Booking.com

Wednesday, January 15

MELAWAT MUZIUM POLIS JALAN PERDANA, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam Mulidur rasul semua.

Sempena cuti Mulidur rasul,  k mid terpaksa keliling-keliling K.Lumpur untuk mencari bahan untuk assignment...so k mid rasa bagus juga dapat ronda-ronda KL semalam sebab jalan tak jem...jadi tak lah sakit kepala nak menghadap traffic jem di KL nie. 

Dalam perjalanan melalui Lake Garden tue,  k mid terpandang signboard terpampang Muzium Polis, lagipun dah memang lalu situ...so k.mid pun decide nak singgah dan lihat apa yang ada kat Muzium Polis tue.

Sebelum nie k mid ada terbaca kat blog mengenai Muzium Polis Diraja Malaysia yang terletak di Jalan perdana iaitu di sebelah aje KL Bird Park. 




Di bahagian depan Muzium




Antara pemandangan yang terdapat di luar Muzium



Besar juga Muzium nie...

Banyak juga koleksi artifak dan maklumat bersejarah di pamerkan di dalam dan di sekitar Muzium ini. Juga ada di pamerkan  kisah Tragedi Bukit Kepong,  senjata yang di rampas dari pihak komunis dan sebagainya.



Di salah satu sudut Muzium

Dua orang remaja yang asyik  melihat persembahan Audio visual PDRM...ia ke berminat sangat???

Tengok kita orang...tak lepaskan peluang duduk di kerusi Ketua Polis....


Antara koleksi-koleksi yang terdapat disini


I like this antic police bike.....huhuhu
Mentanglah patung..k.mid tonjol2 je kepala..cuba betul2..siap kau!!!
 
Waktu melawat muzium nie ialah  dari Selasa hingga Ahad  dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan pada hari Jumaat di tutup untuk solat Jumaat dari pukul 12.30 hingga 2.30 petang. Jangan pulak datang pada hari Isnin sebab hari Isnin tutup.  Tidak ada apa-apa bayaran di kenakan.

Kat sini k mid letaklah alamat nya,  manalah tahu mungkin ada sesiapa nak membuat lawatan.

MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA
NO.5, JALAN PERDANA,
50480 K.LUMPUR\

TEL  ; 03-22725689/22725690





With Love

Thursday, January 9

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Assalamulaikum........
Cuba-cuba curi-curi masa menulis blog........dah mula rasa kepenatan walau baru 2 hari bergelar pelajar separuh masa...cuba mengejar semula keinginan yang di tinggalkan sementara........dan tentunya tekad dan azam tahun 2014 ini untuk melaksanakan dan menjayakan keinginan tersebut..

Jadi misi pertama ialah menambah ilmu...........hanya dengan ilmu sahajalah yang dapat mengubah hidup kita.....betul tak???



K.mid tak ambik course yang gempaq pun..hanya ambik course yang k.mid minat .........kak mid kan suka jalan-jalan...jadi k.mid fikir eloklah ambik course pasal tourism........Course nie pun taklah lama sangat,  klu ikut jadual mungkin kurang dari 6 bulan. (Lama-lama dah tak mampu..otak dah beku)


Jadual waktu bulan Januari pun dah dapat.....

Nak ceritalah sikit masa hari pertama ...........INTRODUCTION DAY...........
Lecturer ada bertanya pada kami para pelajar senior ( memang senior pun....rata2 sudah menginjak usia 4 siries)............Kenapa nak buat course ni...so semua cakap sebab MINAT.........jadi adik-adik semua ambiklah kursus pengajian berdasarkan minat bukanlah kerana paksaan keluarga ke atau sebab-sebab lain sebab dengan minat yang mendalam tentu kita ENJOY pada apa yang akan pelajari atau lalui............

Dan dengan MINAT sahaja....bolehkah kita berjaya?? K. mid rasa tentulah tidak.............kita mestilah ada DISPLIN yang tinggi.  Kita mesti berusaha untuk berjaya mencapai cita-cita kita , kita berusaha hadir ke kelas.  berusaha menyiapkan tugasan dan sebagainya...

Dan yang terakhir sekali kita mestilah IKHLAS.... bila kita ikhlas nak belajar ..insyaalah akan di permudahkan kita menerima ilmu.......Lecturer pun cakap...dia sendiri ikhlas mengajar jadi dia nak kami juga ikhlas menerimanya...barulah ilmu itu menjadi manafaat untuk semua.........

Jadi k.mid rumuskan,  klu nak berjaya mengejar keinginan dan cita-cita kita mestilah ada 3 benda nie...... MINAT.....DISPLIN........IKHLAS............So tepuk dada tanyalah selera....wasallam semua.


"Aku bukanlah orang yang hebat,
tapi ku mahu belajar dari orang-orang yang hebat,
Aku adalah orang biasa,
tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa.
Dan aku bukanlah orang yang istemewa,
tapi aku ingin menjadi seorang yang istimewa di mata semua orang"


With Love

APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak...