Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Felda Residence Hot springs

BERCUTI DI FELDA RESIDENCE HOTSPRINGS SUNGKAI, PERAK

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Berkesempatan menginap selama 3 hari 2 malam di Felda Residence Hot Spring , Sungkai Perak bersempena menyertai Naturehike' Outdoors Camping Malaysia (NOCM) Mega Gathering 2023 telah mengimbau kembali kenangan bercuti disini bersama keluarga pada pada tahun 2012( dah lebih 10 tahun tak datang sini beb!). Masih ingat lagi ketika datang ke sini pada masa itu hanya Day Trip aje iaitu datang pagi mandi manda, rebus telur dan sebagainya kemudian balik. Untuk kali ini memanglah kak mied teruja dan gembira kerana berpeluang menginap di salah sebuah villa yang terdapat di sini. Kami geng Media menginap di Villa 6 bilik iaitu Green House Villa . Semua bilik  besar, katil  King dan Twin Sharing dan setiap bilik mempunyai bilik air masing-masing . Fasiliti lain termasuk TV dengan kemudahan Astro, pengering rambut dan sterika. Untuk informasi,  di Felda Residence Hot Spring ini terdapat 64 unit bilik hotel dan 18 unit Villa . Bilik h...