Skip to main content

BUTIK PAKAIAN SAIZ BESAR UNTUK LELAKI DAN WANITA DI SHAH ALAM

 Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua.

Alhamdulillah,  dah boleh jalan-jalan, dah boleh beriadah, dah boleh makan di luar dan dah boleh ke shopping mall. Walaupun masih belum di benarkan rentas negeri tidak mengapalah sementara ini asalkan dah boleh keluar dekat-dekat,  dapat release tension.

Yang mana dah boleh bekerja semua,  boleh berniaga semua bersyukur kan.

Macam k mid nie,  bila nak start bekerja semula, mulalah cari baju yang nak pakai waktu bekerja...terkejut akak tau...baju semua sendat-sendat..baju yang kecik atau akak yang besar, tak tahu lah..hehehe😍

Cerita pasal beli baju nie..ada butik yang memang kegemaran k mid iaitu Butik Bob Rock Love Lily ( BRLL) yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9.  K mid suka jer datang ke sini sebab ada banyak kedai-kedai makan dan kedai-kedai lain serta kemudahan parking juga banyak

Alamat :  Lot F-15,  Aras 1,
Plaza Shah Alam,  Seksyen 9,
Shah Alam,  Selangor

Buat pengetahuan semua BRLL telah pun di buka semula dan waktu operasi.  Bermula bulan Oktober, BRLL  aka di buka setiap hari dari jam 10 pagi  hingga 10 malam.
 

Dengan tag line "Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia" sangat sesuai kerana kepelbagaian koleksi baju bermula dari baju pejabat hingga ke baju kasual untuk lelaki dan wanita terdapat di sini.

Banyak  terdapat koleksi baju-baju baru berserta corak-corak terkini serta T-shirt bercorak. Untuk T-shirt material yang digunakan adalah sangat sesuai untuk cuaca panas dan pada mereka yang berbadan besar dan cepat berpeluh.



Bagi yang berminat nak berkunjung ke Butik BRLL,  jangan risau sebab SOP memang perkara utama yang di ambil perhatian oleh pihak Butik.
* Butik dibersihkan setiap hari dan di sanitasi  sekali setiap minggu.
* Sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
* Pelanggan yang memasuki butik perlu memakai pelitup muka dan di sarankan dua lapisan
* Scan MySejahtera dan suhu sebelum memasuki Premis.
* Membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan.
* Menjaga jarak diantara satu sama lain.
*10 orang pelanggan sahaja dalam butik pada satu- satu masa.

BRLL juga hanya membenarkan staff yang sudah lengkap 2 dos vaksin sahaja bekerja di butiknya  dan keselamataan pelanggan sangat di beri perhatian.

 

 

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi pakaian dari BRLL tetapi masih belum habis tempoh vaksin,  jangan susah hati kerana boleh beli secara online sama ada membeli di website BRLL iaitu di https ://www.bobrocklovelily.com.my atau di platform Shopee di https://shopee.com.my/bobrockofficial

 

https://www.bobrocklovelily.com.my



https://shopee.com.my/bobrockofficial

k mid dah dapat baju yang diminati..korang bagaimana???

 #plussize   #plussizefashion  #bigsize
#bajubesar   #jumbosize   #localbrand
#local  #shoplocal  #malaysia  #bobrocklovelily
#brll  #iwearbobrocklovelily
 
 
 
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad