Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Preview Filem

FILEM PERANG BERSEJARAH, PELURU SENJA HIDUPKAN KEMBALI SUASANA TANAH MELAYU 1948 MENJELANG HARI KEBANGSAAN

Hai. Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Filem drama perang berlatarkan sejarah, Peluru Senja (The Ghost & the Gun) , diraikan menerusi tayangan perdana malam ini sebelum menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan.  Pelakon utama Filem Peluru Senja dari kanan Hazman Al-Idrus, Asmara Abigail & Fabian Loo Diarahkan oleh pengarah filem India yang berpangkalan di Singapura, Anshul Tiwari, filem ini menghimpunkan barisan pelakon serta tenaga produksi dari Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Bangladesh, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Karya ini merupakan hasil kerjasama FilmsPositive, LDNO Productions, Limbo Pictures dan Viking Sunset Studios, manakala MSK Cinemas Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar rasmi di Malaysia. Berlatarkan Tanah Melayu pada tahun 1948, Peluru Senja mengisahkan seorang askar Tanah Melayu dan seorang askar British yang tertinggal ketika pasukan British berundur. Dibayangi trauma peperangan...

Thousands of Years Media :Tayangan Perdana Drama Mikro Hari Raya “Seikat Kasih”, Perkukuh Ekosistem Drama Mikro Malaysia

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.  Thousands of Years Media (ToYm), sebuah syarikat media dan hiburan bersepadu yang diasaskan oleh Datuk Wira Jment Lim, telah mengadakan tayangan perdana drama mikro terbaharunya berjudul Seikat Kasih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di GSC Lalaport BBCC. Majlis tayangan perdana tersebut menghimpunkan rakan industri, wakil media serta tetamu jemputan, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelakon drama ini termasuk Idzham Ismail, Arena Wan, Fatimah Noryyah dan Sayf Mikael. Seikat Kasih mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berdepan pelbagai konflik dan cabaran kehidupan. Melalui perjalanan watak utama Arina Dahlia dan Harris Hakim, drama ini membawa mesej bahawa kebahagiaan sebenar tidak terletak pada kekayaan atau harta benda, sebaliknya pada kekuatan hubungan kekeluargaan yang saling menyokong dalam menghadapi ujian kehidupan. Menurut Datuk Wira Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment dan Thousands of Years Media, pener...

MALAM GALA TAYANGAN PERDANA FILEM FANNA

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada 22 September 2023,  kak mied berpeluang menghadiri  Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion , Kuala Lumpur . Filem Fanna diterbitkan oleh JAGUAR FILMS & PRODUCTION(M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH ,  mempamerkan aksi dunia permotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia. SINOPSIS FILEM FANNA Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna , seorang gadis yang menghidap kanser, menemui  cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi g elap, Shafik .  Malangnya cinta  mereka mula  berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya  menyerang dengan lebih ganas.  Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri  daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih  parah apabila Black , adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu  Shafik cuba menyela...

VIC2RIA SECRET FILEM COMEBACK DARI A R BADUL AKAN DITAYANGKAN PADA 15 JUN 2023

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada 13 Jun 2023,  bertempat di TGV SURIA KLCC berlansungnya Majlis  Malam Gala Filem Vic2Ria Secret. Filem Vic2Ria  Secret merupakan filem terbitan Sheunik Sdn Bhd dan di arah oleh pelakun, pelawak  dan pengarah veteran yang tidak asing lagi iaitu A R Badul . Pengembaraan filem ini dilakukan selepas tamatnya PKP Covid 19 dan merupakan filem comeback arahan A R Badul setelah lama berundur dari pentas perfileman. SINOPSIS FILEM VIK2RIA SECRET Viki (anak yatim piatu) pergi ke Kampung Horni dalam kegembiraan  tetapi perjalanan dia penuh dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka Butik pakaian dalam wanita yang mereka namakan “Vik2ria Secret”. TOK KK ketua kampung flamboyant dan Cross Dresser mahu bertanding sebagai wakil rakyat (YB) kawasan itu dan pesaingnya ZAMRI .  Peluang cerah timbul kepada Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik itu. Pel...

