Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Kita tengok apa yang menariknya Keretapi Sewa Khas @ Charter nie.
#RailTourism #jnk #jomnaikkeretapi
Pada 3 hingga 6 Jun 2022, k mied dan rakan-rakan media serta pengiat industri pelancongan yang lain berpeluang menaiki keretapi sewa khas @charter ke Pantai Timur untuk Program Kembara Ekopelancongan " Rail Tourism".
Jika sebelum ini, kita melancong dan bercuti dengan menaiki kereta, bas atau kapalterbang, apakata kita menaiki keretapi pula selepas ini.
Keretapi sebagai pengangkutan penting di Malaysia satu ketika dulu, haruslah di ketengahkan semula sebagai satu produk pelancongan.
K mied dah lama sebenarnya tidak menaiki keretapi express nie, rasa-rasanya kali terakhir beberapa tahun dulu menaiki Sleeper Koc dari Arau ke Kuala Lumpur dan itulah last dapat naik kerana Sleeper Koc ke utara telah pun di tamatkan dan di ganti dengan ETS.
Mengikut aturcara program, kami akan berkumpul di Stesen Keretapi Kuala Lumpur jam 9.00 malam dan keretapi di Jangka berlepas pada Jam 10.45 malam.
Sebelum bertolak...layanlah bergambar dulu.....begitu..begini😁😆
Ekspress Kembara JNK II K.Lumpur -Wakaf Bharu- K.Lumpur |
Perjalanan kami (Pihak Media/Travel Agent/Pegawai Tourism Wilayah Timur) seramai 25 orang bersama lagi 150 penumpang lain akan menaiki Keretapi Sewa Khas @ Charter oleh JOM NAIK KERETAPI (JNK SDN BHD).
Flag Off oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia |
Di pihak Media, akan mengikuti Aturcara yang telah di sediakan dimana kami akan membuat aktiviti di Gua Musang , manakala pihak JNK akan mengikuti Aturcara di Wakaf Bharu.
Daripada itinerari yang di terima perjalanan ini akan mengambil masa selama 15 jam🥵. Bak kata sahabat saya..kak ooi..boleh jadi petak buntut kita kak😆😆😆🤭🤭
Sebelum itu jangan pelik dulu...belum cuba belum tahu. Pasti ada tarikan kerana ini adalah Jelajah Ke 2 oleh JNK ke Pantai Timur dengan Keretapi sewa khas @charter.
1. Sleeper Koc Superior Night( ADNS)/Primier Class (AFC)/Superior Class(ASC).
Perjalanan yang mengambil masa 15 jam pasti memenatkan jadi dengan adanya Sleeper Koc nie, korang boleh tidur dengan selesa sambil menikmati pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan.
- Sleeper Koc / Superior Night (ADNS)
- Premier Class (AFC)
- Superior Class (ASC)
2. Chillax Koc @Chill & Rilex Koc
Apa yang ada kat Koc nie???
Dekat Koc nie kita boleh lepak dan berbaring-baring sambil mengunyah makanan ringan.2 Sembang dan bergossip pun boleh😝...
Membaca pun boleh ...nak rilex-rilex sambil melihat pemandangan luar pun boleh....Just Chill and Rilex guys!!!.
Kita semua boleh bersholat di sini jugak tau.
Tidur betul ke tue😅 |
Nie betul-betul menghayati pemandangan😄 |
Pemandangan Matahari Terbit yang sempat di rakam |
Yang 2 nie..nak jugak makan kt sini...😁😁 |
Rilexlah kan...bila lagi nak rilex kan..hahaha |
Kalau pasal berpura-pura No.1🤭 |
3. Event Koc
Di Event Koc nie pulak tempat di mana apa-apa majlis hendak di adakan..pertandingan karaoke pun boleh, penyampaian hadiah dan cenderahati pun boleh.
Berkaraokelah korang Siang Malam. Janji happy✌ |
Penuh perasaan nie |
Antara pemenang pertandingan karaoke |
4. Koc Bufe/ Cafe.
Koc nie k.mied suka🥰 sebab k mied suka makan..hahaha..
Kalau lapar tue cepat-cepat pergi order kt sini..memang masakan diorang sedap dan harga memang berpatutan macam makanan kat luar pun.
Boleh duduk dan makan kt sini atau beli dan bawa makan di tempat duduk masing-masing
Ini model-model untuk kopi dalam tren🤭🤭🤭 |
Korang nie...kalau makan tue ingat-ingat cikit kat orang belakang😁 |
Jadi, dah tahukan apa yang menarik naik keretapi nie kan ...jadi tak sempatlah buntut jadi petak pun sebab k mied tak duduk diam pun..kejap lepak di Chillax Koc, sekejap lepak kt Cafe pastu lepak Kt Event Koc berkaraoke, mengantuk pulak pergi ke Sleeper Koc.
Keretapi ini akan berhenti di 2 stesen untuk ambil penumpang iaitu di Stesen Seremban dan Stesen Gemas. Jika menaiki Tren Express Rakyat Timuran ke Pantai Timur yang bukan sewa khas seperti ini Stesen Gemas adalah Stesen Permulaan bagi Perjalanan Keretapi ke Pantai Timur.
Stesen Gemas juga adalah stesen pertukaran bagi Laluan Pantai Barat bagi perjalanan Laluan ke Pantai Timur. "Technical stop" dan pertukaran krew juga di lakukan di Stesen ini.
Seterusnya keretapi akan berhenti kira-kira setengah jam di Stesen Kuala Lipis, maka kami dengan rakusnya turun dari Tren untuk mengambil gambar😆😆
Kelam kabut weeh..tengah-tengah posing hon tren dah bunyi nak bertolak dah..nasib kami pantas...sbb tue gambar kelabu😆 |
Kami sampai di Stesen Gua Musang kira-kira jam 11 pagi dan jika ikut itinetari kami akan terus ke Wakaf Bharu sebab akan ada sambutan dari Exco pelancongan Kelantan tapi di sebabkan ada masalah teknikal kami semua ( team Media) turun di Stesen Gua Musang dan penumpang lain( Team JNK) menunggu di Stesen Gua Musang sehingga masalah teknikal selesai untuk menyambung perjalanan ke Wakaf Bharu.
Di Stesen Gua Musang, kita akan tersekima sekejap melihat landskapnya yang indah berlatarbelakang bukit batu kapur |
So...k mied pun posing ala-ala tren bergerak gitew |
Sempatlah Team Media berehat di Homestay Durian Villa awal sedikit.
📍DURIAN HILL VILLA, GUA MUSANG
PT5606, Jalan Akasia Utama 2/4,
Bandar Utama,
18300 Gua Musang
Kelantan
Phone : 016 9600338
Email : durianhillvilla@gmail.com
Penginapan kami kali ini Durian Hill Villa |
Tilam empuk...dah menunggu nie |
Bilik luas dan selesa |
Inilah pengalaman K mied menaiki Keretapi Sewa Khas @charter. Nanti K mied sambung coretan di blog k mied untuk aktiviti- aktiviti yang kami lakukan di Gua Musang.
Terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca❤
Nota Kaki :
1. Jika ingin merasai pengalaman ke Pantai Timur dengan Sleeper Koc boleh menaiki Express Rakyat Timuran atau 'Jungle Train' yang beroperasi.
Untuk maklumat lanjut dan tambang boleh rujuk KTMB.
2. Terdapat perbezaan Koc-Koc di keretapi Sewa Khas @ Charter dengan Koc Express Rakyat Timuran.
#expresskembarajnk
#jomkepantaitimur
#ktmb
#tourismwilayahtimur
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN