Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19.
Ya Allah..aku menyambut seruanmu |
Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan, barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci.
Kami berempat di Miqat Bir Ali |
Perasaan gembira dan bersyukur yang tidak dapat digambarkan bila dapat berada di hadapan Kaabah |
Terima kasih Allah..semoga k.mied dapat ke sini lagi bersama anak-anak |
Di sini k mied list 21 barangan yang perlu di bawa ketika berada di Tanah suci, mungkin ini serba-sedikit dapat membantu sesiapa yang akan pergi ke sana untuk mengerjakan Umrah.
Barang keperluan Jemaah Wanita :
Kalau hendak bawa telekung , terpulang nak bawa berapa helai, kalau k mied bawa 3 helai. Bagi K mied 3 helai dah cukup sebab kita ada bawa jubah dan tudung labuh, itu pun dah boleh buat sembahyang.
Bawa 3 helai tudung labuh, kalau ada jenis berdagu lagi elok.
4. Stokin
Elok stokin umrah yang panjang sebab ada biji-biji di bawah tapak yang buat selesa di pakai dan tidak licin. Stokin panjang elok digunakan, manalah tahu jika terselak jubah waktu ambik wuduk.
5. Sarung Lengan
6. Anak Tudung
7. Kasut Tawaf/ Saie
Untuk guna waktu tidur malam
Untuk pakai dalam jubah
10. Kasut/Selipar
Kebanyakkan masa ke Masjid di Mekah atau Madinah, kami berstokin dan pakai selipar aje
11. Pakaian Dalam
Ikut keperluan masing-masing
12.Beg peribadi ( barang mandian/ubat gigi dll)
Shampoo, ubat gigi, panty liner dan sebagainya.
13. Ubat-ubatan
14. Tasbih
Boleh bawa yang digital atau yang biasa.
15. Bekas Penyembur Wuduk.
Ini penting sebab tempat mengambil wuduk jauh atau di luar Masjid.
16. Plastik Kecil/ Beg kecil untuk isi kasut.
Sentiasa bawa beg kecil ini ketika di Masjid bagi menyimpan kasut di tepi kita.
17. Sejadah kecil
18. Kain Batik
Untuk guna dalam bilik sebagai kain basahan.
19. Gunting Kecil
Guna untuk bertahalul
20. Extension Plug
Tidak berebut-berebut, jika tak cukup plug. Bagi k mied yang berdua sebilik memang tak da masalah, jika bilik berempat mungkin plug agak terbatas.
21.Hanger Travel
Boleh cari hanger nie di shopee atau lazada..sangat jimatkan tempat penyimpan dalam beg kerana travel hanger boleh di lipat. Hanger di bilik hotel ada beberapa aje, jadi bawa ajelah hanger travel.
Jika semua dah di sediakan, barulah rasa legakan, yang lain barang kecil-kecil bolehlah difikirkan kemudian. Janganlah lupa Passport pulak...itulah yang paling penting..kalau tak da passport memang tak sampailah sana.😄😄
K mied doakan semua di antara kita bersempatan ke Tanah Suci dan dipermudahkan segala urusan. Banyakkan berdoa, bersholat hajat dan bersholat Taubat..mudah-mudahan kita beroleh umrah yang mabrur.
🌸 Ucapan terima kasih kepada Mahabbaten Travel & Tours S/, Andalusia Travel & Tours S/B, Mutawwif kami Ustaz Hadi Ibrahim Sahabatku Ayie & keluarga, juga jemaah-jemaah yang turut serta.
🌸Untuk anak-anak kesayanganku, koranglah pemberi semangat dan mama doakan kita semua dapat ke sana bersama
Terima kasih :)
ReplyDeleteSama2..moga dipermudahkan
Delete