FILEM REMP-IT 2 MENEMUI PENONTON DI PAWAGAM MULAI 24 NOVEMBER 2022

Assalamulaikum dan salam sejahtera  Filem Remp-it 2, akan menemui penonton serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai hari Khamis 24 November, 2022 . Filem Remp-it 2 merupakan filem terbitan FKX Filem Sdn Bhd   arahan oleh pelakon utama Farid Kamil, merupakan kesinabungan filem Remp-it pada tahun 2006 iaitu sebuah filem yang pernah mencetuskan fenomena pada ketika itu. Remp-It 2 dibintangi pelakon Cat Farish , Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Che Mad (Muhammad Kamil) anak kepada Farid Kamil. FILEM REMP-IT 2 Tarikh Tayangan : 24 November 2022 Penulis skrip : Faten Syamimie & Panel FKX Pengarah : Farid Kamil Produksi : FKX Film Sdn. Bhd. PELAKON FILEM REMP-IT 2 Farid Kamil Cat Farish Izzue Islam Niezam Zaidi Julia Hana Farez Ridzwan Ahirine Ahirudin Muhamad Kamil Shiha Zikir Chiwan Chilok Mamak Puteh Rudy GTB Gabit Saleh Shahkimin Muhammad Kamil (Che M...

DRAMA TERBARU DI VIU ORIGINAL : HILANG

  Assalamulaikum dan salam sejahtera. Viu,  syarikat perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW Limited telah melancarkan drama Viu Origional kelima tahun ini bertajuk HILANG . Drama HILANG ini adalah sebuah karya penyiasatan yang mengenegahkan eleman seram dan mendebarkan .  Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha dan Jasmine Suraya. Drama penyiasatan yang mendebarkan ini mempunyai 10 episod ini, boleh ditonton di platform Viu mulai hari Khamis, 17 November 2022 dengan dua episod baharu pada setiap Khamis minggu seterusnya. HILANG diarahkan oleh pengarah tempatan Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi , menceritakan tentang Inspektor Munir , yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan.  Munir kemudiannya bertemu Yusof, seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adiknya.  Apabila seorang lagi remaja ...

DADDYKU GANGSTER ‘Angkat Kisah Seorang Gangster Terpaksa Menjaga Dua Kanak-Kanak’

Assalamulaikum dan salam sejahtera Boleh dikatakan nashkah yang mengangkat kisah tentang gangstarisme sudah banyak dihasilkan oleh pembikin-pembikin filem tempatan. Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam. Melihat kepada situasi berkenaan, syarikat produksi D’Ayu Pictures Sdn. Bhd . turut tampil dengan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim . Penerbitnya, Dato Rosmarayu Mokhtar berkata, nashkah filem berkenaan boleh memberikan kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita yang cukup menarik. “ Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa yang meninggal dunia. “Selain itu, saya juga mendapat inspirasi daripada filem Hollywood iaitu Fast And Furios 8, di mana ia turut menerapkan elemen kekeluargaan, meskipun ia sarat dengan aksi ,” ujarnya.  Beliau berkata, filem terbaru terbitannya itu menampilkan kelaina...

FILEM SERAM TEMPATAN ‘DON’T LOOK AT THE DEMON’ MENJADI FILEM MALAYSIA PERTAMA MEMASUKI PASARAN AMERIKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) meraikan tayangan global ‘ Don’t Look at the Demon’ -sebuah filem seram tempatan yang unik menampilkan pelakon-pelakon Hollywood yang akan ke pawagam di lebih 20 negara. ‘Don’t Look at the Demon’ juga merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Amerika Syarikat , sekali gus membuka jalan untuk kejayaan antarabangsa dalam produksi tempatan masa hadapan. Filem ini mengikuti kisah sekumpulan penyiasat paranormal Amerika yang telah mengembara ke Bukit Fraser, Malaysia, untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada awal 1970-an. Apa yang lebih mengejutkan, kru mendapat lebih daripada yang ditawarkan sekiranya mereka berjaya membongkar rahsia gelap tentang rumah yang penuh dengan larangan ritual Thai kuno. Selebriti Hollywood - Fiona Dourif (terkenal dengan peranannya dalam francais Chucky & BBC America's Dirk Gently, The Blacklist, Chris...