Skip to main content

Posts

Showing posts with the label FOOD HUNTING

MENIKMATI STEAMBOAT DAN GRILL DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Malam isnin baru-baru ini,  kak mied bersama anak-anak ke Bbq Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Klang . Bagi yang tak pernah ke sini,  senang aje..ikut Laluan tepi Zoo Negara untuk ke Kampung Kemensah pastilah korang jumpa. Nak senang guna google Map atau Waze, taip aje Bbq Lamb KL Kemensah...pasti jumpa😘 Biasanya kak mied ke sini untuk makan tengahari untuk menikmati hidangan "barbeque" dan "daging smoke" sambil duduk di bangku yang diletakkan dalam sungai....asyik banget nie ooi🤭 tapi kali ini datang pada waktu malam  untuk menikmati Steamboat dan grill pula. Lampu terang benderang...jadi tak lah gelap walau pun tepi sungai Steamboat dan Grill di sini baru sahaja diperkenalkan. Sebenarnya di mana-mana pun kita boleh menikmati Steamboat dan Grill nie,  cuma kelainan di sini tentulah suasananya...memang bestlah makan sambil lepak santai tepi sungai sambil tue dengar deruan air sungai. Kak Mied tiba di BBQ Lamb KL Kem...

JOM MAKAN DI 6 RESTORAN MENARIK DI SEPANG!

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Jom kita Jalan- jalan sambil cari makan di Sepang iaitu satu daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.  Ianya terletak di bahagian selatan Negeri Selangor,  bersempadan dengan Daerah Hulu Langat,  Daerah Kuala Langat Dan Daerah Petaling.  Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan . Sepang terdapat banyak tempat menarik dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan. Sekiranya anda mencari tempat makan setelah puas berjalan sepanjang hari, ini adalah ENAM restoran yang menarik di Sepang yang wajib anda kunjungi. Penuhi citarasa anda di 6 restoran terbaik di sekitar Sepang! #SENANDUNG MALAM SEAFOOD, BAGAN LALANG Kunjungi ke Senandung Malam Seafood untuk makanan laut dengan harga yang berpatutan. Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan laut dan ca...

NASI DALCA DI PETALING JAYA : RESTORAN NASI DALCA SALSABILA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera  Hari ini hari Minggulah...esok cuti Perayaan Deepavali pulak....Apa nak buat?.. biasa ramai yang balik kampung. Kalau tak balik kampung, hari minggu macam- macam aktiviti nak kita buat..ada yang suka memasak di rumah pada hari minggu sebab hari biasa sibuk berkerja,  lain pulak pada kak mied sebab dari dulu kak mied suka makan di luar pada hari minggu sebab hari- hari lain kak mied jarang makan di luar. So..hari ini tengah terfikir nak makan tengahari di mana pulak🤔🤔 Kak mied baru teringat ada sebuah Restoran Nasi Dalca yang baru di buka di Taman Megah , Petaling Jaya . Rasa-rasa nak terjah Nasi Dalca di situ...huhuhu. Sebelum tue,. Kak mied nak tanya korang.. tahu ke Nasi Dalca tue macam mana?? Nasi Dalca tue nasi dia Nasi Kuning,. Nasi kuning lebih kurang macam macam Nasi minyak gitew, kuah dan lauk sama lebih kurang macam Nasi Kandar . Dah tahu macamana Nasi Dalca kan.. Jomlah pergi terjah Restoran Nasi Dalca Salsabila nie...

RESTORAN NASI ARAB SPECIAL TAMAN CEMPAKA , IPOH

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Kali ini kak mied  bersama teman-teman blogger ke Ipoh lagi untuk menghadiri Nostalgia Lagenda Charity Dinner.  Kami menginap satu malam di Hotel Zone, Ipoh. Dah sampai Ipoh nie, rasanya tak best pulak tak pergi Food Hunting 🥰. Seorang kawan mengajak makan Nasi Arab. ..katanya nasi Arab dekat situ sedap dan yang paling penting harga sangat marhaen. Kak mied asalnya tidak berapa setuju nak makan di situ sebab risau jauh dari hotel Zone dan faham-faham Nasi Arab biasa harga cekik darah gak🤭.  Perut dah lapar nie, jomlah kita makan- makan.Kita google Map jap...rupanya hanya 14 minit jer dari Hotel Zone 📍 No.18, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Perak Waktu Operasi : 8.00 am hingga 11:00pm  ( setiap hari) Tel : 011- 11411183  Boleh tengok Menu-menunya..kan dah ckp harga sangat marhaen🥰  Nie Menu-menu yang kami order. Nasi Mandy Kambing, Nasi Mandy Ayam, Spaghetti, Kunafa Cheese , Sharwama sandwich daging, Baklava ...

TEMPAT MAKAN UNIK DI IPOH : BUKIT MERAH WOOD PRODUCTS COFFEE SHOP

 Assalamulaikum dan Salam sejahtera. Ipoh adalah ibu negeri Perak,  terkenal dengan bangunan-bangunan kolonial  serta destinasi-destinasi untuk tempat makan yang popular. Ramai yang datang ke Ipoh semata-mata untuk merasai keenakkan makanannya.   Bagi yang telah ke Ipoh pasti sudah pernah menikmati makanan di Restoran New Hollywood, Suhaimi Cafe, Ipoh Hainan Chicken Rice, Cendol & Rojak Padang Ipoh, Mee Udang & Ketam Sempoi Diraja dan banyak lagi. Ada satu lagi tempat makan yang unik yang harus di letakkan dalam list oleh para pengunjung yang datang ke Ipoh iaitu  Bukit Merah Wood Products Sdn Bhd.    Bukit Merah Wood Products Sdn Bhd sebenarnya memang syarikat kayu-kayan yang membuat perabut unik seperti kerusi, meja dari kayu banian,   kemudian membuka kedai kopi atau Cafe kayu di hadapan kilang kayunya. Kunjungan kak mied ke sini bersama rakan-rakan media yang lain memberi kami peluang menikmati keunikan Kedai Kopi Bukit Me...