Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun, kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang, hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2. MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam, kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan. Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...