Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Hari nie k mid nak cerita pasal travel pulak. Tentu ramai yang suka travel macam k mid jugak. Syokkan dapat terbang ke seluruh dunia sebab ada banyak culture dan tempat-tempat yang best kat luar sana. At least kita boleh tambah knowledge dan lebih bersyukur kita dapat menghirup udara di luar sana melihat keindahan ciptaan Tuhan.
![]() |
Traveloka selamat dan bole di percayai |
![]() |
Untuk pengetahuan korang Jetstar ini based dekat Australia, salah satu low cost airlines yang ada kat dunia. Lebih kurang 75 destinasi yang korang boleh terbang dengan Jetstar ni. Dari segi seating lak ada 2 class iaitu Economy Class dan Business Class. Economy class korang boleh bawak maximum 7kg bag cabin tapi yang pastinya murah. Untuk business class pulak korang boleh bawak 2 kali ganda bag cabin dan seat dia luas sikit dari economy class punya seat. Apa-apa pun harga still murah kalau nak dibandingkan dengan airlines lain.
Mehlah k mid ajar korang cara-cara nak booking, mula-mula sekali korang kena install apps Traveloka atau surf website diorang dan korang search Jetstar. Bila dah jumpa under section search korang isikan details macam tarikh pergi dan balik, destinasi korang dan juga untuk berapa orang. Suggestion k mid ialah korang pilih date yang lama sikit dari sekarang ni, dan bukannya tarikh cuti sekolah atau perayaan. Dengan cara camtu korang akan dapat harga yang paling murah. Lepas tu korang search dan kebiasaannya harga yang paling murah akan ada kat paling atas sekali. Kalau korang puas hati dengan harga tu korang terus buat booking dan boleh buat online payment guna kad kredit atau kad debit. Senang kan? Traveloka ni selamat dan boleh dipercayai dan salah satu sistem yang makin famous dan digunakan orang lain sekarang.
Walaupun Jetstar ni dari Australia korang boleh jugak naik flight diorang kalau korang dari Singapore. Contohnya korang nak cari Singapore to Penang flights kat Traveloka korang boleh gak cari under Jetstar kalau-kalau korang nak tukar angin.
Kalau nak ke Singapore pon takdehal. Tapi apa yang ada kat Singapore kalau nak bercuti ek? Dah la negaranya agak kecik, actually ada banyak tempat yang best kat sana. K mid listkan beberapa tempat menarik yang bole korang terjah kat Singapore ya..
Bagi anak-anak kecik, tengok haiwan yang terbang tinggi dengan lebih dekat ini pasti akan menjadi memori yang indah dan menyeronokkan bagi diorang. Bukan sikit burung yang ada kat sini, tapi 8000 ekor burung daripada 600 spesies burung yang boleh korang lihat di Jurong Bird Park. Burung-burung yang ada kat sini didatangkan dari pelbagai negara di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan hinggalah ke Afrika, senang cerita, hampir seluruh pelusuk dunia. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jurong Bird Park adalah memberi burung-burung ini makan, termasuklah burung penguin yang ada kat sini. Selain itu, kalau anak-anak korang memang betul-betul minat dengan burung, diorang boleh menyertai aktiviti camping bersama penguin dan burung-burung lain, nak tahu bila aktiviti ini diadakan, korang boleh mendapatkan maklumat tambahan dari pihak taman burung ini.
Ferris Wheel yang berketinggian 165 meter ini menempatkan kapsul-kapsul berpendingin hawa untuk 28 orang penumpang. Dari kapsul ini korang akan dapat tengok view indah 360 darjah kawasan sekitar Singapore, dan jangan terkejut kerana korangmungkin dapat tengok Malaysia juga dari kapsul inipada hari yang jelas viewnya. Apa-apa pun Ferris Wheel ini bukanlah untuk orang yang gayat, kalau korang seorang yang gayat jangan kecewa, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini seperti ke Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.
*Singapore Zoo
Singapore Zoo merupakan salah satu zoo hutan hujan terbaik di dunia. Kemudahan dan haiwan-haiwan zoo di pelihara dengan rapi dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan ruang habitat. Selain dari itu bersebelahan saje dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia.
Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Kat sini korang dapat tengok lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies. Kalau korang ke Singapore Night Safari ini, korang boleh memilih untuk menerokai hidupan nokturnal ini sama ada dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki tram safari yang disediakan. Bukan sikit untuk dilihat ya, dengan tram safari pun masa yang diambil adalah dalam 40 minit. Antara zon yang ada kat sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.