Booking.com

Wednesday, December 22

Percutian di Melaka~cuti2 Malaysia

 Tarikh :  Sept 2010
 
Sebelum hantar anak balik ke asrama di Air Molek, Melaka,  kami sekeluarga dicide nak lepak2 & jalan2 kt Melaka.  Kat mana nak bermalam??  Aku rasa Kuala Sg Linggi ok kut.... Chalet dia murah dekat dengan pantai pulak.

Suasananya tenang, malamnye boleh makan kat muara Sg Linggi


Suasana di waktu matahari terbenam

Meniti senja di kuala Sg Linggi


Dah puas mandi-manda dan lepak2 di Muara Sg Linggi,  kami pun ke Bandar  Hilir,  banyak perubahan berlaku...al-maklum lama tak pergi melawat Melaka ni.....

 Melaka River Cruise - Sedia menanti Anda



 




 Gambar sekitar Bandar Hilir Melaka



Pasti ramai yang dah sampai ke melaka jadi tak payahlah cerita panjang2 kat sini....Bagi yang dah lama tak berkunjung ke Melaka,  bagus juga ke sana jika berkesempatan......BYE

Nampak sangat kemalasan melanda.....begitu simple entri nie....aduyai.



With Love

Tuesday, December 21

Percutian di Surabaya (Part 2)

Day 3

Taman Safari

Anak2 happy dapat lihat haiwan dengan dekat sekali~bestnya cuma di pertengahan jalan hujan turun dengan lebat sekali jadi tak dapat menjelajahi Safari Malang sepenuhnya~


Sang belang nie...tepi2 jalan je dia lepak
Sang singa bersama kaum kerabat nya...banyaknye


Si nakal nie asyik menunjukkan aksi2nye..


Perjalanan kami seterusnya ialah Coban Rondo maknanya "Air Terjun Janda"....wow menakjubkan~ ada kisahnye Air terjun Coban rondo ~kisah sang puteri yg baru kawin telah di nasihat supaya jangan keluar mengikuti suaminye tapi dia degil sangat lalu di serang oleh mereka yang memang nakkan tuan puteri tu...jadi suami dia soroklah dia kt air terjun ini,  sang suami pulak terbunuh dan sang puteri tunggulah kt air terjun tu tak keluar2...belakang air terjun nie mmg tak kena air pun...

kt sini aku baca kisah Coban Rondo





Air terjun nie tegak dan setinggi 15 tingkat
Abadikan kenangan ini bersama-sama


Ini pulak Balekembang beach...cantik tempat ni,  tak digalakkan mandi-manda sbb ombak dia kuat tapi biasalah ramai yang degil...
Bale kambang beach       



Day 4

Inilah pulak kisah ladang epal....di bandung dulu ku petik strawberry, di surabaya nie dpt petik epal.  Sambil makan kenyang2 kat ladang...sambil masuk ke dalm plastik sbb..nak bawa balik juga kt m'sia...terbaik dari ladanglah katakan....
Buah2 epal yg segar di Ladang

aksi2 di ladang epal

bergambar kenangan di ladang epal

Harap2 dapat lagi menjejaki kaki ke sana lagi.....yang penting dapat bawak keluarga sekali, bukan senang nak satukan semua ahli2 keluarga dan bawak diorang melancung sekali..Happy sangat.............Jumpa lagi di lain destinasi... Wassalam



With Love

Friday, December 17

Percutian di Surabaya ~Malang, Indonesia (Part 1)


Kisah pengembaraku ke Surabaya, Indonesia.  Asalnya 7 orang dewasa bersama 2 orang kanak2 yg akan mengikuti pengembaraan ini,  atas sebab tertentu tinggal 6 orang dewasa dan 1 orang kanak2 sahaja.

Tarikh       : 27/12 - 30/12/2010 (4 hari 3 malam)
Flight No.  : Airasia AK552


Sebelum berlepas ke Surabaya,  kami di kejutkan dengan berita letupan Mt Bromo, walaupun tidak sekuat Merapi tapi sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti kami yang memangnye nak ke mt. Bromo. Sebelum itu AirAsia telah reshedule fight kami yg sepatutnya berlepas pada 10.25 pagi waktu Malaysia ke 7.25 pagi. Kesian anak2ku terutamanya si adek yg terpaksa bangun pukul 3.30 pagi dan perlu berada di KL central pada pukul 4.30 pagi, terus menaiki SKYBUS pada pukul 5.00 pagi.




Penerbangan pesawat AK552 ke Juanda International Airport mengambil masa kira2 3 jam tapi disebabkan waktu di Indonesia kurang 1 jam dari malaysia, jadi kami tiba sekitar kul 9.30 pagi waktu Indonesia. Tour guide kami Aidey from Travelife setia menunggu ketibaan kami, dgn 2 buah kenderaan ( 1 Avanza + 1 Suzuki).
  Day 1


Suramadu Bridge - Jambatan yg menghubungkan Surabaya & P.Madura

     

    

Gambar-gambar di Tugu Pahlawan








monumen kapal selam

 
Inilah pulak kisah Lumpur Lapindo~Desa2 yang di tenggelamkan oleh Lumpur. Mengikut ceritanye pada tahun 2006 tragedi ni terjadi...Jadilah satu kawasan yang seperti padang jarak padang tekukur....
             

Inilah kilang yg asalnya kilang minyak tapi akhinye mengeluarkan lumpur lalu menggelamkankan desa2
 
Disini kami dpt lihat kawah2 yg masih aktif dan meledak~dipenuhi oleh lumpur



 Ini pulak ladang teh~ memang lebih kurang je dengan Cameron Highland....tak kisahlah...yang penting lain tempat lain pemandangannye...dan kami tak nak lepaskan peluang menikmati keindahan sesuatu tempat itu.....



 DAY 2

Patutnye kami akan ke Mt Bromo tapi hari nie bromo
meletup lagi dan sekitarnya di letakan dlm keadaan berwaspada, untuk tidak mengambil risiko kami batalkan perjalanan .




Jadi penjalanan kami di teruskan dengan mengunjungi candi2....Tak lengkap percutian di indonesia kalau tidak melihat candi2nya......



candi suberawan



Candi Singosari

Masih berharap dapat menjejakkan kaki ke Mt. Bromo satu hari nanti...walaupun tak tahu bila. Terima kasih buat keluarga dan teman-teman yang sama-sama mengikuti percutian ini..




With Love

APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak...