Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MASJID

MASJID SRI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN - CANTIK DAN UNIK

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Berpeluang menziarahi Masjid Sri Sendayan yang terletak di Bandar Sri Sendayan , Negeri Sembilan baru-baru ini,  mengingatkan kak mied tentang keindahan dan keunikkan Taj Mahal di Agra, India. Walaupun Masjid Sri Sendayan tidak dapat menandingi Taj Mahal namun keunikkan dan kehalusan senibina Islam yang terdapat di Masjid ini tetap mempersonakan. Salah satu masjid tercantik di Malaysia,  mula di bina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada September 2019 dengan kos bernilai  kira-kira RM100 juta .  Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abd Rashid Hussin iaitu pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB. Masjid yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hectar ini mempunyai tiga dewan sholat iaitu dewan sholat utama ,  dewan sholat kedua dan dewan sholat wanita   Ia boleh memuatkan 5,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini turut di lengkapi  dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik  ...

10 MASJID TERINDAH DI NEGERI SELANGOR

 Masjid yang Cantik &Indah untuk dikunjungi Sepanjang Bulan Ramadan, Hanya di Negeri Selangor Dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negara Malaysia, Negeri Selangor memiliki pelbagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan. Bersempena bulan Ramadan tahun ini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh anda kunjungi di Negeri Selangor pada suatu masa kelak.  1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di Pusat Bandar Shah Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan. Tambahan pula, ianya merupakan masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai 16,000 orang jemaah pada satu-satu masa, dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan untuk para pen...