Booking.com

Monday, February 1

Bercuti ke Kuala Gula

Assalamualaikum semua..

Cuti sekolah disember baru2 nie....kak mid pun dapatlah kumpulkan 3 beradek nie tuk gi  bercuti bersama. Kak mid pun xlah free sangat tapi memang nak gi bercuti walau terpaksa lepaskan aje beberapa assignment.

Sebenarnya bila anak2 dah besar lagi sudah nak jalan sama...seorang bercuti dengan kawanlah...sorang tengok wayanglah...sorang x nak ikutlah....macam2....nasib baik ada anak 3 orang aje...klu ramai entahlah.....

Inilah cinta hatiku....kali nie kita pi memancing kat Kuala Gula ya....
Masa k mid belajar pelancungan aritue...kuala gula sentiasa di sebut-sebut sebagai tempat Bird Watching....ramai pelancung yang datang ke kuala Gula untuk melihat spesis burung yang berhijrah.

Kami sekeluarga menginap di sini selama 2 malam



K.mid menempah bilik deluxe dengan harga RM180 semlam  iaitu kadar pada hujung minggu...Kalau hari biasa RM160

Sangat sesuai memancing.. kami memacing dari chalet aje....

Anak teruna yang paling happy.....asyik dapat ikan....tapi semua ikan kami lepaskan semula

Petang-petang...jalan2 di tepi kuala sambil melihat aktiviti nelayan di sana

Signborad J S Muara Restoran yang terletak sebelah chalet terapung aje

Ketam lembut berharga RM8 seekor....kami memesan untuk di masak pedas dan di goreng tepung aje...

Di Kuala Gula nie amat  terkenal dengan ketam lembut,  so k mid sekeluarga mengambil peluang merasa ketam lembut.  Bagi k mid...k mid lebih suka makan ketam biasa dari ketam lembut...Benda yang memang telah di ciptakan begitu tapi manusia menukarkannya....sesungguhnya tak akan serupa dengan yang asal.....

Aktiviti malamnya kami habiskan dengan memancing ........dan pagi esoknya kami di hubungi oleh pihak chalet....katanya ada keluarga yang nak share menyewa boat untuk menyusuri kuala Gula.....




Kami dibawa melihat sangkar ikan, proses menjadikan ketam lembut dan melihat specis2 burung serta melihat cara2 mengutip kerang
 Begitulah aktiviti kami di Kuala Gula......Tempatnya sebenarnya amat menarik kalau  di jaga rapi sebab k mid ada mendengar keluhan nelayan di situ yang berkata spesis burung juga semakin berkurang ...begitu juga dengan siput sedut dan kerang mungkin kerana ada aktiviti penebangan pokok2 bakau untuk tujuan membuat kolam udang....

Dari segi tempat penginapan.....memang banyak yang perlu di perbaiki demi keselesaan pengunjung...breakfast yang disediakan amat teruk...di nasihatkan makan pagi diluar aje.....minta maaf ya...terpaksa tulis di sini sebab mmg teruk betul.....

Begitulah percutian kami di Kuala Gula,  Kuala Kurau Perak.   Sesungguhnya negara kita banyak tempat-tempat menarik yang bole di kunjungi cuma kita perlu memperbaiki segala kemudahan serta menjaga kebersihan sekitarnya.....Wassalam

Sekiranya sesiapa berminat hendak berkunjung kesini ,  k mid letakan contact no nya ;
Salam Sayang

Kak mid


EXPEDESI BERKAYAK KUALA KANGSAR KE PARIT

Assalamualaikum semua..

Ya Allah lama nya tak menaip di Blog nie...Entahlah kenapa?..mood tak ada agaknye...nak kata sibuk tu e tidaklah...

Oklah..jomlah tengok entry k mid kali nie., setelah sekian lama tak jengok dan menaip di blog nie...

Ingatkan suka2 aje mendayung...tak sangka kena mendayung sejauh 65km...
Kak mid rasa k. mid buat kerja gila tapi menyeronokkan... Ingatkan hanya suka2 aje mendayung...dengan tak ada basic mendayung dan tak training apa.apa...pi join mendayung sejauh 65Km di Sg Perak....


Ini dia kawan k mid si ayie yang mengajak...mentang2 member nie ada sijil mendayung.....tak apa ayie..k mid nie banyak stamina...hehehe

Program bermula di Dataran Lembah Kuala Kangsar..Ada liputan dari RTM  tau....
Seawal 4.30 pagi k mid drive dari KL ke Dataran Lembah Kuala Kangsar...sampai di sana lebih kurang 8.30 pagi..semua dah berkumpul untuk memulakan xpdc.


Kami masuk TV rupanya...hehehe...kami sebenarnya mengiringi athlit paralimpik..Adam...

Bergambar bersama Adam

Sebenarnya...k mid dah give up dah..tak nak teruskan kayuhan tapi melihat semangat Adam yg begitu bersemangat membuatkan k mid mengambil keputusan menamatkan kayuhan.



Keindahan dan toleransi sepasukan menyebabkan k mid berjaya jugak.....

Gigih berkayuh...hehehe

Tak tahu bila lagi nak sambung XPDC seterus nya


Hari pertama berkayak sejauh 40 km dan singgah di Kem Rekuda  untuk bermalam  dan makan malam.  Kem nie terletak di tepi Sg Perak.




Ini dia signboard  Kem Rekuda,  Terletak tepi Sg Perak...tempat persinggahan kami  denagan segala kemudahan yang memang asas sahaja....

Esok paginya selepas bermalam di Kem Rekuda,  kami pun meneruskan lagi 25km kayuhan hingga ke pekan Parit.




Aksi.aksi melempar adam ke dalam sungai....dia enjoy sungguh

Sebelum sampai ke Parit,  kami berhenti kejap di tengah2  Sungai Perak...ada pulak tempat mandi-manda...apa lagi k mid pun lupa lah diri sekejap..


Hahaha...k mid melepaskan jugak gian zaman kanak2...melompat kat sungai....


Toleransi berpasukan....Adam di kendonng oleh seorang anggota expedisi


Tepat jam 12.30 tengahari tibalah di Pekan Parit.......................

Akhirnya setelah berhempas pulas menamatkan kayuhan (ayat nie untuk k mid aje tau)....smpai dah di pekan Parit.....Tugu jam nielah buktinya...


Bergambar kenangan bersama sahabat yang lain....


Terima kasih wahai sahabat...walaupun usia persahabatan masih baru....dia banyak beri semangat untuk terus berjuang sebagai T. guide yang berjaya...........




Kepuasan bila berjaya menamatkan Expedisi........walaupun kulit legam selama sebulan....tak apalah...inilah cabaran namanya....

Akhirkata....MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA....MALAYSIA BOLEH ....


Usia bukan penghalang ..............










Salam sayang,

Kak Mid


KLEENSO KILLS GERMS DISINFECTANT - Cecair Pembasmi Kuman Untuk Kesejahteraan Seisi Keluarga

Asssalamulaikum dan salam sejahtera semua. Dunia telah  di kejutkan dengan penularan wabak Covid 19 dan  negara kita telah mengumumkan pe...