Skip to main content

PERCUTIAN 5 HARI 4 MALAM DI BALI (Part 2)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry nie k mid nak sambung lagi kisah kami di Bali. Untuk hari kedua di Bali,  kami berhasrat nak ke Nusa Penida.

Masa first time k mid ke Bali,  kira-kira beberapa tahun dulu k mid tak dengar pun pasal Nusa Penida ni tapi ...sekarang ni Nusa Penida sudah menjadi lokasi percutian baru yang mendapat perhatian pelancong kerana kecantikkan alam semulajadinya.

Ada 2 jeti utama untuk ke Nusa Penida ni dan kita harus naik speed boat selama lebih kurang 30 - 40 minit.
Jeti 1 - Dari Sanur Beach Port/ Harbour
Jeti 2 - Dari Serangan Pier Gili Gateaway
Masing-masing duk tggu nak  naik boat. Kena berjalan redah air kerana tak ada jeti untuk naik

Boleh memilih untuk bermalam di Nusa Penida atau day trip aje. Family k mid memilih untuk day trip aje ke Nusa Penida.  Jadi dengan memilih day trip perlulah mengambil speed boat awal kerana jika ambil lewat, takut  tak dapat cover banyak tempat.

Waktu Speed Boat
SANUR KE NUSA PENIDA
8:15 am, 8:30 am, 9:45am dan 3:00pm

NUSA PENIDA KE SANUR
9:45 am, 2:00 pm, 4:30 pm dan 5:00 pm
Semua pakai tag ikut boat masing-masing ya!!

Jom tengok tempat- tempat yang sempat kami kunjungi di Nusa Penida.

* ANGEL'S  BILLABONG


Angel's Billabong adalah umpama sebuah teluk yang berbentuk seperti kolam renang,  yang mana lokasi kolam alami ini antara bebatuan dan tebing di tepi pantai.
Nama Angel's Billabong berasal "Angel" bermaksud Malaikkat/Bidadari manakala "Billabong" bermaksud sebuah hujung dari sungai yang buntu.

Angel's Billabong terkenal kerana kolam alaminya

Waktu kami di sini,  tak nampak pengunjung yang turun untuk mandi manda di bawah sebab ketika itu ombak kuat sangat dan memang merbahaya,  lebih-lebih lagi batuan kiri kanan sangat tajam.
Batuan kat sini mmg agak tajam tapi cantik sangat

* BROKEN BEACH/PANTAI UUG


Pantai Uug atau Broken Beach ini terletak bersebelahan aja dengan Angel's Billabong jadi hanya perlu berjalan kaki aje ke sini.
Pantai Uug ini memang unik daripada pantai-pantai yang lain kerana di pantai ini terdapat sebuah tebing yang berlubang di tengahnya,  seakan sebuah terowong di mana air laut yang menghempas pantai akan masuk dan mengikis tebing. Ianya kelihatan seperti Jambatan dimana boleh berjalan di Jambatan Bukit untuk kesebelah lain.
Suka sangat gambar nie..hijau je

Tak tau pasai apa laki cheq merepak mcmtue😂

Macamnielah baru romantis..hahaha

Simpan dulu kenangan kami di sini.....

*KELINGKING BEACH /PANTAI KELINGKING
Cuba korang tengok nie bentuk T-Rex ke atau bentuk jari kelingking?

Untuk sampai ke Kelingking Beach ini,  kena berjalan kaki dan mendaki..agak jauh jugak,  kena panjat anak tangga dan panjat bukit yang agak memenatkan barulah dapat melihat pemandangan yang cantik.  
Dari atas bukit,  kita boleh lihat keadaan batuan yang lebih mirip kepada bentuk Dinasout T-Rex tidak kepada bentuk jari Kelingking.  Jadi di mana datangnya nama Pantai Kelingking nie k mid tak pasti ...hahaha.. kerana google sebab namanya sebab tour gouide kami pun tak bagitau😀
Dari atas jika yang hendak turun ke pantai boleh aje berbuat demikian tapi k mid mengejar masa jadi tak sempat turun ke bawah.  Masa yang di ambil untuk turun dan naik mungkin lebih dari satu jam dan mungkin jika turun mungkin dah tak ada tenaga untuk naik ke atas semula.
Masa nak ambil gambar macamnie..ketaq jugak lutut😆😆
Di sebalik gambar di atas tue,  korang boleh tengok macamana tour guide merangkap Pak Supir yang sanggup memanjat pokok yang tinggi demi nak puaskan hati pelanggan...hahaha
Tudia diorg....cari angle bagus punya👍

Jangan di tanyalah kenapa gambar Mr J dan anak teruna tak da....diorg dah surrender panjat bukit...hahaha

Seorang2 lah bergambar, nak buat mcmana kan

Tengok pasangan muda...larat diorg panjat

Asalnya kami plan nak tour sampai petang,  nak ke beberapa tempat lagi seperti  Diomand Beach, Manta Point, Crystal Bay Beach dan Rumah Pohon   tapi nampaknya keadaan tidak mengizinkan kerana kami ingin celebrate birthday boy makan malam di Jimbaran Beach.
Kami pun bergegas ke Jeti untuk mengambil Speed boat pukul 2.00 petang.

*MAKAN MALAM DI JIMBARAN
Masa kami sampai jam 5 petang masih belum ramai pengunjung
Bagi yang pernah pergi ke Bali mesti tahu tempat nie memang tempat cekik darah tapi tetap juga nak pergi sebab tempat nie memang  nenarik untuk dinner dan tengok sunset.
Seafood dia bagi k mid taklah fresh sangat tapi alang-alang sampai bali eloklah lepak sini dan trylah rasa masakan seafood diorang.

Kalau dulu banyak payung tapi sekarang payung dah tidak kelihatan,  lebih kepada open air
Kami order Set, jadi bolehlah tahan cikit harganya

Nielah dia Birthday Boy..My SIL

So Pengamin pun nyanyikan lagu birthday & beberapa lagu untuk kami 😄
Malamnya pula tarian tradisional di persembahan
Jadi majoriti yang dinner di sini adalah pelancong luar negeri jadi sudah tentulah harga pun cekik darah.
Anyway, hari kedua yang memenatkan namun enjoy dari pagi hingga malam.
Nie baru hari ke 2 ya...banyak lagi tempat yang hendak di kunjungi.
K mid berhenti dulu di sini...nanti k mid sambung untuk hari ke 3 dan seterusnya.

 Baca juga⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️

salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...