Booking.com

Friday, September 7

Cara membuat Coklat Jar

Assalamulaikum semua
Hari ini tetiba k mid datang minat nak buat coklat jar nie....bukan apa ..dalam seminggu nie si bongsu anak k mid asyik beli jer benda nie...sedangkan kat dapur tue coklat rice balance raya ada 1 balang besar lagi......  so  kak mid buat keputusan buat sendiri...bukannya susah cuma klu kita tak berapa rajin semua kerja mudah pun x jadi  :)

Apa lagi k mid pun buatlah ....

2 bahan penting dah ada kan,  coklate rice dan coklat bar

Jadi Bahan- bahan yang di perlukan dah ada  :

COKLAT MASAKAN( disyorkan guna  coklat cadbury)
COKLAT RICE


Mula2 "Sangai" atau goreng tanpa minyak coklat rice untuk merangupkan coklat rice tersebut
Dah agak2 rangup tutup api dan sejukkan.



kemudian ambik coklat dan letakkan 2 sudu minyak masak untuk mencairkan coklat .  Disini k mid gunakan teknik double boiling atau senang cakap teknik mengukus...kacau-kacau coklat sampai cair ya.

apabila coklat dah cair,  sejukkan dulu...


Letakkan coklat rice berselang seli dengan coklat yang di cairkan tadi,  klu ada m & m ke,  biskut oreo ke atau apa2 yang korang rasa sedap nak letak..korang letaklah ya...kebetulan kak mid ada nips coklat so k mid letaklah sekali...

Amaran : jangan letak waktu bahan2 nie masih panas...nanti habis lemau dan x ranggup lagi




maka....seronoklah si bongsu makan...siap cakap..buatlah banyak2 sikit...senang adik buat kudap-kudapan.:))   Senang sangat kan......


Selamat Mencuba

Salam sayang,



Tuesday, September 4

HOTEL REVIEW - IBIS Melaka

Assalamulaikum...

Bila kak mid ada free time....Bila lama sikit duduk kat rumah....Tak dah job ke???
Bukan...bukan...bukan...
Sebenarnya kak mid berehat untuk pulihkan diri dari batuk berpanjang....hingga memaksa k mid membuat medical check-up...doktor sarankan buat ujian batuk Tb lah....ulang alik hospital...nasib hospital dekat dengan rumah.  Bila pekerjaan sering berkait rapat dengan orang2 luar nie...maka makin serious doktor menyarankan untuk betul2 berehat dan  makan ubat.

Alhamdulillah makin beransur sihat...bila beransur sihat maka makin panjanglah langkahnya...hehehe
Ada pulak kawan satu kepala...ajak ke Melaka untuk Invitation  Open Day for TG by Encore Melaka.
Actually kak mid dah pergi hari tue bersama team Media ke Encore Melaka tapi biasalah kak mid x bole duduk diam kat umah tue......so pergi tengok lagi sekali Encore Melaka.

kali ni menonton bersama para TG
KLIK DISINI UNTUK REVIEW ENCORE MELAKA

Malam nya pula selepas habis  pertunjukan ...k mid tak lah straight drive balik ke Kuala Lumpur. Peluang nie  kak mid gunakan untuk menginap di Hotel Ibis Melaka,  kebetulan voucher hadiah lucky draw masih ada...peluang nie bole lah rehatkan badan dan buatlah review sikit untuk Ibis Hotel Melaka.
Pintu masuk hadapan Ibis Hotel




Lobby yang luas...rasa tak semak kalau ada ramai yang check in...
Hotel Ibis Melaka beralamat di  :
249,  Jalan Bendahara,
75100  Melaka
Malaysia

Tel   : 06 - 2228888
Fax  : 06 - 2228899

Check in :  3.00 pm     Check out  : 12.00 t/hari


Berdekatan dengan  tempat pelancongan utama seperti Dutch Square, Red House (Studhuys), jonker walk dan  Melaka River cruise..jadi bolelah berjalan kaki sahaja  ke tempat-tempat ini kalau rasa malas nak keluarkan kereta dari tempat Parking.  Buat pengetahuan semua,  tempat parking kereta tidak berbumbung amat luas di sediakan oleh pihak hotel di belakang bangunan hotel

Ini lah bilik kami, 2 single beds Standard Twin Room
Hotel ini mempunyai 6 tingkat dan meyediakan 249 bilik (non- smoking) dengan kemudahan seperti TV, Coffee.tea maker, peti ais, kettle, alat pengering rambut serta peti keselamatan.
Lain-lain kemudahan : Conference facilities, Fitness centre with Gym/workout room, Laundry service and Free wi-fi.

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG HOTEL INI SILA KLIK 




Dari segi makanan yang di sediakan, k mid rasa standard untuk 3 star hotel jadi ok dan sesuai dengannya
Sarapan pagi  di sediakan di Ibis Kitchen.  Selain dari Sarapan pagi,  Ibis Kitchen juga menyediakan makan tengahari dan makan malam secara ala-carte.



Dari segi penilaian k mid,  hotel ini  bersih dan teratur dan amat bersesuaian dengan harga cuma rasa agak kecewa bila tidak ada kemudahan kolam renang (mengikut kata staff dalam pembinaan)..Jika ada kolam renang hotel ini memang amat berbaloi sekali dan tentu  akan lebih memberi kepuasan kepada para penginap yang berkunjung ke Melaka.


Sesiapa yang berminat bole booking melalui Booking.com

BOLE KLIK DIBAWAH UNTUK BOOKING HOTEL  DAN DAPAT REWARD

 https://www.booking.com/s/21_4/midara33


Salam sayang,




PG MALL DENGAN KEMPEN WOW STORE MENAWARKANN POTONGAN HINGGA 80% DAN FREE SHIPPING

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. K mid baru aje balik dari menjelajah kampung,  penat pun tak habis lagi nie..tapi tak apa kerana ...