Skip to main content

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi.

Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19.

Ya Allah..aku menyambut seruanmu
Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit.
Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci.
Kami berempat di Miqat Bir Ali
Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diadakan selalu terkena pada time k mied ada hal-hal penting yang menyebabkan k mied tidak dapat hadir. Lagi pun bulan mac tue,  masih di galakkan mengikuti kursus umrah secara online.  Walaupun rasa tidak puas bila berkursus online sebab kita tidak dapat bertanya soalan secara berdepan,  namun k mied bersungguh-sungguh mengikutinya secara online.

Perasaan gembira dan bersyukur yang tidak dapat digambarkan bila dapat berada di hadapan Kaabah


Terima kasih Allah..semoga k.mied dapat ke sini lagi bersama anak-anak

Disini k mied coretkan serba sedikit barangan yang k mied bawa ke sana.  Dengan ini dapat mempermudahkan kepada orang lain.  Insyallah dengan mempermudahkan orang lain urusan kita pun dipermudahkan Allah.

Apa yang k mied lakukan untuk memudahkan k mied mengingatkan semua,  ialah list down satu persatu dalam buku nota serta  membaca buku panduan umrah yang diberikan oleh agensi pengendali umrah.

Di sini k mied list 21 barangan yang perlu di bawa ketika berada di Tanah suci,  mungkin ini serba-sedikit dapat membantu sesiapa yang akan pergi ke sana untuk mengerjakan Umrah.

Barang keperluan Jemaah Wanita : 

1.Telekung
Kalau hendak bawa telekung ,  terpulang nak bawa berapa helai, kalau  k mied bawa 3 helai.  Bagi K mied 3 helai dah cukup sebab kita ada bawa jubah dan tudung labuh, itu pun dah boleh buat sembahyang.

2.  Jubah Umrah
Jubah adalah pakaian yang sesuai sekali di pakai kerana ia juga memudahkan kita mengunakannya untuk bersholat jika tiada telekung ketika itu. Jubah seluar juga memang amat sesuai ketika aktiviti ziarah. 
5 pasang jubah sudah cukup untuk di bawa,  jika tidak cukup boleh beli di Madinah atau di Mekah kerana harga Jubah di sana sangat murah berbanding di sini.  Jika rajin,  boleh basuh atau hantar dobi. Jubah eloklah yang biasa dan kurang manik-maniknya..Ingat tujuan kita nak beribadat bukan nak melaram.



3. Tudung Labuh
Bawa 3 helai tudung labuh,  kalau ada jenis berdagu lagi elok.

4. Stokin
Elok stokin umrah yang panjang sebab ada biji-biji di bawah tapak yang buat selesa di pakai dan tidak licin. Stokin panjang elok digunakan,  manalah tahu jika terselak jubah waktu ambik wuduk.

5. Sarung Lengan

6. Anak Tudung

7. Kasut Tawaf/ Saie

8. T-Shirt/baju tidur
Untuk guna waktu tidur malam

9. Seluar panjang
Untuk pakai dalam jubah

10. Kasut/Selipar
Kebanyakkan masa ke Masjid di Mekah atau Madinah,  kami berstokin dan pakai selipar aje

11. Pakaian Dalam
Ikut keperluan masing-masing

12.Beg peribadi ( barang mandian/ubat gigi dll)
Shampoo, ubat gigi, panty liner dan sebagainya.

13. Ubat-ubatan
Ini perlu sangat,  kerana di sana ubat- ubatan di Farmasi memang mahal. Bawalah bekalan ubat seperti Panadol, minyak angin, ubat sakit tekak dan plaster luka.

14. Tasbih
Boleh bawa yang digital atau yang biasa.

15. Bekas Penyembur Wuduk.
Ini penting sebab tempat mengambil wuduk jauh atau di luar Masjid.

16. Plastik Kecil/ Beg kecil untuk isi kasut.
Sentiasa bawa beg kecil ini ketika di Masjid bagi menyimpan kasut di tepi kita.

17. Sejadah kecil

18. Kain Batik
Untuk guna dalam bilik sebagai kain basahan.

19. Gunting Kecil
Guna untuk bertahalul

20. Extension Plug
Tidak berebut-berebut, jika tak cukup plug.  Bagi k mied yang berdua sebilik memang tak da masalah,  jika bilik berempat mungkin plug agak terbatas.

21.Hanger Travel
Boleh cari hanger nie di shopee atau lazada..sangat jimatkan tempat penyimpan dalam beg kerana travel hanger boleh di lipat. Hanger di bilik hotel ada beberapa aje,  jadi bawa ajelah hanger travel.

Jika semua dah di sediakan,  barulah rasa legakan,  yang lain barang kecil-kecil bolehlah difikirkan kemudian.  Janganlah lupa Passport pulak...itulah yang paling penting..kalau tak da passport memang tak sampailah sana.😄😄

K mied doakan semua di antara kita bersempatan ke Tanah Suci dan dipermudahkan segala urusan. Banyakkan berdoa,  bersholat hajat dan bersholat Taubat..mudah-mudahan kita beroleh umrah yang mabrur.




Salam sayang,

🌸 Ucapan terima kasih kepada Mahabbaten Travel & Tours S/, Andalusia Travel & Tours S/B, Mutawwif kami Ustaz Hadi Ibrahim  Sahabatku Ayie & keluarga, juga jemaah-jemaah yang turut serta.

🌸Untuk anak-anak kesayanganku, koranglah pemberi semangat dan mama doakan kita semua dapat ke sana bersama



Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag