Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

HIKING RAWANG BYPASS

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Apa itu Rawang By Pass Sebelum k mid cerita mengenai pendakian k mid ini,  mari kita ketahui serba sedikit mengenai Rawang By Pass ini.  Rawang By Pass adalah Lebuhraya yang paling tinggi di Malaysia. Merupakan jalan pintasan 23km sepanjang Rawang ke Serendah yang direka oleh arkitek tempatan Tuan Haji Radzali Mokhtar. Laluan ini memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak ke KL dari 2 jam kepada 30 minit sahaja.  Dengan ini ianya dapat meningkatkan pembangunan di kawasan Serendah, Batang Kali dan Tanjung Malim. Keunikan Jalan Pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2m dari aras tanah. Laluan ini merentasi Taman Warisan Selangor yang padat dengan hutan.  Ia unik kerana tiang dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakkan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor,  juga untuk memastikan rezab hutan kekal terpelihara terutamanya spesis haiwan hutan yang kian pupus. Pembinaan Rawang By Pa

BUTIK PAKAIAN SAIZ BESAR UNTUK LELAKI DAN WANITA DI SHAH ALAM

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah,  dah boleh jalan-jalan, dah boleh beriadah, dah boleh makan di luar dan dah boleh ke shopping mall. Walaupun masih belum di benarkan rentas negeri tidak mengapalah sementara ini asalkan dah boleh keluar dekat-dekat,  dapat release tension. Yang mana dah boleh bekerja semua,  boleh berniaga semua bersyukur kan. Macam k mid nie,  bila nak start bekerja semula, mulalah cari baju yang nak pakai waktu bekerja...terkejut akak tau...baju semua sendat-sendat..baju yang kecik atau akak yang besar, tak tahu lah..hehehe😍 Cerita pasal beli baju nie..ada butik yang memang kegemaran k mid iaitu Butik Bob Rock Love Lily ( BRLL) yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9.   K mid suka jer datang ke sini sebab ada banyak kedai-kedai makan dan kedai-kedai lain serta kemudahan parking juga banyak Alamat :  Lot F-15,  Aras 1, Plaza Shah Alam,  Seksyen 9, Shah Alam,  Selangor Buat pengetahuan semua BRLL telah pun di buka semula dan waktu opera

KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Siapa sini yang ada masalah kenaikan berat badan sekarang ini,  almaklumlah lama duduk di rumah  semasa PKP nie.   Asyik-asyik masak pastu makan tak berhenti,  bersenam malas pulak tue...hahaha. K mid memang tak terkecuali,  semakin hari semakin membesar dengan jayanya😍   So.. hari ini k mid nak ceritakan satu Produk yang k mid sedang cuba sekarang nie.    Produk untuk kurus ke ??? Bagus soalan nie..hehehe Ya. memang produk untuk kuruskan badan!  Siapa yang tak hendak jadi slim, ada shape yang menarik dan sihat kan..... Produk yang k mid maksudkan ialah minuman Coffee Xslim Shapez dari Kitsui.       Produk ini sesuai untuk siapa? Kitsui Coffee Xslim Shapez ini sesuai untuk : - Mereka yang ada lemak berlebihan di bahagian leher,  lengan tangan, perut dan peha. - Mereka yang sentiasa ada selera makan yang kuat. - Mereka yang berat badan bertambah setiap bulan - Pada mereka yang badan cepat letih dan lesu. - Mereka yang tidak mengamalkan cara