Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2023

TEMPAT MEMBELI BELAH DI TURKIYE

  Assalamulaikum dan Salam sejahtera. Bila kita melancong ke sesuatu tempat, kita pasti ingin membawa pulang cenderahati atau barangan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan. Ini tidak terkecuali ketika kak mied melancong ke Turkiye baru- baru ini.  Turkiye bukan sahaja mempunyai tempat-tempat menarik dan bersejarah namun ia juga terdapat pelbagai barangan unik dan khas yang hanya terdapat di sana. Ada beberapa tempat shopping yang wajib kita pergi ketika di Turkiye antaranya : #Kedai Turkish Delight di Bursa/Izmir/ Istanbul Turkish Delight atau Lokum adalah sejenis pencuci mulut  dan mempunyai pelbagai perasa.  Menjadi kebiasaan pelancong dari Malaysia membeli Turkish Delight untuk di bawa balik dan di jadikan cenderahati untuk di beri pada keluarga dan rakan-rakan.   #Kedai Minyak Zaitun ( Olive Oil) - Izmir Di Izmir kita akan di bawa ke kedai yang menjual produk kesihatan dan juga yang menjual pelbagai minyak zaitun.  Turkiye adalah salah sebuah negara pengeluar minyak zaitun

PROGRAM MERAIKAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL AL FIRDAUS ANJURAN BERSAMA PLAZA SHAH ALAM DAN BOB ROCK CLOTHING (BRC).

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi,  memberi kita peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat serta memperbanyakkan amalan mulia seperti bersedekah dan berkongsi rezeki . Rasulullah S.A.W bersadha, " Bersedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air itu memadamkan   api" Semoga dengan bersedekah, terhapus dosa dan kita memperoleh pahala berlipat kali ganda..insyallah. Untuk Ramadhan kali ini,  iaitu pada tarikh 7 April 2023 , Bob Rock Clothing(BRC ) iaitu Butik Pakaian lelaki Saiz Besar menerusi usahasama dengan Plaza Shah Alam dan beberapa lagi Pertubuhan NGO yang terlibat,  telah mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim Rumah Amal Al-Firdaus, Denai Alam.   Majlis telah  berlangsung  di Plaza Shah Alam. Seramai 45 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Al Firdaus  yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dari 1 tahun hingga 6 tahun  berserta  10  oran