Assalamulaikum dan salam sejahtera Setiap kali tibanya bulan Ramadan , buah kurma akan menjadi menu utama untuk berbuka puasa dan juga untuk bersahur . Bukan sahaja menjadi tumpuan ketika bulan Ramadan, kurma juga boleh dinikmati setiap hari kerana kurma bukan sahaja enak dimakan namun terdapat banyak khasiat untuk tubuh badan kerana ianya kaya dengan kalori, karbohidrat, vitamin, mineral , serat serta antioksidan yang menjadi pelindung terhadap pelbagai penyakit merbahaya. Bercerita tentang buah kurma ini, syarikat Seri Dagang Enterprise yang berpengkalan di Ampang, Selangor telah melancarkan produk Kurma Ajwa jenama Raudah Dates baru-baru ini . Apa itu Kurma Ajwa? Kurma Ajwa atau juga disebut Kurma Nabi merupakan jenis Kurma yang amat popular di kalangan umat islam. Berasal dari Madinah Warnanya hitam pekat Ada beberapa garis kecil di permukaannya Rasanya sedang, tidak terlalu manis Bertekstur lembut Menurut Pengasas Raudah Dates iaitu Datin Siti ...