Booking.com

Monday, July 29

TRIP KE PULAU LINGGA - PART 02

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

K mid sambunglah cerita trip ke Lingga ini ya.....
Malam tadi dah puas joget lambak...tidurpun lena betul ....yalah 6 jam naik feri.

Di mulai pagi hari kedua ini dengan seawal 7 pagi sarapan di Hotel dan bersiap sedia untuk check out...
Pandangan di kawasan depan Hotel
Destinasi pertama hari ini ialah Museum Timah Singkep yang terletak di Jalan Pagoda. Masih lagi di kawasan Dabo ,  belum lagi sampai ke Daik.


Selamat datang ke Museum Timah Singkep

Pulau Singkep dahulunya adalah pulau penghasil timah bermula dari tahun 1950an hingga ke tahun 1990an. Pulau ini juga terkenal satu ketika dahulu sebagai pulau penghasil timah terbesar di Sumatera.  Jadi idea penubuhan Museum timah ini untuk menyimpan dan mempamerkan khazanah bersejarah di masa kejayaan Pulau Singkep sebagai penghasil timah.
Kebanyakan barangan koleksi di Musuem ini adalah pemberian dari masyarakat setempat dan orang awam. Kini dikatakan telah pun mempunyai 637 koleksi peninggalan masa lalu perusahaan timah walaupun Musuem ini baru di rasmikan pembukaannnya pada 25 Mei 2019 yang lalu. Dengan adalah Museum timah ini akan menjadi wadah untuk generasi akan datang tentang Pulau Singkep yang pernah berjaya dalam perusahaan timah.

Pagoda Dabo Singkep
Disebelah Museum timah pula terdapat sebuah Pagoda yang di dalamnya terdapat gerai cenderahati...jadi sambil melawat Museum timah bolelah beli ole-oleh di sini untuk di bawa pulang.

Kain tenun/tekap diorang memang cantik
Ayuh beli ole-ole 😍
Perjalanan seterusnya ke satu lagi destinasi iaitu Pulau Marquez.  Terletak di  Tg Sawang, Desa Singkep Persisir, Dabo Lama.
Acara hari ini adalah melepaskan anak-anak penyu ke pantai kerana di sini ada pusat "Santuary Penyu"
Pantai nie bersih dan cantik,  ada chalet-chalet penginapan juga.

k mid di Pantai Marquez
antara chalet yang terdapat di sini


sebahagian anak-anak penyu yang akan di lepas...semoga semuanya selamat ya
sebelum beredar sempat capture gambar nie...walaupun tak sempat meniti sampai ke hujung sana😅
Tiba masanya ke Pelabuhan untuk ke Daik pula...
Bye..bye Pulau Singkep...hingga jumpa lagi insyaallah

Perjalanan di teruskan dengan menggunakan speedboat selama 30 minit untuk sampai ke Pelabuhan Tanjung Buton, Daik

Pemandangan gunung Daik ini bole di lihat dari pelabuhan Tanjung Buton tapi hari ini tidak bernasib baik kerana gunung daik yang bercabang tiga langsung tidak kelihatan cabangnya... Malu agaknya😃
agak jauh juga kena berjalan di Pelabuhan Tanjung Buton ini

Di Daik iaitu Ibu kota Lingga ini ada beberapa tempat yang sempat kami kunjungi antaranya  :-

* KOMPLEK ISTANA DAMNAH
Istana ini terletak di Kampung Damnah, Kabupaten Lingga.  Di bangunkan pada tahun 1860 masa pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II.(1857-1883).   Istana Damnah kini yang bole kita lihat  hanyalah beberapa runtuhan tapak, tiang  serta tangga batu sahaja.

Bagi tujuan gambaran sebenar dan sejarah...didirikan  replika yang menyamai Istana Damnah yang bersebelah dengan tapak asal istana dahulu.

Walaupun bukan menyamai 100 % istana sebenar namun rekabentuk dan saiz Replika Istana Damnah ini adalah sama dengan Istana  asal.

Inilah replika Istana Damnah
Balairung seri

Perjalanan kami ke sini yang hampir menjangkau tengahari,  menyebabkan cacing-cacing menjerit kelaparan😂😂 minta perut di isi.  Bagai orang mengantuk di surongkan bantal,  kami dijamu makan tengahari dengan duduk bersila dalam replika Istana Damnah ini
Masuk jer...makanan telah di hidang dan di tutup rapi....apa lagi tunggu...nasib sempat di ambil fotonya..hahaha
Apa lagi teruslah bersantap......
cantik sekali motif ukiran di pintu ini kan...
Di tengah-tengahnya pula terdapat sebuah singgahsana indah...mungkin begini agaknya singgahsana raja-raja melayu  dulu
apa lagi....berposinglah kejap di atas singahsana ini.

* RUMAH TEKAT TUDUNG MANTO HALIMAH
Selesai makan tengahari di Istana Damnah ,  kami pun menuju  kesebuah rumah tekad yang di gelar Rumah Tekat Tudung Manto Halimah.



 Mesti korang nak tahu kenapa di beri nama Halimah tidak pulak Hamidah, Ghasidah dan nama lain-lain yang lebih menarik...hehehe...
Sebenarnya nama Halimah adalah nama isteri datuk bandar yang memberi tanah untuk membangunkan rumah tekad ini.
Dengan adanya rumah tekad ini,  ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi kaum wanita desa dan generasi muda pula bole meneruskan warisan tekad ini.
Tudung manto ini biasa di pakai sebagai selindang diatas kepala
pakai macamnie barulah betul kan???

Mari kita lihat apa itu tudong Manto?


Tudung manto ialah warisan kebudayaan pakaian tradisional masyarakat  melayu dan tidak asing lagi bagi masyarkat Lingga.  Tudung sendiri dalam bahasa melayu bermaksud penutup.  Manto pulak bermaksud tutup kepala.,  jadi Tudong Manto berfungsi sebagai penutup kepala bagi kaum wanita yang sudah bersuami.
Tudong manto biasanya di pakai pada acara tertentu seperti ke majlis2 perkahwinan,  keramaian serta ke majlis2 adat dan budaya. ia juga adalah lambang identiti sipemakainya, juga di gunakan untuk menutup keranda (bahagian kepala) disaat kematian.

Jenis2 bahan yang di perlukan untuk membuat Tudung Manto ini ialah kain sari, benang emas atau perak,  jarum perak dan tembaga.

Dan untuk menghasilkan tudung manto ini teknik tekad di gunakan dan masa yg perlu untuk menghasikan sehelai tudung bole menjangkau selama sebulan mengikut motif  tertentu dan harga juga bergantung kepayahan untuk membuatnya.  Harga sehelai tudung di antara Rp600 - Rp1500.

Kalau berminat boleh berkunjung ke Lingga ini ya...

kalau k mid yang buat tak tahulah bila akan siap...silap2 buat separuh jalan je...


*MASJID JAMI SULTHAN LINGGA


Masjid yang berwrna kuning hijau ini mencerminkan warna khas melayu.

Masjid ini merupakan peninggalan Sultan Melayu Riau Lingga. Merupakan masjid tertua di Lingga. Dibangunkan pada sekitar 1800 masihi semasa pemerintahan Sultan Mahmud III yang merupakan sultan yang memerintah daerah Lingga, Johor dan Pahang pada ketika itu.

Di belakang dan sisi barat majid terdapat makam Sultan mahmud III dan lain-lain kerabat di raja.
Disini kita bole mendapat informasi tentang makam-makam yang terdapat di sini
Makam Sultan Mahmud Syah III


Masjid ini di dirikan dengan tidak menggunakan tiang, sebaliknya masjid ini terdiri dari pilar-pilar yang berjumlah 10  iaitu 4 buah pilar terletak di ruang utama dan enam pilar terletar di serambi masjid.

Pintu masjid ini juga unik dimana pintu dan tingkap masjid juga di ukir cantik menunjukkan betapa seninya masyarakat melayu.

*MUSEUM LINGGAM CAHAYA

Terletak  di Jalan Raja Muhammad Yusof, Daik dan lokasi nya berhampiran dengan Komplek Istana Damnah.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai sejarah kerajaan melayu Lingga,  Museum ini adalah tempat yang sepatutnya di kunjungi kerana ia menghimpunkan pelbagai khazanah kesultanan melayu Riau Lingga merangkumi sejarah asal usul, adat , budaya serta kehidupan masyarakat melayu Riau Lingga.

Museum Lingam Cahaya

Ini adalah pandangan di hadapan Laman Museum....korang rasa  ada apa dalam pasu tue dan kenapa di letakkan di situ?

Menurut catatan ada 5700 koleksi sejarah dan aktifak tersimpan di musuem ini dan sebahagian besarnya adalah pemberian dari masyarakat Lingga sendiri.

Selamat Datang ke Museum Linggam Cahaya
Salasilah Kesultanan Kerajaan Lingga

Sebahagian Koleksi yg ada di sini.

Salah satu koleksi yang menarik di sini ialah,  Tulang Kerangka Gajah Mina.  Bangkai Gajah Mina ini di temui hamyut di salah satu pantai di Daik ini sebulan setelah kejadian Tsunami Acheh.


Generasi akan datang pasti mendapat pengetahuan yang bernilai tentang Sejarah kesultanan melayu Riau Lingga di sini

Pandangan dari Tingkat atas Museum

*AIR TERJUN RESUN

Sesuai dengan nama di beri,  ianya terletak di Desa Resun.  Merupakan salah satu dari belasan air terjun di Pulau Lingga.
.


Dengan kecondongan 45 darjah,  air tidak terus turun kedasar sebaliknya ianya mengalir ke tepi dinding batuannya. Kawasan sekelilingnya pula dipenuhi dengan kehijauan pohonan...membuatkan k mid tak sabar nak berendam di sini .

Kita tidak perlu berjalan jauh setelah turun dari kenderaan untuk sampai ke air terjun ini.
Juga terdapat fasiliti lain seperti toilet dan surau di sini,  jadi ini memudahkan orang ramai untuk datang beriadah di sini.

Wah..bestnya korang berendam kat sini ya...


Tak kan k mid berselfi dan berposing ajekan...
Yeah...dapat juga merasai kenyamanan air terjun resun ini...mandi sampai puas....

 * Hotel Lingga Pesona




Inilah hotel penginapan kami di Daik,  walaupun tidak berbintang-bintang namun hotel ini selesa dan bersih...bolelah merehatkan diri selepas seharian meneroka Kota Daik ini

 Alamat  :  Merawang, Daik Lingga, Kec.Lingga.  Kabupaten Lingga,
Kepulauan Riau , Indonesia


 

 
Dengan kebatasan masa,  dapat juga kami menjelajah dan mengetahui serba sedikit tentang Pulau Lingga ini.  Mungkin juga ada kesempatan yang lain bolelah ke  pantai Batu Berdaun, Pantai Batu Berlubang,Gunung Daik, Pulau Benan, Air Terjun Batu Ampar, Meriam Tegak dan lain-lain.

Dari pengamatan k mid,  Pulau Lingga bole menjadi salah satu destinasi pelancongan yang berjaya dengan menambah baik fasiliti yang ada kerana ia mempunyai banyak tempat-tempat  semulajadi dan pantai-pantai yang indah, cantik dan bersih tambahan pula Gunung Daik telah menjadi terkenal untuk pendakian.

Ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada  Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga Bapak Raja Fahrurazi, Bapak Edi Sutrisno dan semua yang terlibat dalam Program Fam trip ini. Hingga jumpa lagi.

 #PersonaLingga      #WonderfulIndonesia


Salam sayang,


KLIK SINI UNTUK TRIP KE PULAU LINGGA 01

PG MALL DENGAN KEMPEN WOW STORE MENAWARKANN POTONGAN HINGGA 80% DAN FREE SHIPPING

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. K mid baru aje balik dari menjelajah kampung,  penat pun tak habis lagi nie..tapi tak apa kerana ...