Thousands of Years Media :Tayangan Perdana Drama Mikro Hari Raya “Seikat Kasih”, Perkukuh Ekosistem Drama Mikro Malaysia
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Thousands of Years Media (ToYm), sebuah syarikat media dan hiburan bersepadu yang diasaskan oleh Datuk Wira Jment Lim, telah mengadakan tayangan perdana drama mikro terbaharunya berjudul Seikat Kasih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di GSC Lalaport BBCC.
Majlis tayangan perdana tersebut menghimpunkan rakan industri, wakil media serta tetamu jemputan, dan turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelakon drama ini termasuk Idzham Ismail, Arena Wan, Fatimah Noryyah dan Sayf Mikael.
Seikat Kasih mengetengahkan kisah sebuah keluarga yang berdepan pelbagai konflik dan cabaran kehidupan. Melalui perjalanan watak utama Arina Dahlia dan Harris Hakim, drama ini membawa mesej bahawa kebahagiaan sebenar tidak terletak pada kekayaan atau harta benda, sebaliknya pada kekuatan hubungan kekeluargaan yang saling menyokong dalam menghadapi ujian kehidupan.
Menurut Datuk Wira Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment dan Thousands of Years Media, penerbitan Seikat Kasih merupakan satu langkah penting dalam perjalanan kreatif syarikat.
“Seikat Kasih merupakan drama mikro Bahasa Malaysia pertama yang diterbitkan oleh syarikat kami. Kami memilih untuk memperkenalkannya sempena musim Hari Raya kerana kisahnya berkisar tentang keluarga, dan episod Hari Raya dalam drama ini melambangkan penyatuan semula sebuah keluarga selepas melalui pelbagai cabaran kehidupan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa dalam proses pembangunan kandungan, struktur penceritaan drama ini mengambil rujukan daripada format drama mikro yang telah berkembang pesat di China sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran industri.
“Pendekatan yang sama pernah kami lakukan ketika menghasilkan projek drama mikro pertama kami sebelum ini. Melalui rujukan tersebut, kami dapat memahami struktur penceritaan yang telah berkembang di peringkat antarabangsa sebelum menyesuaikannya dengan konteks serta nilai tempatan.”
Walaupun berdurasi pendek, ToYm percaya bahawa format drama mikro mampu memberikan impak emosi yang kuat kepada penonton serta menyampaikan mesej yang bermakna melalui penceritaan yang padat dan berkesan.
Projek Seikat Kasih turut mencerminkan empat teras utama pembangunan syarikat iaitu Seni Budaya, Pendidikan, Teknologi dan Pemasaran.
Di bawah teras seni budaya, ToYm komited menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, malah membawa nilai emosi serta penceritaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
Dalam bidang pendidikan, syarikat turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat baharu industri melalui latihan, kursus lakonan serta program pembangunan produksi. ToYm juga bekerjasama dengan Raffles University untuk memperkenalkan program Diploma Dalam Skrin Media bagi melahirkan lebih ramai profesional dalam industri kreatif.
Dari sudut teknologi, ToYm memanfaatkan teknologi digital bagi memastikan kandungan yang dihasilkan dapat mencapai audiens yang lebih luas. Syarikat kini sedang membangunkan platform penstriman drama mikro serta platform penjualan tiket digital sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan ekosistem kandungan digitalnya.
Selain pembangunan kandungan, ToYm turut memperkenalkan satu pendekatan baharu dalam pemasaran digital melalui konsep ToYm Iklam Drama Mikro.
Melalui model ini, jenama boleh disepadukan secara semula jadi dalam penceritaan drama, menjadikan produk atau perkhidmatan sebagai sebahagian daripada naratif kandungan yang terus ditonton dalam jangka masa panjang.
Berbeza dengan iklan konvensional yang bersifat sementara, pendekatan ini membolehkan kandungan terus memberikan nilai pemasaran walaupun selepas tempoh kempen berakhir.
Iklan bukan lagi sekadar kos, tetapi pelaburan jangka panjang dalam kandungan.
Dalam drama Seikat Kasih, beberapa jenama di bawah ekosistem ToYm turut dipaparkan secara semula jadi dalam penceritaan, termasuk ToYm Wardrobe, Flowers.com.my, ToYm Fashion serta produk Dong Lin Fish Scale Jelly di bawah ToYm Beaute.
Micro drama pertama terbitan ToYm, In Character, telah mencatat lebih 33 juta tontonan di Malaysia serta melebihi 168 juta tontonan di Douyin, membuktikan bahawa kandungan pendek mempunyai potensi besar dalam landskap hiburan digital masa kini.
Melalui projek seperti Seikat Kasih, Thousands of Years Media terus komited membangunkan ekosistem drama mikro yang mampan di Malaysia sambil membuka peluang baharu kepada jenama untuk berhubung dengan audiens melalui kandungan penceritaan digital.
Platform Rasmi Thousands of Years Media:
Facebook: https://www.facebook.com/ThousandsOfYearsMedia
YouTube: https://www.youtube.com/@ThousandsOfYearsMedia
Instagram: https://www.instagram.com/thousandsofyearsmedia
TikTok: https://www.tiktok.com/@thousandsofyearsmedia
X (dahulunya Twitter): https://x.com/1000yearsmedia
-Miedajaz-




Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN