Skip to main content

MENIKMATI STEAMBOAT DAN GRILL DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Malam isnin baru-baru ini,  kak mied bersama anak-anak ke Bbq Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Klang. Bagi yang tak pernah ke sini,  senang aje..ikut Laluan tepi Zoo Negara untuk ke Kampung Kemensah pastilah korang jumpa. Nak senang guna google Map atau Waze, taip aje Bbq Lamb KL Kemensah...pasti jumpa😘
Biasanya kak mied ke sini untuk makan tengahari untuk menikmati hidangan "barbeque" dan "daging smoke" sambil duduk di bangku yang diletakkan dalam sungai....asyik banget nie ooi🤭
tapi kali ini datang pada waktu malam  untuk menikmati Steamboat dan grill pula.

Lampu terang benderang...jadi tak lah gelap walau pun tepi sungai

Steamboat dan Grill di sini baru sahaja diperkenalkan. Sebenarnya di mana-mana pun kita boleh menikmati Steamboat dan Grill nie,  cuma kelainan di sini tentulah suasananya...memang bestlah makan sambil lepak santai tepi sungai sambil tue dengar deruan air sungai.


Kak Mied tiba di BBQ Lamb KL Kemensah pukul 8.30 malam. Waktu kak mied tiba, dah ada 4 meja yang sudah ada pelanggan,  rasa agak selesa datang pada hari biasa kerana tak penuh dan tak payah menunggu. Kalau datang hujung minggu memang penuh.
Sebelum makan posing..lepas makan pun posing lagi 🤭



Pelbagai pilihan seafood terdapat disini antaranya ketam,udang, sotong, pepahat, kepah  untuk di nikmati sampai kenyang🤭🤭yang marinate pulak sotong, daging ayam, daging kambing ..ini bila di grill memang terbaik👍.
Bebola udang, ketam,fish cake, cendawan, mee, sayuran semuanya ada.
Dari segi sos pulak,  ada beberapa sos antaranya thai sauce, mint sauce, black paper, chili kicap dan ada dua jenis lagi yang kak mied tak tahu namanya tapi semua disediakan sendiri oleh BBq Lamb Kemensah. Memang syioq habis mencicah dengan sos-sos yang cukup rasa nie.
Kuah pulak kak mied memang pilih kuah tomyam,  memang gitewlah sejak azali makan steamboat pilih kuah tomyam.  Ada jer kuah lain selain kuah tomyam seperti kuah sup ayam atau kimchi.

Habis  mengrill dan menikmati steamboat jangan lupa cuba dimsum pulak tau. Kak mied seperti biasa tak cuba pun sebab kak mied bukan peminat dimsum tapi kak mied peminat ABC dan Ais Krim. Memang  ABC dan Ais Krim lah kak mied buat pencuci mulut di tambah dengan kek coklat dan kek pandan roll serta buah-buah seperti tembikai dan limau.
Air minuman pulak ada dua jenis yaitu syrup bandung dan kordial anggur. Nak air panas pulak jangan risau teh O panas juga tersedia.
Memang puashati lah kak mied dan anak-anak menikmati steamboat kt sini. Harga pun amat berpatutan hanya Rm35 perpax, kanak-kanak dan wargamas ada diskaun lagi.

Sempat lagi celup-celup kaki kt sini😘😘

Kak mied syorkan whatsapp atau cal dulu sebelum datang sebab memang selalu penuh,  kalau dah booking tue tak lah kecewakan.

Untuk tempahan dan info lanjut :
019 9631657
012 2114100

Instagram : bbqlambklkemensah


Salam sayang,




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

BERCUTI DI HATYAI : TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG BOLEH DIKUNJUNGI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini k.mied nak share mengenai tempat -tempat yang k.mied kunjungi sewaktu ke Hatyai baru-baru ini. ' Hatyai ' sebuah bandar terletak di Wilayah Songkhla, Thailand . Merupakan bandar yang paling berdekatan dengan sempadan Thailand-Malaysia . Kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai?? Perjalanan hendak kesini tidaklah jauh mana ,  makanan yang sedap, pelbagai serta menepati citarasa rakyat Malaysia serta penginapan yang murah menjadi sebab kenapa orang Malaysia suka ke Hatyai. Kiranya Hatyai nie ' Syurga Makanan'. Bagi mereka yang tinggal di negeri berhampiran sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan ulang-alik Hatyai mungkin perkara biasa. Pelancong dari Malaysia boleh memasuki daerah Songkhla melalui beberapa pintu masuk seperti Padang besar, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Durian Burung . Setelah lebih dua tahun terperap akibat Covid-19,  bila dah ada kelonggaran boleh melancong kembali sudah tentu Hatyai menjadi pilihan