Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry nie k mid nak sambung lagi kisah kami di Bali. Untuk hari kedua di Bali, kami berhasrat nak ke Nusa Penida. Masa first time k mid ke Bali, kira-kira beberapa tahun dulu k mid tak dengar pun pasal Nusa Penida ni tapi ...sekarang ni Nusa Penida sudah menjadi lokasi percutian baru yang mendapat perhatian pelancong kerana kecantikkan alam semulajadinya. Ada 2 jeti utama untuk ke Nusa Penida ni dan kita harus naik speed boat selama lebih kurang 30 - 40 minit. Jeti 1 - Dari Sanur Beach Port/ Harbour Jeti 2 - Dari Serangan Pier Gili Gateaway Masing-masing duk tggu nak naik boat. Kena berjalan redah air kerana tak ada jeti untuk naik Boleh memilih untuk bermalam di Nusa Penida atau day trip aje. Family k mid memilih untuk day trip aje ke Nusa Penida. Jadi dengan memilih day trip perlulah mengambil speed boat awal kerana jika ambil lewat, takut tak dapat cover banyak tempat. Waktu Speed Boat SANUR KE NUSA PENIDA...