Booking.com

Wednesday, September 9

NIKMATI HIDANGAN FUSION DI ANGGUN CHEF CAFE RESTAURANT

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.

Sudah agak lama jugak k mid tak buat review pasal makanan atau pun restoran,  jadi baru- baru ini k mid berkesempatan menikmati sajian fusion di Anggun Chef  Cafe Restaurant yang terletak di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa MalaysiaMITEC Kuala Lumpur.

Restoran ini terletak betul-betul di bahagian hadapan pintu masuk MITEC, Pintu Selatan ( South Entrance).  Sebelum ini Anggun Chef Cafe beroperasi secara kiosk di Ruang Legar MITEC.

Sempat bergambar dengan pengasas Anggun Chef Cafe Restaurant iaitu Puan Mimie Azura Mohamad(3 dari kiri)

Menurut Puan Mimie yang juga Pengarah Urusan Anggun Dinamik Holdings Sdn Bhd(ADH), idea penubuhan Anggun Chef Cafe Restaurant  ini ialah kerana minatnya yang mendalam dalam bidang makanan dan minuman.

Restoran pertama beliau terletak di Plaza Damas 3, Sri Hartamas  Kuala Lumpur juga menyajikan hidangan tempatan dan barat.

Bila Anggun Chef Cafe Restaurant sudah berpindah di ruang utama, South Entrance ini,  lebih selesa untuk para pengunjung menikmati hidangan dari Anggun Chef Cafe Restaurant ini.

Dengan dekorasi yang lebih segar dan menarik berkonsepkan bunga-bungaan,  sudah pasti akan merasa lebih tenang menjamu selera di sini sambil  menikmati hidangan.

Mari k mid tunjukkan menu-menu yang k mid sempat nikmati di sini.
K mid mulakan dulu dengan secawan Latte..

Kopi yang sedap di sini di buat mengunakan mesin kopi nie tau..customade lagi..memang satu-satunya mesin kopi dengan ciri ciri Malaysia...menarik kan??

Latte dan Desserts

Breads

Pastry Chef dari France

Minuman Caramel Macchiato, Lemon Basil &.My Paris Tea Drop 

Anggun Nasi Lemak Rendang Peanut Butter

Anggun Nasi & Asam Pedas Daging Tetel

Anggun Spaghetti Asam Pedas Lamb Grill

Marinara Pizza & Margherita Pizza

Mim's Seri Muka

Semua menu-menu sajian di sini terbaik,  memang puas hati k mid dan teman-teman yang lain.  Ada banyak lagi menu-menu yang boleh di cuba next time.

Apa yang menarik lagi adalah sumbangan Anggun Chef  Cafe Restaurant iaitu setiap gambar yang di ambil di buaian yang terletak di hadapan Restoran dengan tanda pagar #AnggunCradle akan di salurkan ke Pusat Jagaan Baitul Hidayah,Puchong, Selangor. Jadi sedikit sebanyak para pelanggan juga dapat memberi sumbangan.


Jika berkunjung ke sini jangan lupa tanda pagar #AnggunCradle ya!!


Alamat : Anggun Chef Cafe Restaurant
                South Entrance (MITEC)
                No.8, Jalan Dutamas 2, 
                Komplek Kerajaan,
                50480 Kuala Lumpur

Tel : 603 33586951 / 019 2206880

Waktu Operasi : Setiap hari termasuk hujung minggu (weekend) dan Cuti umum(public holiday)
                             7: 00pagi  - 9:00 mlm

Website  : AnggunChef.com
Fb  Anggun Chef Official
Instagram anggun _chef
 
 
#AnggunGroup     #AnggunChef
#AnggunChefCafeRestaurant    #ElegenceInFlavours
#AnggunCradle
 
 
 

Salam sayang,


16 comments:

  1. Menarik menu-menunya.. Lagi-lagi Caramel Machiato tu.. Memang kesukaan LeYa minuman caramel ni.. Haha..

    ReplyDelete
  2. Oh rasanya macam pernah dengar nama restoran Anggun Chef Cafe ni, tp belum pernah pergi lagi. Nampak sedapnyaa juadah2 yang ada kat sana, lagi2 spaghetti with lamb, pizza & pelbagai pastries tu! Minuman pun semua nampak sedapp! Nanti kalau pergi area MITEC tu nak trylah makan kat cafe ni 😍

    ReplyDelete
  3. wah tak sangka dekat situ ada kafe yang best macam ni. nanti bolehlah singgah. nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Wahhh Tahniah Anggun Chef. Dah besar buka restoran kan. Dari kafe ke restoran dan di lokasi yang sama. Nanti nak pergi la one day. Sedapnyaaaaaaa.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Anggun Chef now dah ada restaurant. InsyaAllah, sikit masa lagi Rawlins nak try maka kat sini - memang suka fusion food dia

    ReplyDelete
  6. Banyak juga pilihan menu. Bolehla nak anak geng office datang sini sebab dah lama tak gather bersama. Harga pun sure ok ni

    ReplyDelete
  7. Dulu ada expo pasti akan singgah kat MITEC ni tapi tak perasan ada cafe secantik ini.. Lepas ni tak perlu pening2 nak cari makan kat mana dah bila ada event di situ... Anggun Cafe la pilihannya.. :)

    ReplyDelete
  8. Kena cuba buat ni spageti asam pedas plak. Haha. Nampak rare. Jauh import pastry chief tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba buat Spagheti Asam Pedas..lain dikit rasanya

      Delete
  9. Yaaa Anggun ni anak Sis dah makan sini, kebetulan masa tu dia buat reunion dengan geng MSU dia... memang nampak anak upload makanan dan suasananya semua cantik...

    ReplyDelete
  10. cantiknya deco dia, memang cantik kalau masuk dalam IG kan kak mid. Makanan dia pun cantik! Sesuai la dengan nama cafe hihi

    ReplyDelete
  11. Cafenya cantik.. Tengok gambar pun best ni.. Makanan pun not bad..semua nampak sedap. Santai2 dengan kawan2 syok ni..

    ReplyDelete
  12. Terliur tengok makanan.Me kalau bab makan memang tak tolak.Love food

    ReplyDelete
  13. Mcm2 makanan sedap nampaknya.. Suasana pun nmpk best.. Boleh la bawa mak za nnt kt sini

    ReplyDelete

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

PRODUK WHITEKISH MAGIC CHARCOAL MAMPU MEMUTIHKAN GIGI

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini k mid nak kongsi dengan korang semua satu produk pemutihan gigi iaitu Whitekish Magic ...