Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Percutian ke Sabah (Part 2) - Perjalanan menuju Kundasang

Assalamulaikum semua Baru nak sambung part 2 percutian k mid ke Sabah...k mid menaip ikut mood..klu rasa malas memang tak tengok pun laptop..hehehe Lepas pergi snokelling di Pulau Manukan, kami sekeluarga pun menyewalah Hotel budget depan Pasar Sinsuran tue....bagi yang belum sampai ke sini....jgn panik..banyak hotel budget kt sini..dalam RM60 - RM80 semalam...bole jalan kaki jer dari Jetty Jesselton tue...Lepas tue bolelah korang explore pasar tue, pasar Filipine pun dekat situ.....apalagi explore! explore! explore! Mak nak inteprim jugak....ni gambar depan Jetty Jesselton...keluar sini belok kanan ..jalan kaki pelan-pelan bole sampai pasar Sinsuran....klu tak larat sila ambik teksi ya. Pasar nie depan hotel Kitaorang...so apa lagi...berbelanjalah... Pasar Filipine pun kat sini tau.. Seafood kt sini heavan, harga pun perpatutan...we oulls makan x ingat dunia.... Dibelakang pasar...bole lepak2 kat situ...lihat kapal2... Ok...itu saja DAY 01 punya cerita

Percutian ke Sabah(Part 1) -PULAU MANUKAN

Alhamdullillah......dapat kembali menaip dan menceritakan pengalaman ketika bercuti bersama keluarga dan teman-teman untuk dijadikan pedoman yg mungkin berguna pada orang lain... Sebelum tue rasanya masih sempat mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin dari K mid. Sebelum ketibaan bulan Ramadan, kak mid dan keluarga dapat bercuti ke Sabah.  Biasalah k mid beli tiket promo airasia dengan harga Rm85 pergi balik. Itulah saja k mid mampu buat masa nie untuk bawa keluarga bercuti. Seperti biasa sebelum bercuti k mid akan google tempat yang k mid ingin lawati di Sabah so hasil dari google kak mid telah pun buat itinerary seperti nie  : Hari Pertama ( 26 Jun 2014 - Jumaat) Dapatkan Kereta sewa  terus ke Terminal Ferri Jesselton (sarapan pagi disini) -Terminal Ferri Jesselton Jesselton adalah jeti untuk ke pulau Manukan, Sapi, Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan Pulau Sulog iaitu Pulau2 di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman Kita semua boleh memilih untuk ke salah

Parking Kereta Di KLIA 2

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Alhamdullilah dah hampir pertengahan Ramadan dan k mid pun telah mendapat sijil Pemandu Pelancong dan secara rasminya k mid akan menjadi Professional Tourist Guide....dan insyaallah lepas Aidil Fitri nie nak concentrate jadi Tourist Guide. Oklah....let's talk about KLIA 2....semasa percutian sebelum puasa ke Sabah ..k mid telah pun menaiki flight dari KLIA 2..ya lah secara rasmi penerbangan AirAsia telah berpindah ke sana bermula pada bulan Mei 2014.  Secara amnya memang KLIA2 sangat besar dan selesa. Memang akan menjadi salah satu lagi mercu tanda Malaysia dan akan menjadi satu kemudahan bagi rakyat Malaysia serta bagi menyambut kedatangan 28 juta pelancong luar pada tahun ini dan tahun akan datang. Seperti biasa...bergambar dulu baru naik flight Besar sungguh KLIA 2 nie.  Banyak tempat makan tapi biasalah airport...harganye mestilah berganda... Ada satu tempat yang k mid suka kat KLIA2 ni ialah tempat lepak yang

Percutian ke Sabah : Kiram's Village

Assalamulaikum semua dan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. Sebelum menyambut bulan Ramadan iaitu pada 26hb Jun hingga 29 Jun,  kak mid dan family sempat bercuti ke Sabah... Kak mid nak buat review sikit pasal tempat penginapan kami di Kundasang, Sabah dulu ya....sebelum k mid cerita pengalaman lain... Nama tempat penginapan kami tue Kiram's Village... betul2 di kaki gunung Kinabalu...sejuk gila.... Perjalanan dari Kota Kinabalu k esini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah menggunakan kereta yang kami sewa...kereta jenis Saga FLX..sebelum nie nak jimat konon nak sewa viva...nasib tidak sewa viva....dah lah lima orang, dan lagi perjalanan ke Kundasang tue macam perjalanan ke Cameron Highland..Naik saga pun merangkak-rangkak...inikan pulak Viva... Sepanjang perjalanan kami kesini cuaca sangat elok...tidak hujan membuat perjalanan kami berjalan lancar... Keindahan gunung kinabalu..subhanallah Pemandangan dari Desa Dairy Milk a.k .a New Zealand Malay

Pesta Persukuan Adat Perpatih 2014

Assalamulaikum ....lama kak mid tak bersiaran..huhuhu.....bila penyakit 'M' menyerang...mulalah bukak FB pun idak.... Kak mid baru2 ini berkesempatan mengikuti Fam Trip ke Negeri Sembilan.  Apa itu "Fam Trip' ?  Dulu k mid pun tak tahu apa itu Fam Trip tapi dah masuk bidang pelancongan nie tahulah serba sedikit...Fam  bermaksud "Familiarisation" iaitu untuk travel agent ke, tourist guide untuk familiar dengan tempat-tempat tersebut dan akan senang untuk suggest pada pelancong. Terima kasih pada Tourism Malaysia dam My Guide Club yg membolehkan k mid mengikuti trip ini. Seawal 7.00 pagi, k mid dan kawan-kawan berkumpul di Matic, Jalan Ampang. 2 buah bas di sediakan dan tepat jam 7.30 pagi bas pun bertolak ke Seri Menanti , Negeri Sembilan.  Kami tiba di Seri Menanti kira-kira pukul 10.00 pagi. Kedengaran bedilan meriam mengiringi ketibaan Duli Yang Maha Mulia Yg Dipertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar. Kira-kira 8 das tembakan meriam di lepaskan