Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Ada apa yang menarik di Gua Musang ??? Soalan yang biasa berlegar di kepala mereka-mereka yang belum pernah sampai di sini. K.mied sendiri tak terkecuali pernah berfikir begitu. Info ( sumber : mdgm.kelantan.gov.my) Gua Musang merupakan salah satu daerah di kawasan pedalaman yang terletak di selatan negeri Kelantan . Menjelang tahun 2017, kerajaan negeri kelantan telah mengiktiraf Gua Musang daripada Majlis Daerah kepada Majlis Pembandaran untuk menjadikannya sebagai salah satu bandar maju di negeri Kelantan. Gua Musang merupakan jajahan terbesar di Kelantan dan merangkumi 3 DUN iaitu DUN Galas yang merupakan bandar Gua Musang, DUN Paloh dan DUN Nenggiri (Bertam). Bagi menjawab soalan tadi, Ada apa di Gua Musang..kita tengok Aturcara yang telah diaturkan untuk kami di Program Ekopelancongan : Rail Tourism yang telah diadakan baru-baru ini. Setelah hampir 12 jam dalam train akhirnya kami tiba di stesen Keretapi Gua M...