Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TOURISM TERENGGANU

WARISAN PAHLAWAN RESORT, TERENGGANU

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua Sebelum menyambut bulan Ramadan Kareem tahun nie,  k mid dan keluarga berkesempatan menghadiri kenduri kawin anak buah di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ngam- ngam pulak  majlis kenduri di adakan selepas kerajaan telah membenarkan merentas negeri tapi perjarakkan sosial serta pemakaian pelitup muka masih wajib.  Tapi tak kisah janji dapat pergi berjumpa kaum keluarga. Kakak k mid yang paling happy sebab dapat buat kenduri kawin first time untuk anak-anaknya,  dah 2 orang anaknya  kawin di  waktu PKP jadi tidak dapat nak buat Majlis kenduri... yang ni nampaknya buat kenduri dengan meriah..habis sanak saudara jauh dekat di jemputnya....hehehe. K.mid dan anak-anak  pun dah lama tak ke Kuala Berang,  jadi semua sangat excited nak pergi berjumpa sanak- saudara semua dan lebih-lebih lagi seronok sambil pergi kenduri sambil bercuti😆 Bila ramai saudara-mara yang datang, kalau nak tidur di rumah keluarga pe...

UNIKNYA JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini k mid rajin pulak nak menaip di blog kak mid ini,  mungkin sebab kerja di lapangan k mid berkurangan,  banyak pelancong dari luar negeri membatalkan  kunjungan mereka ke  Malaysia.  Masing-masing merasakan tidak selamat untuk pergi bercuti,  lebih-lebih lagi ke negara yang telah ada orang positif Novel Corona Virus nie. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk negara kita. So...bila ada free time nie bolelah kak mid menaip apa yang k mid tak sempat arituekan. JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU/DRAWBRIDGE Tahun lepas,  ketika berkunjung ke Kuala Terengganu ,  sempatlah kak mid berkunjung ke Jambatan Angkat Terangganu (Terengganu Drawbridge) yang merupakan mercu tanda terbaharu negeri Terengganu . Jambatan ikonik ini menghubungkan Muara Selatan di sebelah Daerah Kuala Terengganu dan Muara Utara di sebelah Seberang Takir Daerah Kuala Nerus. Fakta-fakta tentang Terengganu Draw...

PENGALAMAN MENCARI LOKAN DAN KEPAH DI SETIU WETLANDS

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini k mid nak ceritakan pengalaman k mid mencari lokan dan kepah di Pengkalan Gelap, Setiu Wetlands  ketika k mid berkunjung kesana baru-baru ini. Sebelum k mid teruskan dengan penceritaan tentang mencari lokan dan kepah, mari kita tengok info tentang Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu nie :- Berkeluasan 23 hektar Ianya sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu ,(iaitu gabungan lembangan tanah lembap kompleks di Setiu-Chalok-Baru-Merang ) Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai,pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Di dalam ekosistem ini ada 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau dan 29 spesis mamalia. Kawasan persekitarannya juga adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hija...

TEMPAT WAJID SINGGAH KALAU KE SETIU TERENGGANU (PART 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini k mid nak sambung lagi mengenai tempat-tempat menarik di Daerah Setiu Terengganu kerana baru-baru nie k mid berkesempatan berkunjung lagi ke sana mengikuti Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetlands 2019. .Bulan lepas ke Terengganu..bulan nie sambung Famtrip Terengganu lagi, seronok sangat dapat meneroka lagi. Dikesempatan ini,  barulah k mid tahu bahawa banyak tempat-tempat menarik serta aktiviti-aktiviti yang bole di lakukan di Daerah Setiu dan Besut . Info Setiu Setiu merupakan sebuah daerah yang paling bongsu daripada tujuh daerah di dalam negeri Terengganu.  Mempunyai keluasan 135,905.80 hektar ,  merupakan 10.49 peratu s daripada keluasan Negeri Terengganu Darul Iman.  Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu,  Hulu Terengganu dan Besut. Bandar Permaisuri adalah ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian te...