Booking.com

Wednesday, September 19

KEK COKLAT

Assalamualaikum...
Cuti Hari Malaysia (17 September 2012) patutnya dah pergi pun jalan-jalan tapi My Mr Husband tetibalak kerja terpaksalah batalkan hasrat di hati.  Bosan....Bosan....
Akibat kebosanan duduk di rumah pada ari tu aku pun apa lagi  buatlah kek. Ini Kek Coklat Ala-ala aku ler.. Yang penting kalau buat sebiji  mesti tak cukup.......



Sengaja limpahkan coklat sebab anak-anak memmang suka coklat

Resipinya aku perturunkan kat sini...manalah tahu ada yang nak mencubanya.

Anggaran  :  sebiji kek sederhana besar (Loyang 8" x 8")

Bahan- Bahannya :-

2 biji telur
1 cawan Gula
1 cawan Minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-caranya :

Pukul gula dan telur hingga kembang
Tepung gandum di ayak bersama soda bikarbonat kemudian di kacau bersama serbuk koko
Masuk air panas dan susu pekat.  Kacau supaya tidak berketul kemudian masukkan minyak masak
Kacau lagi  sehingga sebati
Masuk kedalam loyang dan bakar  pada suhu  160 darjah celcius selama 30 minit


 


 SELAMAT MENCUBA...............


With Love,

Miedajaz







BISKUT ALMOND LONDON

Assalam
Bulan Syawal pun dah nak habis,  aku baru sibuk nak posting resipi aku buat Biskut Almond London bukan apa...aku nie bukan raya je suka buat biskut tapi ikut mood...kalau ada mood hari-hari pun boleh buat kueh,  masak rendang dan masak apa je masakan yang digemari oleh suami dan anak-anak... Kita akan bersemangat masak kalau masakan kita habis dimakan....betul tak!!!!
Biskut Almond London resepi aku nie simple  dan senang je... Cubalah...pasti anak-anak suka...Hari Raya biskut nie yang cepat habis.....




Badam yg telah siap di goreng tanpa minyak






Boleh bulatkan..boleh jugak lonjongkan..ikut citarasa masing-masing





Ada siap...taburkan badam hancur di atasnya.......







Nie dia resipi dia.....

Bahan-bahannya :
250 gm mentega
300 gm gula Castor
2 biji telur
300 gm tepung
200 gm Badam ( di goreng tanpa minyak)
1 camca teh esen vanila
badam kisar

Cara-caranya :

Pukul gula dan mentega hingga rata
Masuk telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanila dan kacau rata,  kemudian masukkan tepung
Gaul sehingga sebati
Ambil adunan sebesar ibu jari dan bulat-bulatkan.  Masukkan Badam dan bakar hingga masak
Biarkan sejuk kemudian salut dengan coklat ( aku guna coklat compound)
Taburkan kisaran kecil badam di atasnya...

Sedia untuk dimakan.....SELAMAT MENCUBA






Friday, September 14

PERCUTIAN KELUARGA DI PADANG, INDONESIA

DECEMBER 2011
Cuti persekolah kali ini kami sekeluarga serta mak&bapa mertua serta adek ipar ku pergi bercuti ke Padang Indonesia. Disamping bercuti kami dapat menjengah kaum keluarga di sana. Apalagi save lah sikit.....almaklum penginapan hanya di rumah sanak saudara yg ada menetap di  sana ....

Tiba di Lapangan Terbang Minagkabau,  kami di jemput oleh saudara terus di bawa ke kampung di Batang Kapas,  sungguh jauh dan memenatkan....Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 6 jam melalui jalan yang berliku serta berbukit-bukit......

Inilah Bandar Udara Minangkabau
Suasana damai di Kampung Bapa Mertuaku
Banyak juga tempat menarik yang kami kunjungi seperti Air terjun Lembah Anai,  Istana Besar Pagar Ruyung, lubang Jepang dan  Jam Gadang di Bukit Tinggi.


Sekeluarga bergambar berlatarbelakang Air Terjun Lembah Anai

Gambar kenangan di hadapan Jam Gadang

Ini pula Istana Besar Pagaruyung 




Ini di hadapan Laluan ke Lubang Jepang

Tasik Maninjau

Masa kami melawat istana Pagaruyung tue tengah renovate sebab terbakar... banyak barang bersejarah terbakar dan tengah di kumpulkan semula.


Ini pula Pandai Sikek iaitu tempat tenunan dan kraftangan,  cantik sungguh kain-kain kat sini tapi harganya pun boleh tahan sebab para pelancung luar memang di bawa melawat ke kawasan nie. Bagi aku kalau nak shopping kain eloklah di Pasak Aur Kuning dan untuk cenderahati di Pasar Atas.


Ini Pasar Atas dekat dengan Jam Gadang

Cantikkan kain-kain di sana -  Murah Gila...

Alhamdullilah..... dapat juga menjejak kami ke bumi Padang dan jumpa sanak saudara di sana. Jika ada rezeki dan kelapangan waktu sudah tentu kami akan ke sana lagi....


Wednesday, September 5

SG KLAH HOT SPRING

24 August 2012
Akhirnya tercapai juga hasrat di hati,  hendak ke Sg Klah Hot Spring. 
Pukul 10 pagi,  lepas siap memasak bekalan ( dulu tak boleh bawak makanan dari luar sekarang dah boleh dah..) jadi kami pun bawaklah makanan sendiri.
Dari Sg Buloh melalui Lebuhraya Utara Selatan, ambik exit 128 Sungkai,  lebih kurang 45 minit - sejam sampailah kat tol tue (kadar tol RM13.90 je...)

Papan tanda nie akan kelihatan lepas tol Sungkai

Disepanjang jalan akan ada sign board- jadi terus je..

Train nie lah bawa kita sampai ke pintu masuk- tak payahlah jalan kaki (Lega rasanya)
Tiba kt sana,  pergilah kauter ambik tiket.  Kalau dulu harga Dewasa RM10, kanak-kanak RM6 ,  sekarang dah naik harga dia menjadi Dewasa RM12 dan kanak2 RM8.

Mula-mula sampai sebab waktu tengahari,  kami pun mandilah kat kolam air sejuk (gila kut tengah -tengah hari buta rendam kat kolam air panas, mahu melecur satu badan)
Air pancut yg tue best tau - macam kena urutan

Tengok gelunsor kt belakang tue...Best juga!!!

Panjat jugak - tak nak lepaskan peluang main gelunsor
Lepas penat berendam air sejuk, perutpun mula berkeroncong.  Apalagi bukalah bekalan.. nampak pula tempat merebus telur..orang cakap makan telur yang direbus kat sini sedap....apalagi cubalah...


Menunggu telur masak


Ada kolam khas untuk rebus telur je...

Memang sedap dia lain macam tapi mungkin kerana makan panas2 & lapar



Lepas kenyang...baru berendam kat kolam air panas


Tak tahan......


 Bila waktu dah agak redup sikit,  kami pun rendam pulak kat kolam air panas.
Seharian kat Sg Klah Hot Spring nie memang best.  Dapat rendamkan kaki dan badan yang lesu .  Kalau siapa berminat menginap kat sini bolehlah tempah villa kat sini.....


With love,

Miedajaz





APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak...