Assalamulaikum dan salam sejahtera Panbil Nature Reserve Eco-Edu Park terletak di Pulau Batam, Indonesia . Ianya mempunyai keluasan 260 hektar, di buka pada umum pada Disember 2021. Terletak di Jln Ahmad Yani, Muka kuning, Kecamatan Batam Kota, Kota Batam . Merupakan taman rekreasi dan pembelajaran alam semulajadi. K mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang mengunjungi taman rekreasi dan pembelajaran ini ketika Batam Mega Famtrip pada 13-16 Julai 2022 baru-baru ini. Kami mulai lawatan di sini dengan berjalan kaki sambil mendaki bukit demi melihat dan bermesra dengan Rusa Sambar yang merupakan tarikan utama Panbill Nature Reserve Eco-Edu Park ini. Awal-awal mendaki masih boleh tersenyum😆 Yang nie dah start tercunggap😆😆 Demi hendak melihat Rusa Sambar dan persekitarannya, kami semua teruskan pendakian di laluan bersimen sepanjang lebih 1km rasanya. Sepanjang jalan kami berhenti sambil melihat keindahan pohon-pohon yang menghijau di kiri kana...