Skip to main content

Posts

Showing posts with the label HARI ASMA SEDUNIA

Hari Asma Sedunia Mengajak Komuniti Untuk Meningkatkan Kesedaran Mengenai Pengurusan Asma

  Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada tarikh 6 Mei 2023,  bertempat di 1 Mont Kiara Mall, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Asma Sedunia 2023. Kak Mied berpeluang menghadiri majlis ini yang telah di rasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca .  Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif . Mengenai Penyakit Asma Asma merupakan salah satu penyakit pernafasan dan ianya meningkat secara konsisten setiap tahun. Beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kana...