Skip to main content

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 2 MATXI CORP. DI KLCC

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini,  k mid dan rakan-rakan yang lain telah menghadiri majlis ulang tahun ke 2 MATXI Corp. di Kuala Lumpur Convention Centre.



Acara gilang gemilang ini di hadiri oleh 2,000 pengedar dari 30 negara.  Dengan bertemakan "GLORY TO GLORY",  Matxi Corp. yang dahulunya di kenali sebagai Matxi S.G  adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd mengumumkan pelaburan strategik dari kumpulan Malaysia juga menjadi pasaran ke 2 selepas pasaran Vietnam dan seterusnya akan memasuki pasaran Korea dan Amerika Syarikat.




Acara ini juga meliputi ucapan perwakilan kepimpinan dari Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp. Vietnam,  Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp.Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp. USA), En Luck Kim ( Pengarah Matxi Corp. Korea ) serta Encik Matthew James Morris ( Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd).

Ucapan dari Pengarah Matxi Vietnam Cik Nhung yang padat dan bersemangat

Selain dari anugerah dan meraikan Pengedar Diamond,  persembahan menarik juga di pertontonkan antaranya  tarian lampu dari Vietnam dan tarian kepelbagaian kaum Malaysia serta nyanyian dari artis Vietnam seperti Thanh Ha , Bui Anh Tuan, Thu Minh , Rynn Lim

Tarian Kepelbagaian Kaum di Malaysia sangat menarik
 Matxi  Corp. juga terlibat  dalam lain- lain  bidang  selain latihan dan pembangunan  perniagaan.         Antaranya:-
  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Penyelenggaraan Acara
  • Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
  • Restoran

 Antara Produk Kesihatan dan Kecantikan Matxi Corp.
LIPSTICK

MINUMAN TONGKAT ALI


MINUMAN KOLOGEN



WEIGHT LOSS SUPPORT



Dengan slogan "YOU DESERVE A BETTER LIFE" atau "ANDA BERHAK MEMILIKI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK",  Matxi Corp. sentiasa bermatlamat untuk memberi kepentingan terbaik buat pelanggan,  komuniti , rakan kongsi dan para pelaburannya.

Matxi Corp. juga telah menubuhkan pusat R & D untuk mengkaji dan meningkatkan kuantiti produknya di samping mengekalkan harga yang berpatutan untuk pengguna.  Ia juga telah menandatangani kontrak dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan Malaysia  bagi memindahkan teknologi penyelidikan dan pengubahsuaian pengurusan serta aliran operasi dengan piawaian yang ketat.

Disamping itu,  Matxi Corp. juga menjalankan tangungjawab sepenuhnya terhadap komuniti dengan mengurangkan 10% keuntungan bulanan mereka untuk meringankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah  di Vietnam.  Mereka juga turut menjalankan Yayasan Amal Matxi iaitu Rumah Ah Nien yang berfungsi sebagai pusat perlindungan sosial dan warga tua.

Selamat Maju jaya untuk Matxi Corp di Malaysia!!

Matxi  Malaysia Sdn Bhd
Instagram : @matxicorp
 
 #MATXICorp     #YouDeserveABetterLife






Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...