafe iaitu Kafe Satay Bakar Shah Alam. 📍Alamat : No.53 & 53A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Disini terdapat beberapa jenis satay yang dijual antaranya satay ayam, satay daging, satay kambing dan satay Cendawan. Kelainan satay yang terdapat di sini ialah satay yang dijual

MAJLIS PERASMIAN PRODUK DARI BIDADARI SYURGA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Sept 2022 , bertempat di Hotel Summit Usj Subang Jaya telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jubah Plus Size,Khimar dan Wangian  oleh Syarikat BIDADARI SYURGA. Pengasas Dato'Noora Kay Majlis perlancaran dirasmikan oleh Y.A.M Raja Datin Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris A' fifullah Shah Produk yang di lancarkan  adalah inspirasi sendiri oleh Pengasas iaitu Dato ' Noora Kay. Info mengenai Bidadari Syurga. BIDADARI SYURGA merupakan syarikat di bawah Syarikat Induk Loundry Expert iaitu Syarikat yang dimiliki oleh anak bongsu Dato'Noora Kay iaitu Tuan Adllan Harith . Dato'Noora Kay bersama anak bongsu beliau Tuan Adllan Harith Daripada minat yang mendalam terhadap fesyen, Dato' Noora Kay mengilhamkan hobi beliau ini dengan mereka Jubah Plus Size.  Tujuan utama ialah memudahkan wanita-wanita bertubuh besar untuk mengayakan fesyen berjubah dengan kelihatan lebih Eklusif serta menutup aurat . Jubah Plus Size

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan