Booking.com

Monday, July 19

COSMODERM Vitamin E dan Tea Tree Oil Membantu Kulit Yang Bermasaalah dan Berjerawat

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Harapan k mid semoga kita semua sihat dan dilindungi dari ancaman Covid-19.  Walaupun memang stress terpaksa berkurung di rumah dan tidak boleh ke mana-mana,  kesihatan kita dan orang di sekeliling kita harus diutamakan. Marilah kita mangamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan disamping  itu kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat.

Dari  segi kesihatan tubuh badan,  bolehlah kita bersenam di rumah saje,  menjaga pemakanan yg seimbang,  berkebun dan sebagainya.
Bagaimana dengan kesihatan kulit pula,  aspek ini pun kita tidak boleh ambil mudah.  Kita perlu menjaganya walaupun banyak menghabiskan masa di rumah di kala masalah pandemik melanda sekarang nie.
Disini k mid ingin berkongsi produk penjagaan kulit dari COSMODERM. Mungkin ramai yang telah mencuba dan mengetahui Rangkaian produk penjagaan kulit dari Cosmoderm tapi kali ini k mid nak kongsikan ialah Vitamin E dan Tea Tree Oil.
Kedua-dua produk ini sudah lama berada di pasaran tetapi kini di beri suntikkan dan wajah baru yang lebih menarik.

COSMODERM Vitamin E dan Tea Tree Oil berwajah baru

Fungsi daan kebaikkannya masih sama iaitu untuk para lelaki dan wanita yang mempunyai masalah kulit wajah yang berminyak,  berjerawat serta membantu mengurangkan parut-parut jerawat. Menjadikan kulit kelihatan lebih muda, anjal dan berseri.

COSMODERM Vitamin E Series -Moisture and Revive

#YouTurnBeauty

 * Vitamin E  Facial Cleansing Foam

 

Buih pembersih yang mengandungi ramuan seperti  Chamomile,  lemon dan Vitamin E Rosehip Oil serta diperkaya dengan antioksidan untuk membersihkan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan permukaan kulit wajah.

Cara penggunaanya :

Picit sedikit dari tiub,  letakkan di tapak tangan yang lembab,  gosok hingga berbuih di permukaan kulit wajah,  usap secara lembut dan sekala,  kemudian di bilas hingga bersih.

* Vitamin E Bi Phased Toning Essense.

Toner Essense ini adalah kombinasi minyak dan air terdiri daripada 2000 I-U Vitamin E dan Vitamin B5 yang dapat menenangkan dan melindungi kulit dari Sinaran  UV dan persekitaran yang merbahaya. Ia juga dapat membantu menyeimbangkan mikrobiota kulit dan mengimbangkan semula tona kulit yang tak sekata dan mencerahkan kulit wajah. Ianya juga akan menjadikan kulit terhidrat sepanjang hari.

Vitamin E  di dalamnya bertindak  sebagai antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan oksidatif kulit dengan melawan radikal bebas serta berfungsi sebagai pelembap dan membantu peremajaan kulit.

 Cara penggunaannya  :

Selepas  penggunaan toner,  sapukan toning Essense ke muka  dan urut perlahan-lahan sehingga ianya meresap.

Untuk mendapat kulit yang cantik, tanpa parut dan tidak kusam ikuti 4 langkah di bawah ini.

Langkah 1 :  Guna CosmodermVitamin E Facial Cleaning Foam untuk membersih kotoran , minyak dan sebagainya.

Langkah 2 : Sapukan CosmodermVitamin E Refining Toning Lotion dengan menggunakan kapas di muka membersih dengan mendalam serta membuang sel-sel mati.

Langkah 3 : Sapu dan urut dengan perlahan CosmodermVitamin E Bi Phased Toning Essense untuk melembapkan kulit kering  dan memudarkan parut serius. 

Langkah 4 :  Gunakan Cosmoderm E 3000 I.U Renewal Moisturiser sebagai pelembap yang kaya dengan antioksidan untuk melindungi dan menyihatkan kulit,  anti-penuan dan memudarkan parut.

Cosmoderm Tea Tree Oil Series - Oily and Acne Free

#ControlAcneDelete

*Cosmoderm Tea Tree Oil Control Facial Cleanser

Krim pembersih muka ini dapat membantu menghilangkan minyak,  kotoran, membersihkan pori tersumbat dan mengawal kegatalan kulit serta mengurangkan jerawat.

Cara kegunaannya  :

Picit sedikit dari tiub,  letakkan di tapak tangan yang lembap,  gosok hingga berbuih di permukaan kulit wajah,  usap secara lembut dan sekala,  kemudian di bilas hingga bersih.


*Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum

TTO Refining Oil Control Serum ini mengandungi ekstrak buah yang bertindak mengawal lebihan minyak di wajah.   Ia juga dapat membantu mengurangkan jerawat  dan mengurangkan bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih serta menghalangkan liang pori dari tersumbat.

Cara penggunaannya  :

Selepas penggunaan toner,  sapukan Serum ini ke wajah dan urut perlahan-lahan hingga ianya meresap ke dalam kulit.

Guna 4 langkah ini untuk mengawal Jerawat dalam masa 3 hari.

Langkah 1  :  Guna Cosmoderm Tea Tree Oil Control Facial Cleanser untuk membersih wajah daripada minyak, kotoran dan juga untuk mengecutkan jerawat.

Langkah 2 :  Tuang ke atas kapas Cosmoderm Tea Tree Clarifying Face Toner  untuk membantu merawat jerawat.

Langkah 3 : Guna Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan mengembalikan lembapan semulajadi kulit.

Langkah 4 : Guna Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser iaitu pelembap berasaskan air sebagai  asas mekap atau Sunscreen Protectionterhadap sinaran UVA dan UVB yang merosak dan mengelapkan kulit.
 

Bagaimana nak dapatkan Produk Cosmoderm ?

Produk Cosmoderm boleh didapati di semua farmasi dan lagi senang boleh beli secara online di Shopee dengan harga yang mampu milik. Cosmoderm Official

Untuk info lanjut boleh layari  : https://www.cosmoderm.com.my/
#Cosmoderm
#TeamOfCosmoderm
#YouTurnBeauty
#ControlAcneDelete
 
 

  
 Salam sayang,


HIKING RAWANG BYPASS

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Apa itu Rawang By Pass Sebelum k mid cerita mengenai pendakian k mid ini,  mari kita ketahui serba sedik...