Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

HENDAK TAHU APA YANG MENARIK : JOM DAY TRIP KE PULAU KETAM

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied bersama para pemandu pelancong serta agen pelancongan telah menyertai Program Famtrip Jom ke Pulau Ketam yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang dan Persatuan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bagan Pulau Ketam ( MPKK). Info Mengenai Pulau Ketam Pulau Ketam adalah pulau kecil yang terletak berdekatan Pelabuhan Klang , Selangor. Pulau ini telah wujud sekitar tahun 1880an lagi.  Ia merupakan rumah kepada dua buah kampung Cina.  Kampung utama di bahagian selatan pulau ini dikenali sebagai Pulau Ketam manakala kampung di bahagian timur-laut dikenali sebagai Sungai Lima . Toechew dan Hokkien merupakan penduduk asal pulau ini.  Terdapat juga golongan orang asli yang menetap di bahagian lain pulau ini. Penduduk di Pulau Ketam ini kir-kira 6,000 orang dan jumlah rumah kediaman kira-kira 1,000 buah. Majority penduduknya adalah masyarakat Cina . Untuk sampai ke Pulau Ketam kena menaiki bot dari Pelabuhan Klang.  Mas

JELAJAH SEPANG DENGAN BUS SELANGOR HOP ON HOP OFF (HOHO SELANGOR)

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Baru-baru Kak Mied dan rakan Media berkesempatan menaiki Selangor Hop On Hop Off bas( HoHo Selangor) ketika mengikuti program FamTrip : Exploring Sepang with Selangor Hop On Hop Off Bus . Bagi yang masih belum tahu,  Hoho Selangor ialah bas perkhidmatan Pelancongan yang disediakan  oleh Kerajaan Selangor bagi mengalakkan kemasukkan pelancong ke negeri Selangor. Buat masa sekarang ada dua laluan yang di sediakan iaitu Laluan Cyberjaya dan Laluan Sepang . Untuk melihat jadual bas serta tempahan boleh ke website : https://www.hohoselangor.com Untuk Famtrip kali ini,  kami berpeluang untuk mengikuti Laluan Sepang. Seawal  9:00 pagi, kak mied bersama rakan Media yang lain telah tiba di Stesyen MRT Cyberjaya City Centre untuk di jemput oleh  Hoho Bas ke Tamarind Square bagi menikmati sarapan pagi. Menikmati Sarapan di Pekan Ipoh Kopitiam, Tamarind Square, Cyberjaya Selesai sarapan, Bas Hoho terus membawa kami menjelajah ke beberapa destinasi menarik

FILEM TAMIL CAPTAIN MILLER : PERJUANGAN MENUNTUT KEBEBASAN

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada 12 Januari 2024, kak mied bersama rakan media yang lain telah dijemput untuk menyaksikan filem Tamil terbaru. yang bertajuk Captain Miller . Filem ini telah di arahkan oleh Arun Matheswaran dan diterbitkan oleh Sendhil Thyagaragan dan Arjun Thyagaragan di bawah Sathya Jyothi Filem . Menampilkan pelakon terkenal  Dhanush yang membawa watak sebagai Captain Miller. Pelakon lain yang terlibat seperti Priyanka Arul Mohan, Shiva Rajkumar, Aditi Balan, John Kokken, Edward Sonnenblick dan lain-lain. Filem ini diklasifikasi sebagai 18++ kerana mengandungi adegan keganasan. Sinopsis Filem Captain Miller Berlatarbelakang zaman pemerintahan British tahun 30an,  berkisar mengenai kekejaman pihak British terhadap penduduk tempatan. Cerita bermula apabila seorang pemuda kampung iaitu Analeesan atau Eesa (Dhanush) dinamakan Miller setelah dia menyertai tentera British. Semasa menyertai tentera British, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku 

APPLIKASI THINK QURAN LANCAR KEMPEN #FAHAMKHATAMALQURAN" SEMPENA RAMADHAN

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Bulan Ramadhan hampir tiba dan semestinya bulan yang mulia ini ditunggu oleh seluruh umat islam serata dunia. Ketika inilah kita dapat mengandakan pahala dengan meningkatkan amal ibadah kita. Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Think Quran Datuk Abdu l Radzeen Abdul Rahman bersama dengan Datuk Hussamuddin Yaacub , Penasihat Kumpulan Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran di Auditorium Karangkraf Shah Alam. Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman- Ketua Pegawai Eksekutif Think Quran Kempen ini untuk orangramai memahami setiap perkataan dalam kitab Suci Al Quran bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tahun ini Bulan Ramadhan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal Al Quran .  Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya  berharap Think Quran dapat membantu kita