Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak), YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi menyempurnakan pengumuman kerjasama platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak yang dikenali sebagai ‘ Perak Box Office ’. Disokong oleh PKP Perak dan People of Remarkable Talents (PORT), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan negeri Perak dan menjana lebih dari RM70 juta dalam tempoh lima tahun. Perak merupakan salah satu destinasi pilihan pelancongan di Malaysia, mempunyai kepelbagaian flora dan fauna dan kaya dengan sejarah yang menjadi tarikan pelancongan. Selain itu, pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa. Sebagai usaha untuk menonjolkan tarikan-tarikan negeri ini, L’Univers dan Pouch Nation berganding bahu menghasilkan sebuah platform digital menyeluruh bagi ...