Skip to main content

WARISAN PAHLAWAN RESORT, TERENGGANU

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Sebelum menyambut bulan Ramadan Kareem tahun nie,  k mid dan keluarga berkesempatan menghadiri kenduri kawin anak buah di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ngam- ngam pulak  majlis kenduri di adakan selepas kerajaan telah membenarkan merentas negeri tapi perjarakkan sosial serta pemakaian pelitup muka masih wajib.  Tapi tak kisah janji dapat pergi berjumpa kaum keluarga.

Kakak k mid yang paling happy sebab dapat buat kenduri kawin first time untuk anak-anaknya,  dah 2 orang anaknya  kawin di  waktu PKP jadi tidak dapat nak buat Majlis kenduri... yang ni nampaknya buat kenduri dengan meriah..habis sanak saudara jauh dekat di jemputnya....hehehe.


K.mid dan anak-anak  pun dah lama tak ke Kuala Berang,  jadi semua sangat excited nak pergi berjumpa sanak- saudara semua dan lebih-lebih lagi seronok sambil pergi kenduri sambil bercuti😆

Bila ramai saudara-mara yang datang, kalau nak tidur di rumah keluarga pengantin memang tidak cukup tempatlah,  jadi masing-masing mencarilah homestay yang berdekatan untuk keselesaan masing-masing.

Dalam duk mencari dengan pakcik google...anak-anak terjumpalah Warisan Pahlawan Resort yang terletak di Kampung Pauh iaitu bersebelah dengan Kampung Temir iaitu Kampung rumah kakak k mid tue...kira- kira 2 batu jer dari rumah kakak.
Apa lagi k mid suruh anak- anak cepat booking
2 rumah untuk 2 malam.

Pintu Gerbang Masuk pun dah cukup menarik

Masuk aje perkarangan Warisan Pahlawan Resort ,  dah rasa macam berada di zaman silam pulak.  Terdapat rumah- rumah kayu bermotif ukiran melayu tradisional. K mid memang peminat ukiran kayu..jadi k mid suka sangat dengan setiap rumah yang ada di dalam Warisan Pahlawan Resort ini.
Ada pulak kolam renang...semua happylah mandi manda
Kerana minat yang mendalam terhadap senibina melayu,  pemilik resort ini sanggup menjelajah ke serata tempat untuk membeli rumah - rumah lama kemudian membaik pulih dan memasang semula dengan kos yang mencecah ratusan ribu ringgit.
Antara barangan yang masih belum dipamerkan

Kak mid paling suka pintu gerbang nie...islamik dan berseni
Laju..laju buaiku laju....aku nak kawin dengan anak raja🤭🤭
Rumah- rumah ini di beri nama sempena nama Pahlawan Melayu dan Ulama Islam seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Pauh, Tok Kenali , Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain.
Jom k mid tunjuk sebahagian rumah tradisional di sini yang sempat di ambil gambar.
 
Rumah Hj Abdul Rahman Limbong

Rumah Tok Pauh

Rumah Tok Ku Pulau Manis

Kitaorang ambik Rumah Tok Ku Pulau Manis

Nie salah satu bilik dalam Rumah Tokku Pulau Manis

Rumah nie ada bilik berkipas dan bilik yg ada penyaman udara

Rumah Shariff Muhammad

Rumah Tok Janggut

Pemandangan  dalam Rumah Tok Janggut

Rumah Mat Kilau

Bahagian dalam Rumah Mat Kilau

Rumah Tok Gajah

K mid bergambar dulu sebelum pergi kenduri
Kadar sewaan di Warisan Pahlawan Resort ini bermula daripada serendah Rm60 hingga Rm250 untuk sebuah bilik manakala bagi sewaan rumah pula bermula dari Rm250 hingga Rm800 bagi sebuah rumah yang mempunyai 4 bilik hingga 6 bilik.
 
Ada Dewan Terbuka dan Dewan Tertutup jika nak buat Majlis


Di bahagian depan, terdapat gerai makan pulak

Kalau lapar tak ada masalah....order jerlah makanan😆😆
 
Pada yang berminat k mid letakkan info di bawah :

📌 Warisan Pahlawan Resort
No. 22,  Kampung Pauh,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu, 
Terengganu Darul Iman, 

Tel : 09 6818651/ 019 981 8179
Website : http : //warisanpahlawanresort.myportal.my


Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

SEMPENEH RIVERFRONT: SUASANA KAMPUNG YANG NYAMAN DITEPI SUNGAI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Hujung minggu yang lalu, k.mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah k.mied dan seperti biasa ketika pulang ke semula ke Kuala Lumpur memang akan jalan-jalan atau menjelajah tempat-tempat yang berhampiran, jalan-jalan cari makan gitew🥰 Kali ini k mied decide nak ke Daerah Batu Kurau , Taiping Perak .  Tempat yang dirancang nak pergi tue ialah Sempeneh Riverfront. Sempeneh Riverfront Chalet terletak lebih kurang 5km dari Pekan Batu Kurau . Merupakan chalet yang berkonsep kabin pertama di Batu Kurau. Berhampiran Gunung Sempeneh ,  sungai dan hutan sudah tentu menjanjikan penginapan yang nyaman dan dekat dengan alam semulajadi . Ketika k.mied tiba di Sempeneh Riverfront,  hujan turun dengan lebat sekali,  sungai berhampiran chalet yang tadinya tenang kini di melimpah dengan air dari bukit.  Bila air semakin deras kedengaran siren amaran di bunyikan untuk memberi amaran pada pengunjung supaya j...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...