Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

SEHARI DI SELANGOR...jom kita ke SEPANG!!

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah... kita semua dah boleh melancong...tapi dalam negeri aje dulu ya.. tak mengapa asalkan boleh keluar jalan-jalan setelah hampir 3 bulan terperap kat rumah. Dengan kelonggaran yang diberikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini,  bolehlah membawa family melancong dalam negeri dulu namun kita semua kenalah berhati-hati dan sentiasa mengikut Prosedur Operasi  Standard (SOP) yang telah di tetapkan. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor,  rasa-rasanya semua dah habis ke explore tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor...kalau belum?  apakata kita semua pakat-pakat bawa family pusing dekat-dekat dahulu. Jom kita terokai daerah yang terletak di bahagian selatan Selangor dahulu iaitu daerah SEPANG . Daerah Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berpesat di Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan keluar dan masuk utama Negara dengan adanya dua