Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

BISKUT COKLAT CHIPS

Salam 25 Ramadan - Assalamualaikum Baru nak start buat  biskut raya.  Asalnya memang nak beli aje tapi atas ajakan anak2-anak yang memang nampak nya beria-ia sangat terpaksalah beralah...Buat biskut pun yang memang kegemaran diorang je... Buat permulaan ini buat Biskut Coklat Chips- mudah dan cepat serta sedap macam Biskut Chipsmore... Bahan-bahannya 6 aun Coklat chips 12 aun Tepung Gandum (Diayak) 8 aun Butter (250 grams) 7 aun gula halus 2 biji kuning telur 1 camca tek esen vanilla 1/2 camca teh baking powder 2-3 camca teh koko 4 aun kacam badam cincang 1/4 camca teh soda bikarbonat Ini yang belum di bakar   Cara membuatnya 1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang (putih) 2. Masukkan kuning telur satu persatu, esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder 3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau hingga sebati,  kemudian masukkan koko 4. Masukkan pula coklat chips serta badam cincang.  Bentukkan seperti Biskut chipsmore 5...

ONDE-ONDE (BUAH MELAKA)

Salam 21 Ramadan Baru berkesempatan nak buat entry untuk juadah berbuka puasa.  Sebenarnya ada jugak kueh-mueh yang dibuat sendiri tapi kerana kelam-kabut tak sempat nak dirakam. Ini je yang sempat nak di buat entry sebab kueh nie memang satu kemestian di buat untuk berbuka... kegemaran anak-anak terutamanya si adek..beli kat bazaar tak puas sebab gula dia sikitlah...mahal sangatlah...macam-macam alasan semata-mata nakkan mak dia buat.  Kueh ni memang senang sangat, beli rasa tak berbaloi... Inilah hasil nye... Bahan-bahannya Tepung pulut Gula melaka Sedikit kelapa Bahan-bahannya Tepung Pulut Gula Melaka Kelapa Daun Pandan Senangkan.. SELAMAT MENCUBA

MENAKLUKI BUKIT BROGA

Broga Hill atau Bukit Broga terletak di Semenyih Selangor.  Ianya sudah menjadi terkenal sekarang bagi yang mereka yang baru-baru nak cuba mendaki bukit ke,gunung ke... Baru-baru ini aku berkesempatan mendaki Bukit Broga bersama anak-anak kesayanganku.  Seawal 4.30 pagi, kami telah bangun dan bersiap-siap untuk bertolak dari Sg Buloh.  Kira-kira 40 minit perjalanan dengan menggunakan Highway kami pun sampai ke Bukit Broga. Kenapa begitu awal kami bertolak?? Jawapannya ialah kerana ramai yang ingin ke puncak untuk melihat matahari terbit. Cuba korang tengok gambar aku yang ini....Aduyai...semput jugak.tulah lama tak bersenam tiba-tiba panjat broga so aku nasihatkan pada yang dah berumur macam aku nie...exerciselah sikit.... Seawal pagi.....berduyun-duyun manusia sedang mendaki

Jalan- jalan di Penang (Part 2)

Selepas menaiki Bukit Bendera;  kami pun meneruskan perjalanan mencari-cari rumah Kelahiran P.Ramlee...selepas perputar-putar selama setengah jalan kami pun sampailah... Nie alamatnya : No.4A, Jalan P.Ramlee, P. Pinang Dah penat pusing-pusing....Kami pun lepak kat Padang Kota Lama  dan Port Cornwillis.  Banyak lagi tempat-tempat menarik di P.pinang. Tempat makan kat Gurney Drive pun banyak tapi aku dah malas nak nak masukkan kat sini. Lain kali lak pulak.............. Lepas tu kami lepak kat Pantai Batu Feringgi  on the way balik ke Teluk Bahang...

Percutian di Medan Indonesia (Part 2)

Sambungan dari Entry sebelumnya...... Kami tiba di Pulau Somasir dan di beri penerangan mengenai Kehidupan kaum Batak di sana. Pakcik nie sedang beri penerangan kepada kami.. Lepas tue berilah mereka sumbangan ikhlas. Nie dia perkuburan Tua Raja Sidabutar Bergambar di hadapan sebuah makam lama Kemudian kami melihat Objek Wisata SiGale-Gale pula............ Rumah Tradition Kaum Batak Nie dia penari kebudayaan Kaum Batak..OOOPP!!!!! Nie di Muzium kesenian Batak Kami berempat di dalam Muzium Selepas hampir seharian menjelajahi Pulau Samosir kami pun berangkat ke Berastagi, Gundaling.  Suasana di sini dingin sungguh,  nak mandi pun terketar2 kesejukan ......... Ini rumah tumpangan kami di Berastagi......di saluti kabus tebal di malam hari.... Pemandangan di jendela penginapan kami...kira pukul 7.00 pagi Inilah adalah sessi melompat dan tai chee di waktu pagi...huhuhu Pe...