Skip to main content

FILEM TAMIL CAPTAIN MILLER : PERJUANGAN MENUNTUT KEBEBASAN

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Pada 12 Januari 2024, kak mied bersama rakan media yang lain telah dijemput untuk menyaksikan filem Tamil terbaru. yang bertajuk Captain Miller.

Filem ini telah di arahkan oleh Arun Matheswaran dan diterbitkan oleh Sendhil Thyagaragan dan Arjun Thyagaragan di bawah Sathya Jyothi Filem.

Menampilkan pelakon terkenal  Dhanush yang membawa watak sebagai Captain Miller. Pelakon lain yang terlibat seperti Priyanka Arul Mohan, Shiva Rajkumar, Aditi Balan, John Kokken, Edward Sonnenblick dan lain-lain.



Filem ini diklasifikasi sebagai 18++ kerana mengandungi adegan keganasan.

Sinopsis Filem Captain Miller

Berlatarbelakang zaman pemerintahan British tahun 30an,  berkisar mengenai kekejaman pihak British terhadap penduduk tempatan.

Cerita bermula apabila seorang pemuda kampung iaitu Analeesan atau Eesa (Dhanush) dinamakan Miller setelah dia menyertai tentera British.

Semasa menyertai tentera British, satu peristiwa menyayat hati telah berlaku  yang menyebabkan Miller telah berpaling tadah dan seterusnya menjadi pemberontak.

Disini bermulalah aksi-aksi pemburuan terhadap Miller oleh British. Pelbagai aksi dan adegan menarik di tonjolkan,  menjadikan filem thriller ini menarik untuk di tonton walaupun masa tayangan hampir dua jam tiga puloh minit agak panjang namun tidak membuat penonton bosan.

Filem ini bukan sahaja ingin menonjolkan mengenai kebebasan negara dan penjajah tetapi juga mengenai kebebasan diri.

Di Malaysia,  filem ini diedarkan oleh MSK Cinema Sdn Bhd dan telah mula di tayang di 136  Pawagam seluruh negara bermula dari 12 Januari 2024 bersempena perayaan Pongal.

Sebuah filem yang wajib  tonton oleh peminat filem Tamil dan ia berdasarkan kisah benar.

Selamat Menonton❤️

Salam sayang,

Miedajaz

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad